Halaman

Selasa, 8 Julai 2014

Cantas Clerodendrum Calamitosum

 Masuk bulan Julai ini bermulalah pula musim bunga White Butterfly Bush di Kebun Bahagia Bersama. Masa musim kemarau dia duduk diam menghijau je. Pokok bunga jenis Clerondendrum calamitosum ini tukang kebun tengok sifatnya suka mula berbunga bila tibanya kembali musim kerap hujan bertandang. Kalau negara 4 musim akan kata ianya berbunga pada musim luruh (秋)begitulah konon-kononnya atau pada akhir musim panas (夏). Tukang kebun amat gemar pokok bunga dalam keluarga 'Clerodendrum' kerana kebanyakkan pokok yang masuk dalam kategori ini sangat lasak terutama akarnya bila dah matang. Kalau akarnya tu dah banyak, kalaulah terpotong atau terpatah batangnya sampai tinggal 3 cm pun dia boleh naik hidup balik. Yang selalu ada kes accident pemotong rumput selalu terpotong pokok maka tukang kebun recommend tanam pokok kembang bugang ini, takdelah sedih sangat nanti naiklah pucuk baru. Disebabkan itu juga, akar pokok bunga white butterfly bush juga ada kelebihannya (bacaan dan info lanjut di posting sebelum ini klik sini).
 Di luar musim bunganya atau sesudah musimnya bolehlah pangkas pokoknya. InsyaAllah nanti bertambah bushy pokoknya barulah jadi 'white butterfly bush' betul-betul. Kalau pokoknya tiada pernah dipatahkan, maka tumbuhlah ia meninggi nan sebatang. Pokok white butterfly bush cepat meninggi kekadang yang dalam ready stock untuk penghantaran pun dah lebih 50cm. Jadi kekadang tukang kebun bagi pendekkan pokoknya (macam dalam gambar no. 2 bulatan oren). Walaupun botak tak lama kemudian tumbuhlah pucuk-pucuk baru macam dalam gambar no. 2 anak panah kuning. Untuk yang baru berjinak-jinak dalam kebun, tak perlu khuatir kalau pokoknya dah pernah berbunga atau akarnya dah banyak boleh sahaja trim pokoknya, dia tak berapa kisah. White Butterfly Bush tukang kebun perhatikan paling selesa duduk di kawasan partial shade. Tahan panas dan kemarau apabila dah matang pokoknya, kemarau yang 2 bulan tu ada langsung tak terima air dari tukang kebun. Water wise plant sesuai untuk kawasan yang kerap menerima catuan air dan yang kerap travel. Sesuai juga ditanam dalam pasu.
~ White Butterfly Bush ~
1 pot for RM7.00

6 ulasan:

  1. Cantik bunganya kecik - kecik camtu. Bunga dia wangi tak Diana?

    BalasPadam
  2. ingatkan melur, cantik kombinasai color desebelah pokok puding..

    BalasPadam
  3. Julie suka sangat dgn bunga kembang bugang ni kak cantik & wangi, 2pokok yg Julie beli dgn kakak hari tu pun lebat sangat berbunga sekarang happy sangat tengok :)

    BalasPadam
  4. ni bunga renek ke?senang ke nak tumbuh?cantik sebab bunganya lebat dan bentuk bunga yang menarik

    BalasPadam
  5. Assalam kak D,
    Buah berry ijauyg kua last skali tu nnt akan jd biji benih ke kak?.. Apepun, bunga ni mmg cantik dan tahan lasak.
    GAILLARDIA

    BalasPadam
  6. Salam Bahagia Shas,

    Wangi juga tapi taklah semerbak sangat, usually early in the morning or late evening.

    Salam Bahagia Sud@is,

    Kadangkala dipanggil melur juga. Ya tak sangka ngam pula ganding dengan pokok puding.

    Salam Bahagia Julie,

    Syukur Alhamdulillah seronok kami dengar kembang bugang yang kami bekalkan ke Julie sudah meriah berbunga. Nanti bila dah berbuah jika dibiarkan banyaklah anak-anak pokok yang keluar nanti.

    Salam Bahagia Raiyan Jazlan,

    Pokok bunga ini renek taklah tinggi sangat ketinggian sederhana sahaja. Ya gugusan bunganya banyak.

    Salam Bahagia Atie,

    Itulah biji benihnya dari pembentukan macam buah berry tu bila dah matang. Ya memang lasak, sesuai untuk taman evergreen.

    BalasPadam