Halaman

Khamis, 11 September 2014

September Seri Pagi Seeds Stock baru

  Seri pagi yang menceriakan Kebun Bahagia Bersama di belakang kebun di Petak 3 setiap pagi dari Bulan lepas ialah si Jamie-Lynn (Ipomoea purpurea). Bunganya berwarna putih dan pusatnya berwarna pinkish. Daunnya pula berbentuk hati. Tapi dalam gambar tu bukan daunnya di sebelah tapi si Red Malabar Spinach yang sama-sama kongsi pagar buruk kitar semula untuk tutup petak dari dimasuk itik-itik. Beberapa bulan lalu ada tukang kebun bekalkan biji benih Jamie-Lynn moga dah berseri-seri di kebun lain di merata-rata Malaysia ini.
 Yang Jamie-Lynn belum ada stock tengoklah rezeki. Kantung benih asyik hilang ada yang suka gaknya. Tapi minggu ini tukang kebun dah mula kembali tuai biji-biji benih pink cypress vine. InsyaAllah jika ada rezeki dah masuk balik dalam catalog Kebun Bahagia Bersama fresh seeds pink cypress vine minggu depan atau minggu lagi satu. Ataupun boleh minta tukang kebun booking fresh seeds tersebut dengan tinggalkan komen senang tukang kebun nak keep track. Kalau email kekadang tak teringat.
 Gambar di bawah pula perkongsian gambar Morning Glory Heavenly Blue kembang di taman Puan Rafidah di Sibu, Sarawak.

 Minggu ini pun masuk fresh stock Morning Glory heavenly blue dan beberapa jenis morning glory seperti dalam page " Ipomoea(Bunga Seri Pagi dan Family" (klik sini) di laman Kebun Bahagia Bersama blog. Tips menanam morning glory bolehlah jenguk di situ atau di label archive nota tukang kebun "Morning Glory" (klik sini).  Yang berminat bolehlah email ke (kebunkmg@gmail.com) untuk senarai terbaru.

4 ulasan:

  1. Eh, jealous tengok heavenly blue kawan tu berbunga. Kak punya pokok subur, OK, tapi bunga tak nampak2 timbul lagi. Dah dua bulan lebih.., rasa2nya macam tak normal pulakan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Kak Mala.

      Heavenly blue kalau 2 bulan tak berbunga lagi kira normal. Lagi banyak subur sulur lagi lebat bunganya nanti. Pernah Diana punya 4 bulan umur heavenly blue sejak semai baru nak berbunga.

      Padam
  2. wah bestnya tgk pokok2 bunga seri pagi tu tumbuh dgn subur sekali, terima kasih utk tips tu, Julie nak book 3pkt morning glory merry go round tu, harap2 masih ada stok, :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Julie .

      Mungkin yang jenis FUJI series set Maisugata ada kut stock boleh reservekan.

      Padam