Halaman

Jumaat, 20 Jun 2014

Melong atau Bakung

 Akhirnya tukang kebun bertemu dengannya kembali di tempat yang tak diduga. Yang membuatkan hati bahagia juga dapat menyaksikan bagaimana rupa bunga ini kembang. Kali pertama diri ini mengenalinya adalah di Langkawi pada awal tahun ini (klik sini). Dikenali dengan 2 nama, "Melong" atau "Bakung". Nama yang lain ialah Bawang Tembaga ataupun Tembaga Suasa. Bagaimana pula dengan anda panggil tumbuhan ini apa?
 Pokok melong ini tangkai bunganya lebih tinggi dari tukang kebun. Tak disangka-sangka di depan perpustakaan Raja Tun Uda di Seksyan 13,Shah Alam banyak ditanam tumbuhan jenis ini. Secara rambang tukang kebun tengok ada lebih 50 pokok crinum menghiasi sepanjang jalan menghadap depan perpustakaan tersebut. Eye-candy tukang kebun sementara tunggu waktu buka operasi perpustakaan bermula 9:30 pagi. Kadang kala tukang kebun KBB hendap tukang kebun perpustakaan ini di awal pagi membersih dan menjaga kawasan taman di sekitar perpustakaan ini. Manalah tahu dapat belajar apa-apa dari observation yang tukang kebun dapat buat. Kesian pakcik tu entah sedar atau tak sedar, tapi nampak orangnya baik dia jaga pemandangan matanya dan tengok dari hasil cantasannya memang kemas serta tidak kasar. Boleh baca yang tukang kebun perpustakaan di situ memang sukakan gardening bukan sekadar mencari rezeki sahaja.
 Tukang kebun juga nak ambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Eira dan keluarganya di Pahang yang menghubungi dan bersusah payah menghantar anak-anak bawang bakung untuk Kebun Bahagia Bersama. Eira kata yang di kampungnya berwarna pink berjalur merah. Sama tak dengan yang ini Eira? Kalau ada lagi, tukang kebun nak lagi ya. Begitu juga jika ada gardeners lain yang buat projek pembersihan dan ada lebih-lebih bawang bunga melong/bakung bolehlah hubungi tukang kebun (kebunkmg@gmail.com). 
 Salah satu bakung yang menghiasi di depan Perpustakaan Raja Tun Uda di Shah Alam juga adalah jenis bakung berwarna putih (Crinum asiaticum). Kadangkala di negara barat dipanggil Giant Crinum. Pokok bawang bunga bakung mempunyai nilai dalam perubatan tradisional. Sekarang ni susah nak jumpa atau tahu lokasi yang ada jadi orang tercari-cari bayangnya untuk buat ubat. Diharap perkongsian ini dapat memberi manafaat dan kalau yang memerlukannya bolehlah tanya tukang kebun perpustakaan sana (Elok sebelah awal pagi). Gardeners yang teringin tengok rupa paras si melong yang duduk berdekatan area Shah Alam bolehlah pergi tengok sekeluarga. Banyak juga aktivity seronok dapat meluangkan masa bersama keluarga di perpustakaan pada hujung minggu. Ada cafe tutti-fruitti juga di sana boleh lihat lotus pink mekar di tasik belakang perpusatakan.
 Semasa cuti sekolah baru-baru ini, pertama kali tukang kebun bawa Ilhan ke perpustakaan ini dan terdapat pelbagai aktivity yang dikendalikan oleh kakitangan perpustakaan untuk kanak-kanak. Kebetulan hari pertama Ilhan dibawa ke sini ada pertandingan mewarna. Tukang kebun pun blur bila nak ambilnya untuk makan lunch kenapa pula dia berbaris di depan ini. Baru selesai pertandingan mewarna rupanya. Semua kanak-kanak digalakkan serta dan ada sediakan pensil warna. Walaupun tak menang, dapatlah juga buku nota dan petanda buku untuk peserta. Yang duduk baris depan, pemenang-pemenang dari no. 1 hingga no.10. Bila tengok gambar baru perasan yang no. 10 sahaja kanak-kanak lelaki dan yang no.1~9 kanak-kanak perempuan.

7 ulasan:

  1. Salam Diana,

    Mak Aji ada pokok ni! Mak Aji juga ada simpan benihnya (biji), bolehlah kongsi dengan Diana - at last ada juga benda yang boleh Mak Aji beri Diana - asyik one way aje, seganlah! Mak Aji punya yang putih dengan sedikit pink kat tepi kelopaknya. Mak Aji sebut lili je sebab tak tahu.

    BalasPadam
  2. Sukanya Julie tengok bunga bakung ni kak, tapi bunga ni cam berbunga sekali je kan utk setiap bulb?

    BalasPadam
  3. Memang kat Langkawi banyak di tanam. Ada kawan nak bagi anak tapi kak lah pula tak minat.

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Mak Aji,

    Kalau Mak Aji nak kongsi dengan Diana, besarnya hati dan tapak tangan Diana hulur hehehe...Nanti Diana buat treasure hunting dekat tempat Mak Aji ya.

    Salam Bahagia Julie,
    Bukan berbunga sekali Julie. Bunga jenis bawang macam bakung dan amaryllis dia ada masa tido lepas tu bangun berbunga. Biasanya lepas musim kemarau, hujan bertandang dia berbunga. Kalau bawang dia dah tahap besar-besar tu, jika ada rezeki kekadang keluar juga susul tangkai bunga yang lain. Kitaran bawang tu begitulah, berbeza dengan yang cuma tumbuh melalui biji benih sahaja.

    Salam Bahagia Kak Mala,
    Hehehe dekat Langkawi dah banyak puas memandang. Taklah rasa kempunan kalau di rumah takde ;).

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum
    Klu tukang kebun ada benih tembaga suasa yg warna pink tu blh la jual dgn sy. Warna putih sy ada tp nenek sy kata xde funtion yg putih tu. Sy nk tanam bt ubat
    0136630954
    zaidi@lgm.gov.my

    BalasPadam
  6. Waalaikumsalam Zaidi,

    Benih yang pink ni kami belum ada banyak biak lagi.
    InsyaAllah suatu hari nanti jika dah banyak bolehlah kongsi rezeki.
    Oh jika boleh berkongsi, tembaga suasa yang warna pink ini boleh berubat untuk apa?

    BalasPadam