Halaman

Rabu, 4 Jun 2014

Red Giant Mustard

 Antara jenis sayur daun yang kurang kena attack oleh serangga ialah Red Giant Mustard jadi sesuai untuk beginners yang baru nak berjinak-jinak cuba menanam sayur. Jadi bolehlah disiplin diri tanam secara organik tiada pakai racun. Selalunya tukang kebun syorkan kepada gardeners yang memang dah biasa berkebun juga tapi kebanyakkannya tumbuhan ornamental dan taman bunga sebab sayur ni nampak bila saiz giant nampak ornamental juga ( tak percaya?klik sini). Syukur Alhamdulillah tukang kebun dah berjaya meracun beberapa gardeners yang pada dahulunya ada bunga sahaja dalam taman, kini berminat juga tanam sayur untuk keluarga (ramai yang membuat repeat orders).

 Kalau suhu tak panas dan lebih sejuk warnanya akan menjadi lebih gelap ke arah maroon. Salah satu sayur yang menarik kerana warna kemerahan pada daunnya bertukar mengikut suhu persekitaran secara semula jadi. Biasanya ikut selera citarasa tukang kebun tuai bila dah saiz seperti gambar di atas. Kalau saiz giant nanti rasanya makin pahit nanti. Musim hujan tanam dalam full sun cepat tumbuh pokoknya. Kalau musim panas partial shade better. Ada perbezaan warna daunnya yang ketara bila tanam pada musim panas dan musim hujan. A fun vegetable untuk tanam bersama kanak-kanak sebab warnanya yang berubah mengikut suhu persekitaran dan boleh cepat tuai tidak mengira saiz. 

 Batch yang ini tukang kebun tanam bersebelahan Edamame Mannarihakuchou dan mereka nampak sesuai tumbuh bersama. Biasanya tukang kebun tabur sahaja biji benihnya. Yang rapat-rapat sangat nanti boleh tuai terus sahaja untuk dimakan. In demand fresh stock Red Giant Mustard seeds available again while stock last.
~ Red Giant Mustard ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM1.00.

5 ulasan:

  1. cantiknya red giant mustard,nmpak subur daun pun tidak berlubang...nk oder benih lah

    BalasPadam
  2. ruginya saya tak de tanah nak bercucuk tanam...hukhukk..

    BalasPadam
  3. simpankan saya 1 pek.. tq... afiqahliyana90@yahoo.com....=)

    BalasPadam
  4. Kalau ada tanam sayur-sayur hijau lain, yang ini selalunya selamat dulu dari diserang berbanding dengan yang lain Sudais.

    Nani, boleh tanam dalam bekas yang sayur daun macam ini tak memakai ruang dan tak perlu bekas besar.

    Ada tukang kebun simpankan untuk Kak Mar dan Afiqah.

    BalasPadam