Red Powder Puff (Calliandra haematochepala)<info click here>
Sekarang ini makin ramai minat bela lebah di taman sendiri untuk mendapatkan liquid yang banyak khasiat itu. Tukang kebun kerap dapat email tanya pendapat mengenai pokok-pokok bunga yang diminati oleh lebah yang rajin berbunga. Ada juga yang mengadu masalah kekurangan makanan lebah mereka apabila musim bunga buah-buahan sudah habis dan perlu mencari substitute tumbuhan jenis lain yang dapat bekalkan kepada lebah-lebah tersayang mereka sepanjang tahun. Kalau di Kebun Bahagia Bersama bunga berwarna scarlet yang tidak putus-putus berbunga sepanjang tahun yang membuatkan bee buzzing bahagia ialah 'Red Powder Puff' dan 'Ri Ri Ying'. Tidak kira musim hujan atau kemarau berbunga tiap-tiap hari bila pokoknya sudah matang.
Fresh Red Powder Puff available again since last week courtesy of the bees.
~ Anggaran 25 biji benih RM3 ~
Ri Ri Ying (Jatropha pandurifloria) <info click here>
Semoga tahun baru ini, kita lebih rajin berbudi pada tanah seperti lebah rajin mencari makanan. Seharusnya kita ingat bahawa kebanyakkan pelbagai jenis buah-buahan yang kita nikmati itu, adalah hasil pollination bantuan si lebah mencari makanan pada bunga buah tersebut menjadi punca sukses buah membentuk. Tanpa pertolongan pendebungaan dari lebah yang rajin tiap hari keluar cari makan, tiadalah habuan untuk kita. Bukan sahaja itu, madu yang banyak penawar juga hasil keluaran lebah.
Tahukah anda semburan racun serangga atau rumpai memberi kesan mudarat yang sangat tinggi kepada populasi lebah di merata-rata dunia ini.
Bukankah berdosa kita aniaya mereka, Sedangkan dalam Kitab suci Al-Quran adanya surah lebah (Surah An-Nahl).
For our self-reflection:
29th October, Wednesday (9:00PM~9:30PM)
0r
1st November, Saturday (5:30PM~6:00PM)
subhanallah cantik tak terkata, dark pink yang ceria sungguh....kedua2 jenis pokok tu...
BalasPadamSalam Bahagia Sudais.
PadamMemang ceria tak putus- putus berbunga. Kenyang perut lebah.
Julie salah seorang peminat lebah kak Diana, tetapi lebah madu jarang bertandang ke laman/kebun kecil Julie yg setiap hari datang hanyalah lebah tukang, tapi x pelah lebah juga namanya. hehe....
BalasPadamSalam Bahagia Julie.
PadamInsyaAllah nanti ada yang buat rumah di kebun Julie. Dekat belakang pokok jambu air ada sarang lebah besar binturong. Mula-mula tengok dari jauh ingatkan binturong berhampiran petak B. Berdebar-debar juga berkebun di situ dan sebelahnya pokok mulberry yang selalu beri hasil lumayan. Kuatkan hati selalu bila nak pergi petik mulberry. Jambu air tu selalu buah lebat tak berani nak petik tunjuk berani sebab ada pokok jambu air yang lain serentak berbuah jadi ada balance in the kebun.
1 lg ilmu ni kak D, tenkiu for sharing
BalasPadamSalam Bahagia Atie.
PadamSama-sama kita tambah ilmu pengetahuan.