Apabila hujan rajin bertandang, kebiasaanya pokok-pokok kapas di Kebun Bahagia Bersama akan memulakan semula musim bunganya. Bunga pokok kapas adalah sungguh mirip kepada bunga raya lagipun mereka tergolong dalam keluarga botani yang sama iaitu cabang 'Malvaceae'. Saiz bunga kapas juga adalah sama standard saiz bunga raya. Pokok bunga kapas boleh tahan beberapa tahun setelah disemai sekurang-kurangnya 2~3 tahun jika penjagaan baik dan persekitaran tumbuhannya sesuai. Sebelum tukang kebun berbicara mengenai pokok kapas lebih lanjut untuk mengelakkan kekeliruan, pokok kapas ni bukan sama dengan pokok kapok atau kekabu ya.
Bila disebut kapas pasti yang terlintas dalam kepala ialah sumber utama untuk manusia membuat kain kapas untuk membuat pakaian. Tetapi tahukah anda yang cotton sebenarnya banyak kegunaan perubatan tradisional yang diamalkan sejak dulu lagi oleh pelbagai bangsa dan negara. Tukang kebun mula terdetik di hati ingin membuat bacaan mengenai pokok kapas dari segi perubatan apabila mendapat email dari seorang suami yang bersungguh-sungguh inginkan Kebun Bahagia Bersama bekalkan akar pokok kapas sebagai ikhtiar untuk mengurangkan penderitaan sakit isterinya. Selain itu, tukang kebun pun ada juga menerima pesanan-pesanan banyak kali, kalau order biji benih kapas sekali 10 pek dan urgent melalui Pos Laju Malaysia yang kerap menjadi timbul tanda tanya. Tapi tak pernah tanya sebab kami hormat privacy customers. Cuma hairan sebab ada satu ketika itu pesanan-pesanan biji benih kapas macam goreng pisang panas dari pelbagai tempat sekali 10 pek setiap orang. Takkanlah tiba-tiba ramai nak buka kebun pokok kapas pula kan???
Rupa-rupanya biji benih kapas dan akar pokoknya sangat berguna untuk pelbagai kegunaan. Akar pokok kapas sejak turun temurun sebelum ada pil moden birth control, digunakan sebagai natural contraceptive nak elakkan dari mengandung. Masa bahagian Amerika Selatan bawa hamba dari Afrika untuk membuka ladang-ladang, akar pokok kapas digunakan oleh hamba perempuan Afrika dengan menguyah-nguyah akar pokok kapas tersebut untuk mengelakkan mengandung atau agen menggugurkan anak. Sebagai peringatan untuk orang mengandung: akar dan biji benih pokok kapas punya ramuan haruslah dielakkan. Ramuan akar pokok kapas dapat menyebabkan peranakan kita mengecut (uterus contraction) boleh membuat keguguran anak. Bagi kaum lelaki pula, rebusan ramuan dari akar pokok kapas boleh menjadikan air mani kosong atau infertile sperm. Ianya tidak menggangu tenaga batin malah ada sumber mengatakan boleh menaikkan syahwat (aphrodisiac) cuma air mani sahaja yang tak subur.
Walaupun semasa mengandung ramuan akar pokok kapas boleh menjadi penyebab keguguran, ianya menjadi sangat bermanfaat membantu mempercepatkan dan mempermudahkan ibu semasa detik-detik bayi nak keluar dah dari perut ibu. Pada zaman dahulu kala mana ada macam dunia moden kita sekarang kalau dah lama sangat in labour dah lebih 24 jam mengeran ada banyak alternative seperti pembedahan. Ketika inilah pada zaman dulu akar pokok kapas dapat membantu mempercepatkan contraction supaya ibu tak hilang tenaga dan bayi tak lemas lama dalam perut tak keluar-keluar. Malah ramuan akar pokok kapas adalah antara jamu paling mujarab dalam perubatan tradisional untuk ibu yang baru melahirkan anak dan berpantang. Jamu akar pokok kapas ini dapat mempercepatkan rahim kita mengecut sambil merangsang banyak susu untuk bayi. Ianya juga membantu dalam reda pendarahan selepas bersalin ataupun yang mengalami masalah pendarahan yang bukan darah haid ataupun masalah menopause.
