Halaman

Ahad, 10 Ogos 2014

Hamper Aidilfitri untuk Team Members KBB from Kak Ros Jasin with Love

 Minggu ini tidak disangka dapat hamper Aidilfitri dari Kak Ros Jasin. Mula-mula pelik juga kenapa ada kiriman Pos Laju untuk tukang kebun sebab rasanya tiada buat pesanan apa-apa dan tidak menanti apa-apa. Abang pos laju tu pun dah 3 hari berturut-turut hantar barang dekat rumah untuk barang orang lain di rumah ni dan dah bosan gaknya tengok tukang kebun ni...hehehe...
 Bila tengok alamat tersenyum lebar tukang kebun tengok dari Kak Ros, Jasin rupanya. Mula-mula ingatkan benih. Terkejut tukang kebun bila buka rupa-rupanya dapat biskut-biskut raya, terharu sungguh rasa mata pun berlinang air mata. Biskut raya ni dahlah sangat istimewa hasil tangan Kak Ros dapatlah kami sekeluarga merasa. Hari ini pun sudah habis dimakan bersama-sama saudara mara yang berkunjung ke rumah berhari raya. Tukang kebun masa membuka bekas kuih raya nak simpan dalam balang bersama-sama Ilhan testing kuih home-made Kak Ros semuanya lazat sungguh Ilhan dan Abby berebut makan. Terima kasih banyak-banyak Kak Ros walaupun kami belum pernah bertemu tapi Kak Ros selalu merapatkan silaturahim dengan Kebun Bahagia Bersama team members. Bilalah nak turun ke Melaka ni, berjumpa dengan Kak Ros. Rasa motivate nak dapatkan resepi kuih dari Kak Ros untuk raya tahun depan.
  Syukur Alhamdulillah bulan Syawal ni memang buah cempedak banyak sungguh rasanya dah lebih 20 biji tukang kebun tuai dari satu pokok. Bulan ini ada juga tuaian dari pokok lemon tahiti. Hari ini saudara dari Seremban datang beraya. Kebetulan tukang kebun buat air bunga Telang jadi buat magic show pula dekat ibu dan ayah kanak-kanak riang ria yang sedang berlari-lari di halaman luar rumah tu. Pertama kali mereka minum air bunga telang jadi salah satu topic mengenai cara buat airnya dan tukang kebun tunjuklah air bertukar warna ke pink bila perah jus lemon tahiti. Orang dewasa pula seronok buat experiment atas meja makan. Budak-budak kalau visit Kebun Bahagia Bersama memang tak ingat nak makan atau duduk dalam rumah semuanya keluar meneroka di luar. Hari ini si Ilhan buat salah, dia ambil patung Echidna untuk hiasan luar mama dia pergi bawa gelungsur bersama-sama habis patah kaki si Echidna tu. Manalah mama dia nak cari ganti patung echidna tu. Dahlah beli dekat Fisherman's Wharf Market Adelaide sebagai kenangan.
 Pertama kali Raya Aidilfitri , tukang kebun buat rendang ayam 2 kali pada bulan Syawal. Semalam pun tukang kebun buat rendang ayam 2 ekor sebab dah habis. Seronok tengok tetamu menambah-nambah selera makan dengan rendang ayam. Kali ini santan lebih pekat dan bilangan daun puding belacan juga lebih banyak. Kali ini sebab dah praktis dulu dan dah boleh agak-agak bahan, husband kata rasa makin sedap lagi (betul ke ni darling?). Sampai tengah malam baru siap masak dan tunggu sampai nak dekat pukul 2 baru boleh pergi lelap mata tunggu rendangnya sejuk sebelum disimpan.

