Sebelum bertolak ke kampung, apa jenis tumbuhan yang buahnya tumbuh cepat boleh sahaja petik tidak mengira saiz nak elakkan dari pokoknya jadi tua. Seperti bendi tidak mengira saiz dah boleh petik walaupun belum sebesar ibu jari atau kacang panjang baru sejengkal boleh simpan dalam peti sejuk. Saiznya yang kecil dan masih muda inilah rasanya lebih manis dimakan. Bagi tukang kebun selain dari sebab menanam sayur sendiri bukan sahaja nak elakkan dari yang kena racun tapi boleh nikmati sayur yang masih "young and tender". Kalau di kedai sebab asyik nak supply size yang besar-besar "custom size" dah nak dekat tua dan keras. Begitu jua dengan sayur daun, kalau takut siput dan belalang beraya sakan bolehlah mula tuai tiap-tiap hari minggu ini yang dah sedang-sedang takut balik tukang kebunnya kempunan pula. Apa salahnya tapau bawa balik kampung juga sebagai hamper Hari Raya.
Sebelum tukang kebun kempunan nak rasa makan sayur daun hijau Tsukena Hiroshimana yang dah lama ditunggu-tunggu, mula tukang kebun tuai minggu ini walaupun saiznya belum capai average saiz lagi masih sedang-sedang dan kecil. Pada masa awal-awal tukang kebun semai biji benih yang batch percambahan pantas, baby yang baru bercambah tu kena makan dengan semut-semut. Lapar agaknya sebab musim panas dan kemarau. Yang bercambah kemudian di tempat sama terselamat pula dari dimakan. Adalah juga rezeki yang ditinggalkan kongsi bersama. Sayur daun Tsukena Hiroshimana baka dari Jepun ini mudah juga tumbuh masa musim panas dan kemarau, tukang kebun letak di kawasan partial shade. Baka ini dari negeri Hiroshima yang kena bom atom masa perang dunia kedua. Sayur daun ini semakin besar daunnya makin lebar dan batangnya pendek dari Bok Choy biasa. Kalau mereka yang suka makan lebih kepada daun dan bukan batang sesuailah citarasa dengan Hiroshimana. Tambahan pula sebab batangnya tak panjang dan daunnya lebar sesuai juga untuk dijadikan sebagai 'wrapper' dengan filling daging cincang atau ikan cincang untuk kukus bersama.
Minggu ini pula nampaknya rambutan mula ada yang dah nak masak eloklah timing-nya dah nak dekat Raya ni. Semalam tukang kebun dah testing sikit yang rambutan gading hampir masak sebab berbuah masa tiada hujan jadi sebab tak berair rasanya lebih masam manis tak tawar. Gambar di atas adalah tuaian semalam bersama-sama Ilhan lepas balik sekolah agama. Ilhan sekarang dah seronok suka kutip telur ayam. Gambar di bawah pula antara tuaian Rayyan dan papa Rayyan, mereka dapat telur itik pula.
Syukur Alhamdulillah bulan Ramadhan ini, rezeki buah nangka banyak pula. Biasanya tukang kebun mengelat tunggu dearest hubby baru nak harvest. Tapi memandangkan yang batch ini terbuai-buai rendah dan hairan tak kena tebuk lagi walaupun dah nampak masak, maka cepatlah-cepatlah tukang kebun angkat macam mengandung semula bawa masuk rumah. Manis sungguh isinya masa berbuka semalam. Ada juga hikmahnya berapa kali tukang kebun tuai yang muda-muda untuk diberikan kepada kenalan boleh buat lauk sayur nangka gulai sebab tension asyik kena tebuk awal-awal je lebih baik tuai masa muda. Jadi tidak disangka pula dalam bulan Ramadhan ini rezeki nak merasa buah nangka masak banyak pula. Pokok nangka madu dari Thai ini pun memang tak putus-putus berbuah walahpun tak diberi baja. Mungkin sebab binatang dalam group avian suka duduk berteduh di bawah dia.
Semalam tukang kebun sibuk nak siapkan pesanan untuk kawasan Borneo supaya dipos semalam dan tiba sebelum Raya. Minggu ini pesanan banyak luar biasa diterima dari Sabah banding dengan minggu-minggu lain. Mungkin disebabkan perintah berkurung tidak dapat ke mana-mana, ramai telah focus untuk berkebun di laman rumah. Ini juga adalah satu aktivity yang bermanfaat dan sihat, dari tidak buat apa-apa dalam rumah sahaja. Kemudian sambung siapkan yang untuk Semenanjung Malaysia pula, pagi ini semua dah dipos. InsyaAllah dalam minggu ini sampai. Tracking no. untuk goods yang dipos hari ini nanti tukang kebun email ya sebab yang posnya bukan tukang kebun dearest hubby on the way ke kerja singgah Pejabat Pos Besar Shah Alam. Terpaksa minta jasa baik dearest hubby sebab dia tak boleh tolak sebab hari ini tukang kebun bertukar umur.
Yang berminat untuk cuba tanam Tsukena Hiroshimana , biji benihnya hanya tinggal beberapa pek sahaja lagi.
~ Tsukena Hiroshimana ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek for RM1.00 .
Birthday Diana hari ni? Happy birthday ye.
BalasPadamSeronok tengok banyaknya buah buahan dan sayuran yang dipetik dari kebun.
Thank you for the birthday wishes Shas. Ya dah kena tambah angka bila isi borang hehehe
PadamSalam, diana ader stock zinnia dwarf mcam2 colour tak?
BalasPadamSalam Samarinda.
PadamAda beberapa jenis zinnia dalam stock. Zinnia cactus tak setinggi lilliput.
seronoknya tiap2 hari menuai hasil
BalasPadamGinseng Jawa
Syukur Alhamdulillah ada rezeki yang dapat dituai hampir setiap hari Marriatyi
PadamHappy Birthday, Diana. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. I'd like a packet of Tsukena. Can i see the latest stock list?
BalasPadamThank you for the wish Sali. I have emailed you the latest stock list.
Padamseronoknya dpt kutip hasil selalu, telur ke 3 biji tu kak?
BalasPadamYa Julie gambar no. 1 ada 3 telur ayam. Gambar no.2 ada 1 ekor telur itik.
PadamSeronok bila dapat involve anak2 sekali dikebun...mcm2 boleh diajar n dipelajari. Happy belated birthday to you...
BalasPadamMemang seronok tengok anak dapat close to nature untuk nurture them. Terima kasih ucapan Seri7ujuh.
PadamHappy belated birthday Diana..moga pjg umur, murah rezeki & semua menjadi :)
BalasPadamThank you gina marna. AMIN.
PadamSalam….
BalasPadamSelamat bertukar umur ye kak D, hihi...
Selamat Hari Raya juga…. :)
Salam Lebaran Atie.
PadamThank you.
Balik kampung mana?
Salam Aidilfitri kak D,
PadamTaun ni sy ke johor..
Kak x balek kmpg?
Slmt brgembira brsm semua family dn sanak sedara di bulan syawal ni ye kak :)
Macam tahun lepas kami balik Terengganu Atie. Atie cuti kerja lama ke?
BalasPadamSalam kak D,
PadamaTie amek cuti seminggu kak..
Besok dah start keje balek. Nk iron bju keje malam ni pon rase cm pelik2 sket, hihi..