Dengan cuaca pada bulan Jun ~ Julai di Kebun Bahagia Bersama yang on the hot dry season, tak sangka pula sayur yang paling mudah sekali nak bela dan tak beberapa kena serangan dengan serangga perosak bagi tukang kebun ialah Turnip Hinonakabu sejenis sayur lobak. Sayur lobak Hinonakabu ini adalah adik beradik dengan lobak putih yang berasal dari baka kampung Jepun. Berbeza dengan lobak putih (daikon) yang besar, saiznya adalah lebih kecil jadi amat sesuai untuk ditanam dalam bekas. Biasanya tukang kebun semai dekat pasu-pasu yang berhampiran dengan pintu dapur, senang dekat bila nak guna terus tuai sambil masak-masak.
Apa yang menarik dengan sayur turnip hinonakabu ialah keselurahan sayuran tersebut akar dan daunnya boleh dimakan. Tambahan pula warna batang daun sayur turnip hinonakabu adalah sangat menarik berwarna macam magenta. Warna batang sayurnya tidak berubah, cuaca panas pun maintain gitu. Disebabkan itu bahagian akarnya yang di atas berwarna magenta manakala di bawah berwarna putih. Anak-anak tukang kebun lebih gemar pula makan daun sayur hinonakabu berbanding sawi apabila tukang kebun masak sup bebola campur akar dan sayur hinonakabu yang telah dipisahkan sebatang-batang. Tak perlu cincang pun cuma pisahkan batang-batangnya. Buat tak nampak jelah weed antara sayur turnip hinonakabu ya (tukang kebun mode tak kuasa).
Kalau tumbuh dekat-dekat pun tak pe sebab sayurnya boleh dituai as it grows tidak kira saiz kalau nak pakai daunnya macam daun sawi. Antara pelbagai jenis turnip tukang kebun pernah tanam, tukang kebun perhatikan daun turnip hinonakabu adalah berlainan dari yang biasa. Selalunya daun turnip bila semakin matang daunnya macam lobak radish atau turnip yang daunnya jenis berbulu kasar sedikit permukaannya. Tetapi turnip hinonakabu tekstur daunnya lebih mirip kepada sayur sawi hijau cuma batangnya unik berlainan warna. Another way nak kasi kanak-kanak enjoy makan sayur ialah dengan appearance luaran sayur ini, tambahan pula cepat dan mudah tumbuh. Lebih mudah nak tumbuh ketika air hujan kurang sebab akarnya boleh tumbuh lebih panjang dari sawi hijau. Dekat atas gambar tu sebelah ada anak pokok dwarf teddy bear sunflower dan opposite tukang kebun tumpang cacak keratan buah naga. Kalau nak kasi nampak menarik atau kekurangan ruang/bekas boleh je tanam turnip hinonakabu dan sunflower teddy bear jenis renek.
~ Biji benih Turnip Hinonakabu ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1pek for RM1.00 .
Tuaian tukang kebun Ilhan pada hari Jumaat lepas selepas balik dari Sekolah Agama mengekor mamanya. Tukang kebun ajak tolong petikkan bunga telang keliling rumah buatkan air bunga telang untuk berbuka nanti. Masa masuk patch bendi yang weed meninggi, tukang kebun asyik pula merumput jadinya ingatkan nak petik je buah. Sementara menunggu, tajam mata tukang kebun Ilhan ternampak tempat baru ayam bertelur ada sebutir di situ. Dapatlah tukang kebun Ilhan kutip sebutir telur. Cukup jugalah stock terkumpul markisa untuk buat jus passion fruit untuk berbuka.
Apa rasa turnip ni? Macam ginseng pun ada.
BalasPadamGINSENG JAWA
Dear Marriatyi Morsin.
PadamRasa turnip ni tak sekuat macam rasa lobak putih.
Reserve sy 1 pack ye...nampak mcm boleh 'hidup' kt kebun sy nih...hehe...turnip ni kalau kita tuai daunnya saja boleh x?
BalasPadamDear Seri7ujuh.
PadamYang ni memang senang hidup berbanding dengan jenis radish/turnip dari negara barat. Buat tuai daunnya je pun boleh lagi cepat boleh tuai.
Save one pax for me.
BalasPadamDear Sali.
PadamAlready reserved 1 for you.
Shas pon nak tau rasa turnip ni. Similar to daikon ke?
BalasPadamDear Shas.
PadamTaste milder than daikon for this type of turnip.
Menarik sungguh info tentang sayur turnip ni kak, trus x sabar rasanya nak menanam benih2 turnip yg Julie pernah beli dgn kakak :)
BalasPadamDear Julie.
PadamBila balik dari beraya bolehlah mula semai benihnya cuaca pun dah makin tak sepanas bulan- bulan kemarau lepas. Mudah nak jaga dan sesuai tanam dalam bekas
rupanya turnip hinonakabu top pula namanya, sy ada tanam benih ni tp tak tau nama. terima kasih atas penjelasan namanya.
BalasPadamDear Carlz Jafran.
PadamTop tu bahagian atas sayur ini nak jelaskan bahagian daunnya boleh dimakan. Jenis sayur ini turnip jenis hinonakabu benih kampung dari Jepun.
-Crinum-
BalasPadamdaun nie seakan sawi, tengok yang KBB tanam terliur pulak nak rasa, tapi rasa malas lebih kuasai diri,
tapi daun nie pun elok buat salad, campur dgn buahan2 lain then mix mayonis... nyummyyy..
Dear Nuriem,
BalasPadamBagus idea itu untuk pemakanan yang sihat dan seimbang.
Dah lepas puasa ni dah rasa berkuasa bolehlah rajin-rajinkan diri menanam.