 Minggu ni tukang kebun lebih sibuk di dapur berbanding di kebun jadi memang banyak email sedang pending tukang kebun belum dapat reply. Harap bersabar ya, InsyaAllah esok tukang kebun reply. Kalau khuatir tukang kebun terlepas pandang boleh re-send email lagi ya. Tukang kebun dah sakit pinggang asyik menghadap tempat masak ni, buat kerja lama dekat kebun pun tak de rasa sakit pinggang macam ni. Sampai setakat sini sahaja dahulu celoteh tukang kebun nak sambung packing untuk pesanan-pesanan goodies Kebun Bahagia Bersama. Cuma pesanan-pesanan yang menggunakan Kotak Prepaid Saiz Large tertangguh mungkin Selasa atau Rabu sebab tukang kebun tak cukup stok Kotak Large di rumah. Esok baru nak dapatkan Kotak large tersebut. Harap maklum ya.

7 ulasan:

  1. Nampak sedap je rendang tu.

    Nanti minta hantarkan list biji benih kat email shas ye, thanks.

    BalasPadam
  2. Salam diana,
    Selamat hari raya untuk diana sekeluarga.. eila masih lg berpuasa :) da jd habit mesti nak habiskan puasa ganti dlm bulan syawal .. sementara masih bersemangat...dan satu lg perangai eila, habis puasa ganti dan puasa sunat mesti nak raikan mcm hr raya juga.. jd eila nampak rendang yg diana buat kali ni yg lebih santan mcm cantik je kejadiannye heheh.. boleh share resepi kat email eila x.. rase cam nk try rendang diana's style utk raikan kejayaan habis puasa ganti dan sunat nnti...(terkenang kalu puasa kt kg, mesti raikan sesama dgn mak dan bpk sbb kami suka puasa sunat bersama)..harap diana x keberatan share resepi yerk.. tq ..:)

    Eila sepang..

    BalasPadam
  3. Salam TK
    Daun/sayur apa yang warna gelap tu?..sedapnya rendang TK tengok terliuq!!!

    BalasPadam
  4. Salam Aidilfitri utk Diana sekeluarga...skrg x dan nk berkebun lg tgh bz mkn di open house :) hihihi. Sedap rendang tuu..tgk gmba dh tau sedap.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikim Diana,

    Syukur alhamdulilah, dapat kita berkongsi rasa biskut tu. Malu pula akak tengok gambar biskut dalam entri ni. Rendang yang Diana buat pun nampak sangat menyelerakan ! Mesti sedap makan dengan nasi impit dan kuah kacang.

    BalasPadam
  6. Salam Bahagia Shas,

    Syukur Alhamdulillah Barang-barangnya dah selamat sampai hari ini. Ada stock frozen hujung minggu ni tinggal nak panaskan dan beli lemang.

    Salam Bahagia Eila,

    Baru puasa sunat syawal 2 hari kami ni.Kali ini santan lebih pekat dan banyak jadi menunggunya pun agak lama. Biasanya seekor ayam paling kurang 3 kelapa Eila. Pastu kali ini letak daun puding belacan lebih dari hari tu campur daun salam, daun assam gelugor dan daun kunyit sikit seperti gambar di atas. Kalau suka boleh letak beberapa daun limau purut juga. Yang lain tu bahannya macam biasa bawang merah, besar, putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit. Blendar sama-sama. Ngan campur je semua bahannya letak dalam kuali. Campur beberapa sudu cili kering dah blendar, cili api, dan asam keping. Bila nak masak beberapa sudu kerisik. Gaullah sampai nak kering kuahnya.

    Gambar rendang hari tu excited sangat nak ambik belum masak lagi sebenarnya baru je separuh perjalanan nak menunggu masak. Excited lama tak merendang hehehe...

    Selamat Hari Raya.
    Maaf Zahir Batin


    Salam Bahagia Sud@is,

    Yang gelap tu daun puding belacan untuk rendang orang negeri sembilan.

    Salam Bahagia Gina.

    kebetulan tahun ni jumpa tempat lemang best jadi rajinlah buat rendang.

    BalasPadam
  7. Waalaikumsalam Kak Ros dan Salam Bahagia.

    Terima kasih daun keladi banyak-banyak kak Ros hehehe.....lembut sungguh kuihnya budak-budak suka.

    BalasPadam