Halaman

Ahad, 2 November 2014

William Simple Aquaponic Kit for the Beginners

  Minggu ini mendapat progress baru mengenai pertumbuhan "Alpine Strawberry" yang disemai dari biji benih di Lembah Klang oleh William (related posting klik sini) pun dah selamat berbuah banyak kali. Cuma tukang kebunnya selalu tak sempat merasa sebab diculik oleh makhluk lain dahulu. Jadi tukang kebun William pun pindahkan pokok-pokok alpine strawberry ke balcony garden-nya. Bagaimanapun cuaca tahun ni panas dan kemarau begitulah lama, lalu tukang kebun William fikir kaedah cara untuk menyelamatkan pokok-pokok alpine strawberry tersebut di kala dilanda kesibukkan. Lalu digabungkanlah 3 konsep di bawah ini untuk berkongsi dengan gardeners lain lebih-lebih lagi yang tiada tanah ataupun mempunyai balcony sahaja untuk berkebun (word by word from William).

AQUAPONICS SYSTEM, while growing plants at the top of fish tank, use fish poop as fertilizer to feed the plants.

WICKING GARDEN BED SYSTEM, which has water at the bottom of the garden bed with rock/in the middle sand mixed with soil or compost and top layer mulch. Water will evaporate up as it goes up the soil while keeping it moist and the water evaporate so slowly, you only add water once in a while.

BACK TO EDEN SYSTEM, where you use twigs/branches/green leaf/dried leaf to create jungle like, slow release fertilizer system and moisture evaporation control. Land topsoil is covered making soil stable with less erosion.

Untuk lebih senang faham lets go step by step:
AQUAPONIC SYSTEM

  Aquaponic system ini sangat bagus sebab dapat baja free dari bahan buangan dari ikan. Tambahan pula kita juga jimat air. Lebih-lebih lagi sekarang ni kalau kemarau banyak tempat kena catuan air. Kena outstation atau balik kampung pun tak risau. Yang lagi syok boleh bela ikan untuk kenyang isi perut. Jadi bukan sahaja dapat lauk dari pokok tapi ikan pun boleh buat lauk. 

  Menurut William kalau saiz botol seperti di atas yang ingin bela ikan untuk lauk ialah yang jenis dah besar sederhana/kecik dah boleh makan macam ikan sepat, talapia, ketutu, lampan, terbul. Kalau yang untuk ikan air tawar hiasan yang saiz kecik macam ikan puyu dan guppy pun boleh juga. Cuma nak kena hati-hati jangan bagi makanan terlampau banyak nanti air cepat keruh. Jangan lupa pula tebuk beberapa lubang dekat atas botol untuk oxygen.

 WICKING GARDEN BED SYSTEM

  Nak tarik airnya tersejat ke atas kita perlu buat sumbu dari jenis bahan kapas yang mudah serap air macam kain buruk, tuala buruk ataupun tali kasut. Sumbu tu sebelum kita isi tanah, tariklah dulu masuk botol yang akan menyambung botol atas dan botol bawah seperti dalam gambar. Sekiranya kita tak berminat nak bela ikan pun tidak mengapa konsep sama sahaja macam kita isi air dalam botol mineral letak sebelah tumbuhan. Tapi cara ini tukang kebun rasa ada meritnya juga, Terutamanya untuk gardeners di balcony gardener yang pancaran cahaya matahari limited. Jadi secara ini bekas tersebut akan lebih tinggi dan kita boleh susun pokok-pokok ikut keperluan cahaya supaya tidak terlindung macam sebagai bangku/tangga. Contohnya, pasu biasa diletak di depan balcony yang kemudiannya barisan kedua bolehlah letak atas botol seperti gambar di atas jadi tidak terlindung oleh pokok depan dan masih mendapat cahaya.

BACK TO THE EDEN SYSTEM

 Untuk kurangkan sejatan kita tutup permukaan tanah supaya tidak terdedah dengan daun hijau/kering, kulit telur, sabut kelapa dan lain-lain.

 Tukang kebun suka cadangan William mengenai aquaponic kit mudah ni untuk yang baru nak mula berjinak-jinak cukup simple dan tidak mengeluarkan sangat kos banyak kitar semula. Tambahan pula tukang kebun yang tak berapa mahir dengan gadjet ni macam nak kena pasang pump air ke filter air ke. Kalau setakat simple kit ni adalah keyakinan juga dan motivasi. Yang nak bela ikan tu boleh tebuk lubang senang nak kasi makan macm gambar di atas (anak panah biru).

 Cuti sekolah pun tak lama lagi jadi William Simple DIY Aquaponic Kit ini bolehlah dijadikan projek activity bersama anak-anak di rumah. Bolehlah kurangkan mereka tengok screen TV/tab/i-pad dan lain-lain. Tengok ikan berenang-renang pun boleh leka juga. Bukan anak-anak sahaja seronok berpeluang ke PET SHOP bersama parents pilih ikan. Parents yang terlebih seronok pula nanti hehehe....

  Salah satu cara yang bagus nak mendidik anak dari mana sumber makanan yang diperolehi. Janganlah ada nanti macam anak orang barat ingat kacang pea pops out from the freezer.

   William mengalu-alukan feedback dan idea untuk Simple Aquaponic Kit dan berharap lebih ramai mula berminat menghijaukan bumi ini lebih-lebih lagi yang ada balcony garden.

8 ulasan:

  1. Musim kemarau nanti bolehlah cuba kaedah ini. La ni musim hujan..thank you for sharing..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Diana, Wah menarik sungguh sistem ni. Rasa nak try buat juga, thanks for sharing info ni ye,benih alphine strawberry ada stock lg ke kak? nak beli sepeket :)

    BalasPadam
  3. wah bagus ni...ada bayak botol air mineral kat rumah..blh cuba, nmpk mcm mudah ja nak buat ni...

    BalasPadam
  4. Wah bagusnya kaedah ni.....terima kasih kasi cadangan..

    BalasPadam
  5. Salam Bahagia Kak Mala,

    Kemarau nanti bila balik kampung tak delah risau tanaman di rumah ada self-watering begini.

    Waalaikumsalam Julie,

    Cuba-cubalah nanti bukan saja tuai sayur tapi tuai ikan sekali hehehe....untuk Julie ada kami simpankan alpine strawberry/

    Salam Bahagia @na,

    Bolehlah letak ikan laga yang beli nak dapatkan aloe vera tu dalam botol begini.

    Salam Bahagia Bunda,

    Nasib ada tukang kebun William tak lokek kongsi ilmu beri cadangan kaedah begini untuk memudahkan kita berkebun sepanjang tahun.

    Salam Bahagia Suzie,

    Cuti sekolah ni mehlah buat activity begini untuk anak-anak.

    Salam Bahagia Falraisi,

    Now you not only harvest edible plant from your garden but fish as well for the fresh kitchen supply. Cut fuel cost mile.

    BalasPadam
  6. Salam Bahagia Nasa Mulia.

    Tukang kebun tak sengaja pula tertekan butang delete dengan mata yang bengkak ni salah tengok.
    Salah satu kaedah kita tak perlu siram selalu dan jimat air. Lebih lagi musim kemarau kawasan perumahan yang selalu kena catu air.

    BalasPadam