Siaran tergendala akibat power main electricity box terbakar yang di luar rumah dan di dalam rumah dari Hari Sabtu sehingga sekarang tiada electricity di rumah. Biasalah rumah dah 20 tahun, TNB pun dah datang check 2 kali tengah malam masa weekend. Ini pula tunggu giliran wiring man tak datang-datang. Kalau ikutkan hati mahu tukang kebun panggil wiring man yang lain tapi sebab rumah big boss, jadi kenalah tunggu wiring man yang big boss pilih. Dengan peti ais, mesin basuh dan lain-lain tak boleh pakai maka bolehlah bayangkan kusutnyalah rambut tukang kebun macam kusut rerambut bunga orkid yang sedang berbunga rancak di Kebun Bahagia Bersama minggu ini. Jadi pertanyaan dan reply email/komen blog jadi lambatlah ya.
Orkid jenis vagina bulbophyllum ini banyak sungguh sudah membiak menumpang di atas pokok Australia bottlebrush. Bila tengok orkid ni macam makhluk yang hidup dalam laut pun ada ataupun character animation dari Studio Ghibli.
Minggu ini ada KL Orchid and Bonsai Show di Taman Tasik Perdana (details boleh visit Sean blog klik sini) untuk gardeners yang meminati tumbuhan tersebut bolehlah ambil kesempatan membuat lawatan. Tambahan cuti sekolah ni bolehlah bawa anak-anak jalan sambil belajar pasal tumbuhan. Sekadar menumpang, tukang kebun buat virtual KBB Orchid show yang minggu ini kebetulan vagina bulbophyllum sedang kembang meriah di keliling batang pokok Australian bottlebrush. Bukan sahaja pokok orkid jenis ini sahaja yang menumpang tetapi ada beberapa jenis orkid lain juga yang tukang kebun intai sedang membentuk kudup bunga.
Tukang kebun perhatikan macam makin sesak berhimpit-himpit dah jadinya orkid vagina bulbophyllum dengan pokok-pokok menumpang lain. Sekiranya ada masa yang dapat diluangkan nanti nak kena buat projek pernafasan baru nak kena alih-alihkan mana yang sedang mengalami kesesakan ruang. Lepas tu kasi baja di keliling pokok bottlebrush ini.
Rasanya macam nak kasi pindah menumpang di pokok mata kucing pula nanti antara candidate. Yang nak merisik boleh tapi nak ikut tukang kebun punya pace (sorry sekarang ni tak cukup masa), bila tukang kebun buat projek division baru boleh tukang kebun inform dah ready. Kebarangkalian offer untuk orkid ini cuma terbuka masa tukang kebun buat projek peralihan saja which is 2~3 tahun sekali je offer kut. Offer terbuka sehingga hari sebelum projek peralihan orkid ini yang belum dipastikan bila (entahlah bila tukang kebun free), hopefully in June/July dapatlah buat projek peralihan. Tukang kebun sebenarnya malas nak usik tapi sebab macam dah lebih sendat dari tin sardin dengan overlapping dengan orkid lain terpaksalah beri ruang-ruang kepada yang lain juga. Itu sebab jadinya seasonal offer harap memahami. Sekiranya berminat bolehlah tinggalkan pesanan di kotak komen juga (dengan email dikhuatiri tukang kebun terlupa nak keep track).
~ Vagina Bulbophyllum (Seasonal Offer) ~
RM15.00 per-leaf/plant (bare-rooted)
Mcm nk...tp nanti sy confirm kn lenkali
BalasPadamCantiknya Vagina Bulbophyllum..dengan warna kuningnya yang terang
BalasPadamCantik dan unik sekali bunga dia..penggemar orkid mesti suka ni..
BalasPadamMcm berminat.. Tapi kalau dikirim ke KK boleh tahan ke pokok tu.. adehhh..
BalasPadamAkak berminat nak 1. TQ
BalasPadam..pojiaslah@gmail.com
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamDiana saya nak satu ye
BalasPadamCantiknya kak, mengoda sungguh bunga orkid ni :)
BalasPadamTak pe Nadia, nanti kalau berminat boleh hantar pesanan.
BalasPadamAda yang kuning, ada pula yang orange, Sudais, mungkin lokasi + pencahayaan.
Kalau saya penggemar orkid yang tegar Kak Mala, pasti ada dalam wishlist :).
Tiada masalah hantar orkid bare-rooted dengan Pos Laju. Orkid jenis ini tidak perlu tanah untuk hidup Ismail sebab tumbuhan menumpang.
Ada email kepada kak Poji Aslah.
Tukang kebun simpankan untuk SriKota Garden.
Cantik menghias dahan-dahan pokok yang lain Julie, tidak memakai ruang.