Halaman

Jumaat, 14 Mac 2014

Cucumber Tree

 Cucumber tree yang hidup bahagia di musim kemarau di mana keperluan airnya tidak banyak berbanding dengan pokok-pokok sayur timun lain yang tidak berbatang kayu memerlukan air yang mencukupi untuk pertumbuhan baik pada musim kemarau ini. Setelah berumur 3 tahun lebih, InsyaAllah tanpa disiram dan mengikut perubahan musim pada iklim tropika ini, cucumber tree boleh hidup bahagia sepanjang tahun. Apabila usianya matang, InsyaAllah menghasilkan musim buah beberapa kali sepanjang tahun. Di tanahair kita yang beriklim tropika, pokok nadir kita yang terbiar ini iaitu belimbing buloh pada musim kemarau tahun ini tidak menjejaskan hasil produk belimbing buloh di Kebun Bahagia Bersama. Apabila tuannya balik hujung minggu lepas terkejut tengok pokok belimbing bulohnya berbuah lebat dan gemok-gemok buahnya di kala musim kemarau ini. Syukur Alhamdulillah rezeki bulan Mac ini, sekiranya tidak melebihi muatan dan ada ruangan kosong kiriman Pos Laju minggu lepas dapatlah kami kongsikan. Sumber vitamin C yang tinggi untuk kita pada musim kemarau ini dan makin jerebu ni bolehlah membantu boost immune sistem kita. Kalau zaman kanak-kanak selalu perhatikan iklan di television orang barat buat propaganda promote oren mereka kaya dengan vitamin C, macamlah di tanahair kita ni tiada sumber vitamin C yang lebih tinggi. Bijak sungguh marketing skill mereka supaya mereka dapat export banyak hasil beribu-ribu oren mereka itu untuk membantu petani tempatan mereka. Kalau kita perhatikan ranking kandungan vitamin C banyak buah-buah nadir yang kita boleh petik sahaja dari kebun tropika kita ini lebih kaya vitamin C dari buah oren. Dalam musim kemarau ini syukur alhamdulillah rezeki kapsul ubat semula jadi sebenarnya ada diberikan dari Maha Pencipta seperti kapsul hijau belimbing buloh dan kapsul hitam mulberry. Ya musim kemarau ini pun mulberry yang telah dipangkas banyak menghasilkan buah juga bulan ini di Kebun Bahagia Bersama.
 Antara penggunaannya selain dari sumber makanan boleh digunakan sebagai 'stain remover' boleh membantu menghilangkan kesan karat sebab kandungan tinggi oxalic acid. Bolehlah gesek-gesek buah yang dipotong di kesan karat pada baju, pisau atau periuk-periuk mahupun di tempat masak. Jimat sikit duit dari nak beli spray 'stain remover' bolehlah usahakan dengan cara ini dahulu. Natural 'bleach' lebih selamat digunakan untuk menghilangkan kotoran. Penyelidikan dalam kandungan oxalic acid dalam buah belimbing buloh pada musim berlainan adalah juga menjadi faktor kandungan tersebut berubah atau lain sebagai contoh musim hujan kandungan oxalic acid dalam buah belimbing buloh adalah lebih tinggi dari musim kemarau (Vera Lucia AG De LimA et al 2001). Manakala kandungan Vitamin C di dalam buah belimbing buloh adalah lebih tinggi pada musim kemarau berbanding dengan musim hujan. Mungkin ada hikmah di sebalik dosage kandungan tersebut berubah untuk keperluan kita pada musim hujan ataupun kemarau. Buah belimbing buloh juga mempunyai antibacterial property sambil cuci tangan baru masuk dari kebun bolehlah gesek-gesek dengan isi buah belimbing buloh.
 Minggu ini proses catatan tumbuhan yang tahan dengan musim kemarau beriklim tropika ini. Anak-anak pokok belimbing buloh juga nampak ada progress pertumbuhannya di kala musim kemarau walaupun disiram selang sehari di dalam polybeg pada kawasan menerima cahaya matahari penuh sepanjang hari.

~ Anak pokok belimbing buloh (Cucumber Tree) ~

1 bekas RM9.00 .

10 ulasan:

  1. masa saya kecil di kampung ulu lenggong, perak. Mak dan makcik saya guna untuk basuh periuk yang hitam legam. Sebab pokoknya tepi sungai saja. saya juga suka ambil buahnya makan sambil mandi sungai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu kuasa axion kan Awin. Pakai sahaja natural stain remover boleh jadi buku sabun untuk hilangkan kotoran hitam degil di periuk belanga.

      Padam
  2. Nampak sedap .....makan muda cicah garam. Hihihi

    BalasPadam
  3. Besar2 buah..teringin betul nk ke kebun awk ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki musim kemarau Nadia. Pembuka selera makan pada musim panas.

      Padam
  4. sedapnya tgk buah tu kak, teringat terus rasanya yang masam2 tu....pokok cermai ada jual kah kak?

    BalasPadam
  5. Salam Bahagia Julie.

    Pokok cermai belum lagi dear. Pokoknya dulu rajin berbuah masa tukang kebun sekolah dulu. Sekarang ni macam dah lama tak berbuah. Entah merajuk ke tersalah baja ke tak taulah. Tapi nampak subur je.

    BalasPadam
  6. As salam, mana boleh saya dapat anak pokok belimbing buloh ni?

    BalasPadam
  7. AbangJamal boleh membuat pesanan melalui (kebunkmg@gmail.com). Kami bisa menghantarnya melalui courier Pos Laju Malaysia.

    BalasPadam