Halaman

Khamis, 10 April 2014

Squirrel Si Stalker dan Cape Gooseberry

 Tukang kebun mulakan dengan kisah pokok Cape Gooseberry yang ada berbuah beberapa minggu dahulu dari pokok gambar di atas (klik info posting sebelum ini). Pokok Cape Gooseberry baka ini, pokoknya mirip macam tomato menjalar ataupun bak kata orang barat jenis 'climbing'. Tapi dalam istilah tomato kategori 'climbing' bukan bermaksud boleh tinggi memanjat sendiri tetapi meninggi perlu berikan sokongan. Pokok Cape Gooseberry sama jenis menjalar dan berselirat. Elok disediakan sokongan untuk kitaran udara yang elok pada musim hujan banyak atau monsoon. Tapi memandangkan masa musim kemarau tempoh hari pokoknya merimbun dan berbuah, tukang kebun sengaja tak beri dia pancang dan naikkan pokoknya. Tukang kebun biarkan ianya menjalar di atas tapak semaian kecil tukang kebun memberikan teduhan kepada anak-anak pokok serta cape gooseberry pun tak kena 'sunburn' terlampau masa musim panas kemarau tempoh lalu. Luas pokok cape gooseberry ini menjalar dalam gambar atas, pasu kediaman Cape Gooseberry pun tidak termasuk dalam gambar.  Kalau dinaikkan pokoknya tak mustahil kalau ketinggiannya dah lebih 1 meter. Untuk pancang sokongan tukang kebun tengok musim dan lokasi juga sebenarnya; musim hujan lebat pasang pancang, musim panas kemarau jangan bagi pokoknya tinggi sangat terdedah kepada terik matahari (errr to be honest tukang kebun tengok mood dan kerajinan). Kawasan pokok cape gooseberry tumbuh dalam gambar di atas menerima cahaya matahari direct selepas pukul 11 pagi lebih hingga petang, jadi gambar di atas tengok bayang tukang kebun ambil gambar mungkin sebelum pukul 10 pagi. Tukang kebun sebenarnya tengah merumput area bertentangan jadi si ayam mulalah menyibuk, kesukaannya menunggu tukang kebun habis merumput kemudian bila tukang kebun dah masuk rumah mulalah dia jalankan projek cakar-cakar kawasan yang baru sahaja selesai kena cabut rumput.
 Bulan ini bila hujan bertandang sekali-kala terserempak pula dengan anak pokok cape gooseberry dalam bekas yang ada pokok nam nam. Mula-mula musykil tapi nampak ada sarung buah cape gooseberry (dekat watermark) dalam bekas ini, tak syak lagi ianya anak pokok cape gooseberry dari biji benih buah yang tukang kebun tak perasan di celah-celah rimbunan pokok-pokok lain. Kalau tengok dalam gambar daun-daun pokok cape gooseberry tukang kebun tak banyak tapi ianya berbuah. Sekiranya pokok anda merimbun daun tapi tak berbuah-buah ada kemungkinan overdose unsur nitrogen yang kaya dalam baja seperti baja tahi ayam. Tukang kebun kalau baja tahi ayam walaupun ada jenis-jenis ayam yang seangkatan dengannya di rumah phobia dengan baja tahi ayam. Nanti mata sedap tengok pelbagai pokok-pokok nampak subur kaya daun menghijau tapi lama-lama sakit hati sebab hasil yang ditunggu-tunggu tak dapat sebab pokok mabuk daun. Kalau nak hasil kutip adalah sayur-sayur daun maka gunakanlah baja tahi ayam banyak pun tak pe. Kalau hasilnya dalam bentuk buah, root crop atau berubi maka pilihlah baja lain yang lebih sesuai.
 Minggu ini pokok strawberry yang berbuah bulan Februari lepas (pokok sama klik sini) mula berbunga kembali di lokasi yang terdedah dengan cahaya matahari sebelah petang. Tiada special treatment kecuali tanahnya ditutupi dengan daun kering (tak nak bagi rumput bermaharajalela dan kasi tanah lebih sejuk serta kurang sejatan air). Tukang kebun tak ada bagi baja apa-apa pun tahun ini dekat dia, mungkin dia serasi dengan cuaca sekarang. Bila tukang kebun tengok si strawberry yang berdekatan dengan cape gooseberry ini dah berbunga, maka tukang kebun pun rasa-rasa tak lama lagi mungkin bunga dari pokok cape gooseberry akan menyusul kalau ada rezeki. Sebab tengok pokoknya dah mengeluarkan pucuk-pucuk daun baru.
 Minggu ini entah kenapa tukang kebun kena harrasment dengan seekor jantan red-tail squirrel. Asyik mengekori tukang kebun sini sana sepanjang tukang kebun berada di luar menyelesaikan urusan-urusan. Gara-gara di awal pagi semasa tukang kebun jemur baju di luar, dengar riuh rendah direct di depan ampaian opppsss.... di dahan pokok durian belanda sana ternampak 2 ekor squirrel tengah mating. Tak sengaja and maybe tukang kebun punya bad habit bila buat eye-contact dengan animal usually memang lama, tengok siapa beralih mata dahulu. Lepas dah siap jemur, tukang kebun bergegaslah ke belakang nak kasi makan binatang ternakan pula yang dah lama standby berhampiran pokok durian belanda. Masa lalu pokok durian belanda tu pun tukang kebun terkejutlah tengok masih ada si tupai-tupai jenis ini tengah mengurat si betina lagi kut. Barulah perasan ada 3 ekor tupai dekat situ yang tak takut pun bila tukang kebun limpas. Mereka sibuk dengan dunia breeding season kut nak tackle si betina. Tak sengaja lagi bertentang mata dengan si tupai sejenak masa lalu. Lepas tu, tukang kebun ke parking kereta cari barang pun ikut. Pergi ke peti surat pun ikut. Pergi ke tapak semaian pun ikut. Ke mana-mana mengekor. Sengaja tukang kebun pusing ke sana sini nak buat pengesahan yang si tupai ni mengekor tukang kebun. Erkkk...tukang kebun ada bau tupai ke? 
 Hari Isnin lepas pun ada kejutan, tengah tukang kebun tabur biji-biji benih dalam pasu depan kolam tiba-tiba ada benda besar terbang rendah lalu dekat 1 meter belakang badan tukang kebun. Terkejut tukang kebun  pusing ingatkan mula-mula burung helang besar ke tadi yang lalu. Bila mata tukang kebun mengekor Si burung besar terbang solo tu hinggap pokok jati di belakang memang nampak gah dari jauh rupanya Si burung enggang. Dah lama tukang kebun tak nampak burung enggang singgah di Kebun Bahagia Bersama, seronok tengok mereka membuat KBB sebagai tempat persinggahan lagi. Lepas beberapa minit tengok si burung enggang berpindah ke pokok petai. Walaupun jarak kami ada dalam 1/2 ekar memang nampak besar dari jauh si burung enggang. Kamera pula dalam rumah. Lagipun kali ini tukang kebun tak nak kacau si burung enggang, takut merajuk lain kali tak nak datang jadi tukang kebun intai dari jauh sahaja. Cuma tukang kebun terkejut si enggang tiba-tiba terbang rendah bila menghampiri tukang kebun mungkin datang menyapa nak tumpang singgah sekejap.

