Halaman

Ahad, 23 November 2014

Cosmos Coming Out

 Minggu ini pokok-pokok bunga cosmos rajin berbunga bersilih ganti tak putus-putus menceriakan Kebun Bahagia Bersama yang sedang rumput meninggi tak terkejar nak memotong masa musim hujan ini. Apatah lagi nak manually merumput tempat yang pemotong rumput tak boleh lalu. Antara jenis Cosmos bipinnatus yang sedang musim berbunga ialah Cosmos White Purity dan cosmos berwarna pink. Yang teringin sangat nak tengok jenis Cosmos bipinnatus mekar di depan mata cuaca bulan ini dan bulan depan adalah musim semaian untuknya yang sesuai di Lembah Klang.

~ Cosmos White Purity (Cosmos bipinnatus) ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1pek RM3.00 .

 Gambar No. 3 dan No. 4 pula adalah jenis Cosmos sulphureus di mana yang No. 3 jenis Vibrant Orange dan No. 4 Yellow Sunshine amat mudah ditanam di kawasan Tanah Rendah Malaysia Sepanjang Tahun. Recommended for Novice Gardener. Fresh seeds from Kebun Bahagia Bersama.

~ Cosmos sulphureus Vibrant Orange/ Yellow Sunshine ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
 Yang juga amat mudah tumbuh ialah ulam raja (Cosmos caudatus) yang juga ada sedang berbunga untuk pastikan bekalan biji benih segar dapat dibekalkan berterusan. Opppsss birthday boy dah keluarkan mesin rumput dah tu sementara tunggu tukang kebun nanti muncung pulak.

 Tukang kebun nak rushing potong rumput di frontyard sekarang.

Have a lovely weekend,


5 ulasan:

  1. I'm crazy about cosmos. Cosmos bipinnatus was the first seed I ordered online from China (at that time I didn't get to know your blog ang other local online seeds sellers yet). Imagine my disappointment when I received petunia seeds instead!

    BalasPadam
  2. ulam raja n cosmos kuning tu memang mudah je makngah tanam, tapi kalau cosmos jenis lain tu, setelah beberapa kali mencuba, tumbuhnya melidi dan nampak benar tak sihat....aii..tak lulus lagi bab tanam cosmos nih...hehe

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Diana, wah berseri2 cosmos White Purity (Cosmos bipinnatus), & Cosmos sulphureus tu ya, suka sangat tengok, cosmos yg Julie beli dgn kakak tu InshaAllah akan Julie semai minggu ini, suka sangat dgn bunga ni kak, terima kasih juga dgn tips kakak tentang penanaman cosmos awal bulan lepas, musim2 ni memang sesuai menanam cosmos putih & bipinnatus tu kan. Mesti rumput di frontyard dah cantik tu kan kak, have a great day :)

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Sali,

    I heard many packaging from China what they offered comes out different seeds. Cosmos really is cheerful having them in the garden. Tak bosan-bosan nak tanam cosmos kan.

    Salam Bahagia MakNgah.

    Tak pe MakNgah usaha tangga kejayaan hehehe...InsyaAllah trial and error serta observation suatu hari nanti begitu mudah rasa tanam cosmos jenis lain tu. Practice makes perfect.

    Salam Bahagia Julie.

    Waalaikumsalam.

    Pokoknya belum keluar serentak bunga. Tapi bila tengok tiap-tiap hari ada je tak putus bunganya Cosmos White purity dan lain-lain tu rasa ceria dan semangat nak semai lagi benihnya. Masa musim hujan ni lebih mudahlah nak bangunkan biji benih Cosmos bipinnatus berbanding dengan musim kering.
    Tak sempat nak potong semua bahagian di frontyard panas dah tak larat. Separuh pun jadilah.

    Salam Bahagia Kak Mar.

    OK. Reserved 2 pek.

    BalasPadam