Halaman

Isnin, 15 September 2014

Ostrich Plume

   Ostrich plume atau lebih dikenali dengan nama 'Red Ginger' (Alpinia purpurata) worldwide adalah satu tumbuhan dalam keluarga halia yang berasal dari negara kita. Bagi penggemar pokok-pokok bunga halia ini adalah 'A Must' dalam koleksi mereka. Oleh kerana ianya adalah jenis pokok tempatan maka amat mudah untuk belanya walaupun jika anda adalah novice gardener.  Sesuai juga bagi mereka yang mencari-cari pokok untuk dijadikan pagar atau sebagai hijab. Orang yang lalu lalang takde lah sibuk nak mengintai dalam rumah sebab kena distracted dengan bunganya yang menonjol itu.
  Pokoknya dalam cuaca tanah rendah kita ini boleh duduk dengan cahaya banyak, separa atau light shade. Sukakan moisture yang banyak dan tanah yang banyak humus (baja kompos). Awal-awal pembentukkan ada juga nampak macam rose bud.
  Pernah juga tukang kebun terbiarkan salah satu kawasan yang ada red ginger diselubungi dengan bunga telang. Comel pula tengok ia keluar dari celah-celah rimbunan daun-daun bunga telang.
 Kalau diambil gambarnya dari atas nampak macam bunga lotus pun ada.
  Tangkai bunga red ginger ini masa kembangnya memang lama berminggu-minggu jadi sesuai juga dipotong dijadikan hiasan bunga di rumah. Bila bunganya dah layu, pangkas sahaja tangkainya dekat bahagian bawah sekali. Kalau buat party di rumah atau nak buat hias pelamin pun bolehlah kreatif buat hiasan tempat duduk macam video klip 'Roar-Katy Perry'. Agakny boleh jimat budget kut dan nampak macam fun.

~ Ostrich plume / Red Ginger (Alpinia purpurata) ~

1 pot for RM8.00 (enquiry kebunkmg@gmail.com)

10 ulasan:

  1. Cantiknya bunga red ginger ni kak, kalo Julie dh ada rumah sendiri & ada laman yg bleh gardening, sure Julie tanam pokok ni, menarik sangat... suka Julie tgk...

    BalasPadam
  2. Red ginger kat rumah kak malas bunga. Tak tahu kenapa. Dah letak tengah panas pun masih begitu juga. Diana, kawan fb kak ada bunga ni yang color pink. Diana tak aa tanam ke color ni..

    BalasPadam
  3. cantik, mmg sesuai tu buat jambangan bunga segar utk ruang tamu...jimat budget!

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Julie.

    Kalau ada pasu besar boleh tanam pokok ini. Tak perlu dalam tapi width luas.

    Salam Bahagia Kak Mala.

    Red ginger walaupun tahan cuaca panas, tanah nak kena moist rasanya. Yang dekat rumah tak kena cahaya matahari penuh pun.

    Salam Bahagia @na.

    Bunganya pun tahan lama untuk dipotong sebagai hiasan.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum... Stok pokok nie ader lagi ker.? Penghantaran mcm mane yer?

    BalasPadam
  6. Waalaikumsalam Adli Fakhrullah,

    Yang ni ada stock.
    Penghantaran via Pos Laju Malaysia.
    Atau Self-collect petang Sabtu ini.

    BalasPadam
  7. Penghantaran pos laju tu selamat ker kalau pokok tu dlm pot...

    BalasPadam
  8. InsyaAllah selamat.
    Pos Laju biasanya penghantaran sampai esok atau lusa selepas dipos.

    BalasPadam
  9. Kalau mcm tu saya nak satu la... Leh send kan semua maklumat kat no phn saya. 0178471270.... No akaun dgn jumlah nya sekali....

    BalasPadam
  10. Maklumat boleh email ke (kebunkmg@gmail.com). Senang nak copy paste info.
    My smartphone is not reliable at the moment.

    BalasPadam