Rama-rama jenis ini suka sangatlah singgah pada anak-anak pokok lemon untuk tujuan utamanya meninggalkan telur-telur dia yang akan menetas menjadi ulat bertanduk itu. Pada mulanya dengan ilmu yang cetek rasa stress jugalah sebab asyik nak kena check dan eliminate ulat-ulat tersebut semasa musim bertelurnya. Biasanya tukang kebun squash on the spot je dengan jari sebab dah lali.
Tetapi semasa sibuk tidak dapat turun ke kebun setiap hari tukang kebun pasrah sahaja let it grow naturally. Kalau ada rezeki tukang kebun adalah tu. Biasanya hanya anak-anak pokok lemon yang menjadi habuan caterpillar yang dah besar memanjang di belakang tidak ada pula. Dalam pemerhatian tukang kebun tengok kesan selepas ulat-ulat ini makan daun muda pokok lemon ada hikmah di sebaliknya. Rupa-rupanya dengan memakan pucuk muda anak pokok lemon tersebut menyebabkan ranting-ranting baru yang tumbuh. Ini adalah proses branching dari kesan pruning oleh si caterpillar yang dah santap pucuk muda tersebut. Ini adalah suatu kesan yang "positive". Jika si caterpilillar tak tolong buat pruning anak pokok lemon akan hanya tumbuh meninggi dengan satu batang sahaja.
Sebagai contoh, seperti dalam gambar di atas anak pokok lemon dalam hidupnya dah berapa kali pucuk muda daunnya telah disantap oleh si caterpillar semasa pokok ini membesar. Boleh kelihatan sekurang-kurangnya 3 kali (anak panah berwarna biru) di berlainan musim bertelur rama-rama, si caterpillar munch munch on the young leaves. Ini membuatkan anak pokok lemon lebih rimbun dengan bertambahnya ranting yang akan lebih menghasilkan buah pada masa hadapan berbanding dengan pokok lemon yang tumbuh meninggi nan sebatang. Everything happened with a reason. Anak pokok di atas minggu ini untuk tuannya Puan R. yang berasal dari Sabah yang anak pokok lemon tukang kebun kasi besar organically nampaklah banyak kesan caterpillar punya artwork.
~ Organic Lemon Seedlings (Date of Birth November 2013) ketinggian lebih 30 cm ~
1 pot for RM15.00 .
Beluncas suka attack pokok limau purut, kalau seekor tak apa, tapi sampai berekor-ekor. sampai sy nak guna daun pun tak ada. Kenalah selalu belek-belek daun untuk buang semasa ulat ni masih kecil. Sy tak guna racun serangga pun.
BalasPadamDaun lemon saya selalu compang-camping sbb ulat ni juge. selalu biarkan sampai dia jadi rama-rama sbb seronok tgk :)
BalasPadamAt my small balcony garden, caterpillar ni suka makan daun limau purut. Daun pokok-pokok lain dia tak sentuh pon.
BalasPadamZINNIA LILLIPUT
BalasPadamkalau ikutkan daun lemon tu agak berbau kuat..tapi ulat ni makan juga ya..rasanya sekarang ni musim membiak rama-rama, masa berkelah di sg congkak minggu lepas pun banyak ulat bulu jatuh dari pokok...
Sama lah pokok limau kasturi saya pun habis pucuk daun kena gigit,..
BalasPadamulat rupanya, ingatkan belalang....
Pokok lemon Julie pun pernah dserang ulat ni kak, tapi cepat2 Julie buang ulat2 tu, memang bercambah lagilah pucuk2 pokok lemon, tapi ada juga ulat tu kan kak, habis gondol & RIP terus pokok bunga kembung Julie ulat tu bantai makan semua daun & pucuk yg ada,& pokok2 bunga yg lain itulah Julie x berapa berminat dgn ulat daun ni hehe....
BalasPadamDah lama tak belek pokom lemon... kasturi alhamdulillah belum terancam
BalasPadam-Crinum-
BalasPadamPokok kasturi sy layu je lpas tnam dlm tanah, then sy alihkan tanam dlm pasu ,bru fresh balik. Tup2 dah licin tinggal ranting. Sampai sekarang gondol mcm tu. Pntang pcuk muda keluar berpesta la diaorang. Nak buang or bunuh, rasa hati nie tak sampai seru lg..
- agaknya rahsia rama2 cantik sebab mkn daun spesis limau-
Salam Ramadhan Seri7ujuh,
BalasPadamKalau daun limau purut lagilah wangikan menjadikan maknya lagi terliur nak singgah-singgah bertelur agaknya. Eloklah tu tak bubuh racun kasi buang je anaknya kalau dah banyak sangat manually. Lagipun daun limau purut nak dibuat masak-masak.
Salam Ramadhan Gina Marna,
Setakat compang-camping tak mengapa kalau tak gondol hehehe...ya menarik tengok depa ni cepat membesar bertukar menjadi rama-rama.
Salam Ramadhan Shas,
Kalau dia tak dapat daun pokok jejenis citrus, nanti dia mai ke kari pula biasanya begitu di sini.
Salam Ramadhan Encik (Zinnia lilliput),
Hehehe saya kalau ulat bulu banyak kali gak nak fikir nak sentuh. Tapi takat ulat yang takde bulu macam dalam gambar tu saya bolehlah picit terus.
Salam Ramadhan Sud@is,
Kalau disentuhnya pucuk sahaja tidak mengapa nanti makin rimbun pokoknya, lebih banyak buah dapat.
Salam Ramadhan Julie M,
Jenis ulat mana yang makan daun pokok bunga keembung Julie ni, jadi curious sesangat. Nanti share photo ulat tu. Pokok keembung kat sini pula free of harm kecuali adalah mungkin lubang daunnya sini sikit tapi taklah serious sangat.
Salam Ramadhan Kak Mar,
Mungkin dia ada rangking kesukaan dalam jenis pokok-pokok limau ni. Mana yang akan diserang dulu bila ada pelbagai dalam sesuatu kawasan. Menarik gak kalau dapat buat perbandingan.
Salam Ramadhan Nuriem Story (Crinum),
Layu sebab kenapa tu? Tanah keras? Hehehe...mungkin kut itulah rahsia kecantikan mereka.
zinnia cactus
BalasPadamcantik kalau ada rerama..tapi kalau ada parasit yang merosakkan tanaman yg boleh buat frust..
kadang2 belalang menyebabkan daun bunga saya berlubang2 dan rosak..tak tau bagaimana nak menghalau...terutamanya daun bunga petunia
BalasPadamSalam Ramadhan Raiyan Jazlan,
BalasPadamRama-rama memang cantik bila besar hisap madu, masa kecik suka makan pucuk-pucuk pokok citrus, mungkin sebab tu jadi cantik hehehe...