Pokok kapas sebenarnya bukan sahaja kapasnya dituai untuk dibuat pakaian. Tetapi biji kapas juga adalah antara sumber makanan yang penting pada zaman dahulu. Ekstrak minyak dari biji kapas boleh dibuat marjerin, shortening dan minyak masak. Malah boleh dijadikan bahan untuk membuat sabun. Pasangan yang ingin menimang zuriat lebih elok elak produk makanan dari bahan asal kapas ya sebab kebarangkalian ianya boleh mengurangkan kesuburan.
(Please consult an expert before attempting this alternative medicine)
Pokok-pokok kapas matang di Kebun Bahagia Bersama antaranya sekarang terletak di Petak 2 memberikan teduhan kepada anak-anak angkat ayam gajah dan itik telur tukang kebun. Gambar dah lama ambil masa musim kemarau, pokok yang matang nampak subur sahaja walaupun tak disiram. Sekarang ni dah masuk musim hujan bermulalah kembali musim bunganya. Ada 3 pokok kapas matang di petak 2, satu dah macam nak habis riwayat tukang kebun dah nak buang nanti. Jadi sesiapa yang memerlukan akar pokok kapas dari pokok tu boleh contact tukang kebun (kebunkmg@gmail.com) cuma bayar harga pengeposan sahaja ataupun boleh self-collect.
Semenjak ni asyik lebih sibuk dengan urusan anak-anak, sampai nak tuai kapas pun tak ada masa sehingga berguguranlah kapas macam salji dekat Petak 2. Musim hujan ni mulalah rancak naik anak-anak pokok kapas di keliling tapak 2. Bila ada masa dapatlah dialih-alihkan anak-anak pokok tersebut dalam bekas. Biji-biji benih kapas yang dibekalkan juga adalah fresh batch dari musim baru ini selagi stok masih ada dengan anak-anak pokok kapas hasil dari Kebun Bahagia Bersama.
~ Kapas (Cotton) ~Anggaran 20 biji benih dalam 1pek RM3.00
atau
Anak pokok kapas 1 pot RM7.00 .
Petang hari Selasa baru-baru ini tengok annual concert Tadika Rayan yang bertemakan Frozen. Mula-mula ada seketika tiba-tiba kami pelik kenapa Rayyan malas nak pergi tadika. Sebelum ini takde masalah pula liat nak ke tadika. Bila papa Rayyan tanya cikgu, mungkin sebab sekarang ni dah mula latih untuk concert kata cikgunya. Tak minat sangat agaknya Rayyan ni latih persembahan menari. Macam kena paksa diri je tengok si Rayyan menari hehehe....
Akhirnya Ahad lepas, join juga kelas Taekwando yang abang Ilhan ada sekali. Dari mula November dah dibawa tiap kali nak masukkan kelas Taekwando kata nak, bila dah sampai tak nak takut-takut lagi agaknya. Kebetulan Ahad lepas ada kanak-kanak perempuan lebih kurang saiz macam Rayyan pun mula cuba , baru nak cuba juga. Moga minggu ini pergi pun Rayyan is willing. Kelas Taekwando kalau kanak-kanak berumur 5 tahun dah boleh mula turut serta dan menurut Sir Taekwando Ilhan, umur 5 tahun masih percuma untuk Rayyan. Tengok Rayyan dengan kawan-kawan di Tadika dialah paling kecik halus, risau juga tengok dalam 2 tahun ini tiada pertumbuhan yang ketara. Abby pun dah nak sama besar dan berat macam Rayyan. Rayyan umur 5 tahun berat tak lebih 13kilogram. Tapi asalkan Rayyan aktif dan sihat takpelah dari asyik ulang-alik ke hospital. Nampak macam balik dari kelas Taekwando semacam kebuluran je, so hopefully dengan bersukan seperti ini dapat boost appetite Rayyan ya.
Hujung minggu ini pun ada jemputan harijadi bertema frozen. Banyak kapas ni kalau nak buat Olaf hehehe....
pokok kapas dari benih makngah beli dari Diana dah 2 kaki tingginya...senang hidup pokok ni, makngah tak baja n siram pun...Alhamdulillah subur..dok tunggu bila nak berbunganya...