Teringat pula zaman kanak-kanak Disney punya The Sword in the Stone:


Setakat ini untuk Give-Away minggu ini ada 4 calon penerima dah cukup syarat, tengah tungguh ada lagi satu slot yang cukup syarat-syarat untuk give-away kali ini.

6 ulasan:

  1. Hi Diana..burung enggang is hornbill right ? Am surprise !

    Choi Min

    BalasPadam
  2. Hi Choi Min,

    Yes hornbill.
    The bill is paler in colour, I think a senior one came visiting.
    They are several type of species. I usually encounter smaller type ones when on the way to my husband home town to Terengganu.
    The one that came sure was a big one.

    BalasPadam
  3. Assalam... lama tak komen sini.. alpine strawberi akak tu dah membesar pokoknya... belum ada tanda berbunga .. sekarang ni ada ada gangguan semut dan koya... hari2 kena belek... koya tu suka berkumpul dibahagian akar...akak letak baja organik je...

    BalasPadam
  4. Waalaikumsalam Kak Mar.

    Syukur Alhamdulillah alpine strawberry akhirnya dah makin banyak di petak Suka Suka. Semut kekadang takut dia bawa sekali bena tu yang nak kena intai-intai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari2 akak belek dan jadi pembunuh koya putih... dua tiga hari ni serangga halus sangat pula .. berselirat pada permukaan pasu... tak tau la serangga baik atau sebaliknya...

      Padam
  5. Kalau warna merah 'spider mite' nak kena hati-hati Kak Mar.

    BalasPadam