Disebabkan rindu nak tengok bunga poppy yang tumbuh begitu mudah di kebun lama dulu terutamanya opium poppy yang cantik berwarna ungu itu, tukang kebun bela pula water poppy. Walaupun bukan dalam keluarga botani yang sama adalah iras-iras wajahnya. Tumbuhan water poppy bunganya berwarna kuning dan lebar bunganya dalam purata 2 inchi. Tumbuhan water poppy amat mudah tumbuh dalam cuaca di lembah Klang ini tanpa banyak penjagaan. Sejak anak pokoknya besar matang berbunga, tidak mengira musim, tidak putus-putus berbunga setiap hari sepanjang tahun. Seperti kebiasaan bagi tukang kebun, semenjak musim kemarau pada bulan June ini beralih semula kepada tumbuhan air. Nak kasi cool down main-main dengan air jelah. Tambahan pula water poppy ini tak menyusahkan tukang kebun, tak perlu siram asalkan ia selesa duduk dalam air yang bertakung.
Water poppy kalau untuk yang baru berjinak-jinak dalam gardening atau 'novice' gardener memang tukang kebun recommend. Juga kepada mereka yang sibuk outstation pun sesuai, tak perlu nak fikir pokoknya kering kontang ditinggalkan kalau sebelum bertolak bekas water poppy dah dipenuhkan air. Kalau nampak kudup bunganya seperti gambar di atas, InsyaAllah esok atau lusa kembanglah dia. Water poppy kitaran fasa kembangnya mirip dengan teratai ikut rentak si matahari. Gambar bawah kudup bunganya di awal pagi 7~8 pagi on standby nak kembang.
Dah nak dekat kembang penuh nak hampir pukul 9 pagi seperti gambar di bawah. Kalau tiada jam masa buat kerja di luar tengok besar kembangan bunganya boleh sudah agak pukul berapa. Nampak tak berdekatan bunga tersebut juga nampak timbul kudup-kudup bunga. Pemurah perangai tumbuhan water poppy tak putus-putus berbunga setiap hari.
Kembang penuh bila jam dah pukul 9 lebih. Water poppy perlukan cahaya matahari untuk hidup subur. Separa matahari juga boleh hidup subur cuma pertumbuhannya tak sepantas seperti tempat yang lebih dapatkan cahaya matahari. Yang dalam gambar separuh bekas berteduh di bawah Night Blooming Jasmine.
Pertumbuhan water poppy sangat cepat untuk yang sifat tak sabar-sabar menanti perkembangan pokoknya cepat matang memang sesuailah tanam water poppy. Dari satu bunga, cepat je dia bagi lebih dari 1 bunga. Tukang kebun cuma pakai tanah bakar dari tempat bakar green waste Kebun Bahagia Bersama campur dengan tahi kambing. Tak pernah letak baja sampai sekarang memadai sekali kala daun Night Blooming Jasmine yang gugur kemudian reput dalam air si tempat tumbuh water poppy tersebut. Semuanya tukang kebun serahkan kepada mother nature lepas ditanam. Untuk mengelakkan jentik-jentik, ikan guppy on patrol sepanjang masa hidup bersama air water poppy.
Yang duduk di kawasan lembah Klang, ada dugaan juga nak fikir macam mana nak bagi ceria kebun untuk menyambut Raya Aidilfitri dengan cuaca bahang sekarang. Tukang kebun perhatikan tumbuhan air seperti water poppy ni masa musim kemarau menjadi-jadi musim bunganya. Bolehlah kasi rasa cooling effect sikit kawasan rumah masa musim panas kemarau ini. Tambahan pula water poppy tidak memakai banyak ruang dan tidak memerlukan bekas yang besar. Tumbuhan water poppy dikategorikan dalam susunan tumbuhan air adalah tumbuhan yang hidup di kawasan air yang cetek. Berbeza dengan lotus atau water lily boleh timbul di permukaan air pada kawasan yang lebih dalam berbanding dengan water poppy. Aras air water lily elok dalam sekitar 20 cm dah memadai apabila akar pokoknya ditanam di dalam tanah. Tanah tak perlu dalam sangat pun tidak mengapa sebab akarnya bukan panjang sangat, anggaran 15 cm dah cukup. InsyaAllah water poppy sekiranya ditanam pada bulan ini, bulan Syawal sudah ada bunga pertamanya yang kembang mekar dan disusuli dengan kembangan yang lain. Sekurang-kurangnya bila balik kampung tidak lah risau, nanti bila balik rumah water poppy berikan senyuman ceria.
Populasi water poppy yang tukang kebun kongsikan gambar dalam posting kali ini pun bekasnya tak besar seperti gambar di bawah. Tahun lepas pada musim hujan disebabkan terlampau banyak air di dalam tanah, si Night Blooming Jasmine rebah ke tanah. Tukang kebun fikir-fikir nak kasi nampak natural support untuk si Night Blooming Jasmine tegak berdiri balik, tukang kebun rasa lebih baik letak pasu yang ada air jadi pemberat atau penyandar dekat depan Night Blooming Jasmine diisikan dengan water poppy dan ikan guppy. Begitulah kisahnya bermula tahun lepas dan rupa anak pokoknya yang belum memenuhi bekas tersebut. Yang bersama dengan Night Blooming Jasmine di situ pun dikerumuni dengan Peace Lily. Peace Lily tersebut bukannya duduk atas tanah, tapi tumbuh di atas tunggul kayu.
Beginilah suasana di sudut ini, kawasannya pun cuma 1 meter persegi. Tetapi terdapat pelbagai tumbuhan hidup bahagia bersama. Di keliling pasu water poppy pun sebenarnya ada beberapa bawang-bawang bunga sedang tido. Biasanya ini kawasan balsam multi-petal warna ungu tumbuh sendiri sekarang, memudahkan tukang kebun nak kumpul biji-biji benih elak kekeliruan dengan jenis-jenis yang lain. Sebenarnya packing bench tukang kebun untuk penghantaran berada di belakang sudut ini. Malam Ahad biasanya ditemani dengan keharuman Night Blooming Jasmine masa musim bunganya.
~ Water Poppy ~
1 bekas RM10.00 (kebunkmg@gmail.com) .
Tengok balsam tu cantik gak..skang balsam hibiscus tgh membesar tak sabar nk tgk bunga nya
BalasPadamDiana agak2 boleh campurkan dia dalam pasu lotus tak? kalau boleh kak nak order sepokok. Email harga ya
BalasPadamCantiknya....Nak book 1 kak :)
BalasPadamCantiknya bunga berwarna kuning gebu sekali.....bentuk daun pun cantik..
BalasPadamSalam Bahagia Nadia.
BalasPadamBalsam jenis pokok cepat berbunga. Rajin tumbuh sendiri juga. Balsam hibiscus rupanya macam mana ya tak sabar nak tengok di kebun Nadia nanti.
Salam Bahagia Kak Mala.
Kalau pot lotus tu jenis tak dalam sangat airnya InsyaAllah boleh. Lepas tu kalau lotus tu daun dia dah tak terapung-apung di permukaan air dan dah berdiri tegak keluar daunnya mungkin tiada masalah. Cuma bila water poppy kalau dah padat kena rajin bersihkan untuk kasi ruang juga dekat lotus.
Salam Bahagia Julie.
Boleh kami simpankan.
Salam Bahagia Sud@is.
Bunga air yang rajin berbunga selalu berbanding dengan water lily yang ada musim-musimnya.