BalasPadamAssalamualaikum Kak Diana, wah bermanfaat sungguh info kakak berkenaan dgn kapas ni, tonik utk perancangan keluarga ni :) bunga kapas tu pun cantik :) kesian handsome boy Rayyan tu terpaksa menari hihi, makin besar2 dah anak2 kakak :)
BalasPadamsalams TK
BalasPadambaru tau yg pokok kapas ada mcam2 khasiat....:)
rayyan sebaya balqish:)
Diana...sighhh... both student and teachers r equally stress when comes to concert. Mcm2 karena : sakit perut la, berak la, letih la, tidur la, etc. just to escape practice. Rgds. Choi Min
BalasPadamDiana, berapa lama baru kapas nak berbunga ya? Pkk sy dah tinggi melayut melebihi 5 kaki tp tak nak berbunga pun. Baja foliar pun pernah di sembur utk bagi dia berbunga. 2 minggu lalu bhg atas terpaksa di cantas sbb terlalu byk bena. Sekarang pucuk baru mula keluar. Harap2 akan berbunga selepas ini. Atau sbb ia ditnm dlm pasu ia tak berbunga?
BalasPadamLady x pernah tgk pokok kapas kak.. klu lady nk bli biji benih kps boleh kak?
BalasPadam
BalasPadamAkak, trm kasih yer komen d blog lady sal sireh.. akak berminat? Harganya sangat2 berbaloi n boleh thn sehingga 2 bulan.. boleh juge dgunakn untuk ruam2 pd badan baby.. :)
Salam Bahagia MakNgah,
BalasPadamSyukur Alhamdulillah mudah sekali tumbuh di kebun MakNgah. Nanti dah berbunga beritahulah berapa lama ambil masa berbunga dekat Bentong sana.
Salam Bahagia Julie.
Waalaikumsalam.
Anak-anak ni memang cepat je membesar sekelip mata.
Bila buat bacaan barulah sedar pokok kapas ni bagus untuk program perancangan keluarga hehehe....
Salam Bahagia Kak Amiizaa,
Kami pun baru sedar betapa manfaat pokok kapas ni. Barulah terhegeh-hegeh nak banyakkan pokoknya di kebun ni.
Rayyan lahir tahun 2009 :) .
Salam Bahagia Choi Min,
I can imagine your stress nak latih your tiny students buat concert. Nasib you tak dapat Rayyan yang always ready with 1000 excuses so I can only wonder what Rayyan does when he has to practise for the concert at school. If girls easier kan? The boys will be tricky especially yang tak minat menari ni.
Salam Bahagia Sali,
Kalau ada bena cantas je cepat je keluar pucuknya kembali or you nak dia tak tinggi sangat. I don't think it is because you're growing the plant in the pot. I think mine took at least 6~8months before it flower. Might take sometime for the cotton tree to mature compare to its relative like roselle. But the plants live longer they are "short perenniel" not annual plant. The ones in Petak 2 I have never gave them fertiliser since we transplanted them up till now. But they are the ones producing so many cotton bolls. They need plenty of sunshine for robust growth.
Salam Bahagia Lady Bird,
Jika berminat nak dapatkan biji benih kapas boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).
InsyaAllah nanti tukang kebun fikirkan manalah tahu boleh buat hadiah.
ade lagi tak jual pokok kapas ni.nak beli lah cik.0192667196
BalasPadamSalam Bahagia Noorulhuda abubakar,
BalasPadamBiji benih pokok kapas ada stock jika berminat.
Saya nak beli biji kapas, macamana caranya ya?
BalasPadamSalam Bahagia Nabil.
BalasPadamBOleh buat pesanan email ke (kebunkmg@gmail.com) for further details.
Masih ade lg ke ank pokok kapas tu
BalasPadamAssalam. Ade lagi tak ank pokok kapas ni.0132048503 afzan
BalasPadamSalam Bahagia Afzan Ramlan,
BalasPadamAnak pokok kapas tiada stock sekarang.
Tapi biji benih kapas ada.
Pm no 0145122280... Nk beli biji benih
BalasPadamSalam Bahagia.
BalasPadamPesanan biji benih kapas boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).
Nak beli biji kapas
BalasPadamAssallamualaikum saya nak beli akar pokok kapas dan biji benih .tolong pm saya 0198117109
BalasPadam