Halaman

Rabu, 17 September 2014

Malaysia Day Quest

 Pada Hari Malaysia 2014, team members Kebun Bahagia Bersama buat "Spring Cleaning" ambil kesempatan hujan tak turun di sebelah pagi. Ahad lepas, pagi-pagi lagi hujan dah turun jadi hajat nak mengemas tertangguh. Antara kawasan yang dikemaskan adalah di sebelah tempat letak kereta seperti gambar di atas. Dah nampak makin gelap dah kawasan ini jadi macam jalan-jalan dalam KBB in Wonderland. I "wonder" if any frightening creatures lurks in that piece of land. 
  Lagipun hujung bulan ini, big boss balik nanti bad mood pula big boss tengok pokok mahkota dewa dia dah jadi pokok cabai burung pula. Pokok cabai burung tu tak ditanam tumbuh sendiri tak pernah siram tapi hidup subur masa kemarau. Sebelum tukang kebun pangkas ketinggian pokok cabai burung tu dah lebih 2 meter.  Gambar bawah antara hasil bahagian pokok cabai burung yang dah dipangkas. Tengok batangnya pun dah besar kalah batang pokok markisa.
 Tuaian cabai burung dari hasil meneras lebih 1 bakul. Itupun tak terambil semua.
  Yang ambil masa mengemas semalam juga adalah calathea. Masa tengah kemaskan calathea tu tengah pegang daunnya tiba-tiba tangan tukang kebun terpegang genggam sesuatu yang sejuk dan squishy. Apalagi terkejut punya pasal sambil berteriak toleh ke tangan lah terpegang katak rupanya yang suka duduk atas pokok. Nasib baiklah katak. Kalau yang takde kaki tu.....
 Tukang kebun pun tak pasti calathea jenis apa tapi bunganya seperti gambar di bawah. Sekiranya ada yang tahu jenis apa, kongsikan knowledge dengan tukang kebun ya. Dalam penghantaran pos laju yang dipos hari ini, sekiranya ada ruang dapatlah ole-ole dari Kebun Bahagia Bersama sama-ada cabai burung ataupun rizom calathea ya.
  Hasil meneras pada Hari Malaysia semalam. Barulah terang dunia di situ. Barulah nampak si pokok mahkota dewa yang sedang berbuah masih hijau mungkin bila tuannya balik elok dah merah kut. Pokok mahkota dewa big boss punya ni tak putus-putus berbuah walaupun diselubungi dengan dahan-dahan pokok cabai burung hidup bahagia bersama. Tapi pokok cabai burung tu tukang kebun kasi tinggalkan tunggul tinggi nak dekat 1 kaki di depan pokok mahkota dewa. Tukang kebun tak hairan kalau tunggul cabai burung tu tumbuh pucuk-pucuk baru balik nanti. Belakang pokok-pokok lipstick palm tu pun rupa-rupanya ada pokok kemuning dah tinggi nak 3 meter.
 Gardeners lain ada projek special tak masa Malaysia Day?

6 ulasan:

  1. cili padi best, boleh buat pelbagai stock sambal...

    BalasPadam
  2. Sama juga TK, cumanya cabut-cabut ja rumput yang liar dan berlumba2 naik tuu...

    BalasPadam
  3. meremang bulu roma...nasib baik katak...hehehe

    BalasPadam
  4. Of coz ada Cik Diana...kak sehari suntuk keluar masuk meneras pokok. Pantang cuti itulah agenda utama. Sekejap depan rumah sekejap kat homestay. Mujur hujan sikit2 ja turun. pokok banyak rosak. Overflow, daun banyak lecur juga. La ni tengah duk sibuk replant dan ubahsuai tempat.Panas kena ubah hujan pun kena ubah...aduhai...

    BalasPadam
  5. saya pon semalam mengemas kebun Diana. Tapi kebun saya xde la besar mcm diana punya kebun. Jadi buat 1-2 jam dah settle dah :)

    BalasPadam
  6. Salam Bahagia Nasa Mulia.

    Yang berlebih cili apinya dah selamat diblendar buat stock senang nak masak.

    Salam Bahagia Sud@is.

    Musim hujan sekarang ni penat berlumba dengan rumput liar tu kan macam tak cukup tangan dibuatnya.

    Salam Bahagia @na.

    Itulah nasik baik katak. Sekarang ni banyak area dah lopong jadi takde tempat nak menyorok lepas meneras beberapa minggu ini.

    Salam Bahagia Kak Mala.

    Kami ni bulan September asyik meneras sahaja tiap hujung minggu sementara hujan belum tiap hari turun. Nanti hujan dah turun semua berlumba naik subur balik. Jadi sekarang ni nak kasi hard pruning dan banyak tempat kasi terang. Bila dah hujan banyak mudah nak pindah pokok-pokok dekat area yang masih boleh diselitkan.

    Salam Bahagia Neny.

    Bolehlah tu kasi keluar peluh bagus untuk kesihatan.

    BalasPadam