Di Kebun Bahagia Bersama pada June 2014 ini adalah musim kemarau. Ada hujan ziarah pun pada awal bulan. Lepas tu tak datang-datang hujannya. Akhirnya pada 26hb June 2014 ada juga hujan sudi singgah sebentar. Bila dah beberapa minggu tak hujan, pastilah pokok-pokok semua akan jadi stress. Tambahan pula pokok yang dalam kategori 'perennial' dah bertahun-tahun menghuni Kebun Bahagia Bersama tiada tukang kebun bagi muka nak siram. Malas tukang kebun nak layan, kalau hijau subur saja masa musim ada hujan. Maka bila diabaikan barulah nak memperagakan bunga-bunganya. Top 3 dalam kategori pokok perennial yang asyik berbunga pada bulan June ialah Pokok kemboja kuning bali, Jenjuang Merah dan Pepanggil.
Eloklah tu. Lagipun mereka bertiga ni memang boleh hidup bahagia bersama-sama. Gambar di atas ini di bahagian luar tembok depan Kebun Bahagia Bersama. Memanglah takkan disiram. Dah tumbuh tinggi melampai nak intai penghuni di dalam agaknya buat apa.
Jenjuang merah jarang-jarang tonjolkan bunganya yang cantik macam loceng tu. Bila dah kena kemarau baru nak berbunga. Sebab tu orang ingat pokoknya semata hiasan daun sahaja tetapi pokoknya ada pelbagai guna (info jenjuang merah klik sini).
Bulan June ini di sudut-sudut yang dihuni oleh pepanggil memang menjadikan tempat tersebut menyala-nyala macam tiang lantern nak sambut tahun baru cina. Pokok pepanggil banyak juga yang ditanam di tembok luar depan rumah (Gambar di atas bersebelahan Gate No. 1). Pokoknya tinggi jadi bila berbunga boleh nampak dari dalam kawasan halaman dalam rumah. Pokok pepanggil bila dah umurnya lebih 7 bulan tak berbunga-bunga jangan dimanjakan lagi. Berhenti kasi makan (baja) dan minum (siram) kalau nak dia menyerlah berbunga. Kalau banyak sangat dibelai nanti dia asyik beranak pinak malas keluarkan bunga. Bila kemarau bila tak disiram memang dia akan dipaksa berbunga. Kalau daun kuning gugur tak mengapa, tengok dalam gambar daun di pokoknya pun dah hilang sudah di musim kemarau ini. Pokok pepanggil bila dah lebih setengah tahun pokoknya sangat lasak sebab akarnya dah banyak tersebar di bawah tanah tanpa kita sedari. Itu sebab bila dah subur sangat diberi makan, keluar anak-anak pokok tiba-tiba di sekitarnya. Bila dah habis layu bunganya, pangkas sahaja. InsyaAllah akan keluar pucuk-pucuk baru nanti (Info pepanggil klik sini).
Just a reminder yang telah dapat ticket dari Kebun Bahagia Bersama berminat untuk menerima Hamper Aidilfitri 2014 dari Kebun Bahagia Bersama bolehlah join in mulai esok.
Selamat mengerjakan ibadah puasa.
Selamat berpuasa dan berbuka...rasa berminat nak join hihihi..
BalasPadamSalam Ramadhan....Wow nak join ni :)
BalasPadamAssalammualaikum..Pokok pepanggil tu yg warna merah tu ke ..yg gbr no 4 tu ke..
BalasPadamGambar yg no.3 tu pokok ape ye puan
Assalam..Pokok pepanggil tu yg bunganya warna merah ye atau gbr yg ke 4 ye
BalasPadamGbr yg no 3 tu apa nama pokoknya ye..cantik pulak tgknya
Salam Bahagia dan Salam Ramadhan Nadia & Julie,
BalasPadamMeh join ramai-ramai kasi meriah nak dekat raya ni hehehe...
Waalaikumsalam Kak Zaiton.
Pokok pepanggil tu dipanggil pagoda juga yang tinggi lampai bunganya berwarna merah yang gambarnya no. 4.
Gambar yang no. 3 itu bunga pokok jenjuang merah.