Pokok yang menghasilkan bunga yang sangat harum pada musim bunganya dikenali juga dengan nama Orange Jessamine. Jika bunganya ditandang oleh banyak lebah, InsyaAllah akan menghasilkan buah apabila ranum dari berwarna hijau bertukar ke warna oren menjadi kegemaran si Burung. Sungguh pemurah Si Pokok Orange Jessamine memberikan makan ketika berbunga kepada sang lebah, dan buahnya pula menjadi sumber makanan untuk Si Burung. Baunya pula sangat harum dan pokoknya kian terkenal digunakan dalam landscape sebagai pokok pagar (hedge/shrub) memberikan privacy kepada penghuni. Keharumannya adalah bonus. Bunga yang akan menghasilkan buah berwarna oren tersebut rupabentuknya juga menawan seperti gambar di bawah.
Dalam bahasa Melayu dipanggil 'Kemuning' dan kadangkala digelar Bunga Sedap Malam. Cuma Bunga Sedap Malam kadangkala menjadi kekeliruan kerana terdapat pokok bunga harum pada waktu malam yang lain juga dipanggil nama yang sama. Pokok bunga Kemuning sangat bahagia menerima cahaya matahari yang banyak. Untuk mereka yang kreatif dan penyabar boleh buat bonsai pokok ini. Kalau yang takut ada makhluk yang menyorok di bawah pokoknya mencari perlindungan bolehlah trim pokoknya seperti gambar di bawah, kasi lapang dan terdedah di bahagian bawah pokok. Pokok yang di lokasi ini dah lebih sedekad mungkin lebih tua dari adik tukang kebun yang baru lepas SPM. Pokok Orange Jessamine juga sesuai untuk dijadikan pokok menumpang tumbuhan lain. Sebagai Contoh, pokok pigeon orkid yang sedang kembang menjadi penumpang di pokok Orange Jessamine di gambar bawah. Pokok Orange Jessamine adalah pokok yang Animal-Friendly dan Plant Friendly untuk tumbuhan yang menumpang.
Apabila melihat berita nasib Penumpang MH370 pada pukul 10 malam semalam yang diberikan oleh Perdana Menteri kita, pasti ramai hati sayu dan hiba mengenangkan tradegi yang berlaku masih banyak persoalan yang belum dapat terungkai lagi hingga kini. Moga urusan untuk mencari kapal terbang tersebut dipermudahkan dan dapat dipercepatkan. Sebelum berita tersebut diterima kami menonton seketika rancangan mengenai demam denggi sambil menunggu. Jadi pagi-pagi ini tukang kebun dan tukang kebun Ilhan buat spotcheck mana bekas-bekas tumbuhan air diisi air dan dipastikan kesemuanya ada ikan guppy. Tukang Kebun Ilhan pandai menangkap ikan guppy dari dalam kolam di tepi rumah menolong mama dia. Jadi lekas sikit kerja mama dia sambil sidai baju sambil isi air dan isi ikan guppy (dapat multi-task). Semasa membuat tugasan ini, barulah tukang kebun tersedar yang pokok Jasmine Orange sedang berbunga hari ini melalui keharuman bunganya sebab tingginya bahagian berbunga tu lebih tinggi dari tukang kebun. Yang tukang kebun perasan ialah kawasan ini berbau sangat harum dan bukan bau Pigeon Orchid serta bukan bau kenanga di sebelahnya. Bau bunga Kemuning, Kenanga dan Pigeon Orchid berlainan boleh bezakan.
Pokok-pokok yang berbunga berwarna putih bermusim bunga di Kebun Bahagia Bersama minggu ini. Tapi bila tukang kebun tengok bunga kemuning berbunga meriah hari ini dan keharumannya ku teringatkan pokok bunga berwarna putih berguguran menghiasi pusara. Di manakah kawasan dalam Lautan Hindi pusara MH370 disemadikan? Moga lokasinya akan dapat ditemui secepat mungkin sebelum musim Winter di kawasan tersebut bermula yang akan menyebabkan operasi tergendala lama ditentukan oleh Mother Nature. Bukanlah sesuatu yang mudah di tempat tersebut tetapi Syukur Alhamdulillah banyak negara menghulurkan bantuan kepada negara kita. Bila negara lain menerima musibah, Malaysia adalah antara negara yang pantas menghulurkan bantuan. Selain itu pokok balsam berwarna putih juga menceriakan vegetable patch di Kebun Bahagia Bersama.
~ Pokok Kemuning (Orange Jessamine) ~
1 pot berharga RM10.00 <Hantar pesanan kepada kebunkmg@gmail.com>
Memang bunga ini wangi sangat. Saya pun ada tanam.
BalasPadamcantiknya gugusan bunga tu
BalasPadamMinggu ini bunga putih banyak kembang wangi kebun jadinya Kak Mala.
BalasPadamSudais ~ Gugusan yang menarik perhatian :).
Alhamdulillah dgn keindahan bunga2 yg menceriakan kebun kakak tu....bestnyalah kalo dpt lepak2 sambil menikmati wangian & kecantikan bunga2an di Kebun kakak ni esp pokok bunga kemuning tu :)
BalasPadamAwal pagi bolehlah lepak dekat lokasi ini Julie, bila dah tengahari mula panas kalau tak hujan. Kena cari tempat redup. Kegunaan pokok-pokok besar sebagai tempat berteduh.
BalasPadamsis..pokok kemuning ni jenis besar ek? ke jenis macam pokok bunga melur? cantik bunganye..
BalasPadamSalam Bahagia Fuzy.
BalasPadamPokok kemuning boleh membesar merimbun. Tapi boleh control kalau rajin pruning sebab ramai juga yang tanam dalam pasu dekat balcony garden.