Pada suatu hujung minggu dalam bulan Syawal, tukang kebun ternampak kelibat warna oren masuk dalam Kebun Bahagia Bersama seperti sesat bising meow meow meow. Tukang kebun minta dearest hubby tangkap pergi letak dekat station kasi makan kucing di belakang rumah. Sejak dah dapat makan free, dia dah tak ke mana duduk main, makan dan tido di kawasan belakang rumah. Jadi kami gelarkan dia si Tigger. Entahlah Tigger tak de niat nak culik ko pun, entah bertuan ke tidak. Tigger sendiri yang bebas pilih nak duduk sama-sama dalam Kebun Bahagia Bersama ni. The curious kitten ini pun dah mula rajin mengekor tengok tukang kebun buat apa sambil dia main-main dengan daun-daun pokok. Tukang kebun pun belum pernah sentuh Tigger ini masih belum jinak lagi, bila lapar pandai pula meow minta makan.
Elok pula petang tadi Tigger pandai pula berposing tengok tukang kebun ambil gambar. Ada pula yang cemburu tukang kebun ambil gambar Tigger. Sedang elok je baru nak tekan gambar snap, kenapa pula gambar jadi hitam terus ini. Rupa-rupanya sedang tekan butang ambik gambar tu, Si turkey pula duduk betul-betul depan lensa block Tigger punya view (bulu turkey hitam tu gambar jadi hitam). Nak kena halau turkey berapa kali baru dapat ambil gambar si Tigger. Hey turkey dah berapa kali dah kut nampak hang dekat background gambar bagilah Tigger chance buat debut pula kut. Tukang kebun tak sangka si Turkey pandai cemburu juga ya.
Dekat depan dapur ni dah mula semak balik bila hujan pelbagai jenis weed dah naik dengan pantas, tak sempat nak cabut. Bayam dan Sweet basil large italian leaves pun dah banyak muncul di kawasan ini tumbuh sesuka hati di celah-celah batu bata. Pokok thyme musim-musim hujan ini sila pindah ke full sun ya kalau nak dia hidup bahagia. Elak bagi thyme jangan menghimpit dengan tumbuhan lain masa musim hujan dengan kelembapan udara yang tinggi. Sebab thyme ni asal Mediterranean herb yang kelembapan (humidity) tak tinggi macam Malaysia ini. Rosemary pun sama kalau tidak cepat sakit. Pengudaraan adalah penting.
Minggu ini yang hampir setiap hari boleh dituai di Kebun Bahagia Bersama adalah kesimpulan gambar di atas jika rajin dipetik. Dari minggu lepas, nasturtium bercambah dengan amat mudah sekali. Kalau anak pokok nasturtium dah banyak sangat tak tau mana nak letak, boleh je treat dia sebagai "sprout" atau ulam sebab daunnya memang boleh dimakan.
~ Biji benih bunga nasturtium jewel mixed~
Anggaran 7 biji benih dalam 1 pek RM3.00 (kebunkmg@gmail.com)
Nmapak segar dan macam rapuh ja ulam nasturtium.....
BalasPadamNasturtium ni adik beradik pegaga juga Sudais.
PadamWelcome to the club Tigger...
BalasPadamnastartium tu senang pula tumbuh ya. Subur nampak pokoknya..
Musim hujan nampak lebih mudah subur pokoknya dekat tanah rendah ini Kak Mala.
PadamComel... Macam bulu tebal si Tigger nie. Huhuhuhu
BalasPadamNampak macam ada darah campuran juga si Tigger ni. Tukang kebun jenis cepat cair tengok kitty warna oren Ima.
Padamcantiknye bulu si tigger,.....tigger duk luar. Abby pulak duk mengintai kat belakang. hehe.....comel
BalasPadamsalam diana.. Boleh tak emailkan senarai benih yang ada ke nudabuffy@yahoo.com. TQ in advance
BalasPadamBertambah ahli keluarga...comel tigger...nmpk mulberry tu besar2...sy punya ada la buah tapi sikit2.. Mmg pokok nya kne sentiasa pangkas ke utk bg pokoknya berbuah?
BalasPadamIbu Qistina, Ada juga percubaan Tigger malam-malam kesian selit masuk dalam rumah. Duduk dekat-dekat meja dapur makan tunggu tulang-tulang.
BalasPadamSalam Nurul.
Ada email senarai.
macamana nak semai nasturtium? saya dah banyak kali semai tapi tak pernah tumbuh. kena guna tanah apa? benih mesti tanam dalam tanah, maksudnya kena timbus atau letak je atas permukaan?
BalasPadamthanks
Pelangi,
BalasPadamTanam bijinya 2cm dalam tanah. Nasturtium biasanya tak fussy dengan jenis tanah.
Salam Diana. Benih Nasturtium ni available lagi tak? kalau ada boleh reserve for me 3 pek pls...Thank you
BalasPadamSalam Bahagia Abdul Razak.
BalasPadamBiji benih nasturtium dah out of stock. Bila ada batch baru will reserved for you together with the balsam seeds.
Thank You Diana
BalasPadam