Minggu ini tiada masa nak menuai dari kebun sebab sibuk dengan proses pemindahan anak-anak pokok pisang sementara hujan masih turun dan belum officially masuk musim panas kemarau lagi. Alasan diberi adalah masa tapi sebenarnya lepas selesai pindah-pindahkan anak pokok dah tak larat sebenarnya.
Hari Rabu lepas ada serumpun pisang jenis buahnya yang kecil molek dikemaskan tapi lupa jenis pisang apa yang anak-anak suka makan di depan pokok ciku. Ada kemungkinan pisang mas atau bantan, tunggu jelah pokok yang paling matang berbuah nanti untuk buat catatan. Selepas merumput, tukang kebun pindahkan beberapa anak-anak pisangnya yang dah tinggi berderet ke lokasi seperti dalam gambar di atas. Kalau tidak dipagarkan tinggi-tinggi habis jadi santapan si angsa-angsa nanti.
Bulan ini memang projek pindahkan anak-anak pisang membara-bara sebab tuaian pisang semenjak ni lumayan. Sebagai contoh 2 minggu lepas dapat kami tuai setandan pisang abu. Selain dari dibuat pisang goreng, dibuat juga kerepek pisang. Berbalang-balang kerepek pisang dapat dibuat, sampai hari ini pun tak habis lagi.
Kita berhenti seketika celoteh pisang nanti bosan pula sebab banyak posting related pisang akan datang ini. Hari ini kita berpeluang pula melawat Kebun Natasya di kawasan Lembah Klang. Terima kasih banyak-banyak kepada Gardener Natasya kerana kongsikan hasil dari biji benih dan anak pokok dari Kebun Bahagia Bersama. Tumpang bahagia sesangat dapat tengok dan menjamu mata.
Tuaian kailan yang segar bugar.
Crispy Pak Choi Canton.
Sweet Basil Large Italian Leaves yang puas boleh buat pesto banyak.
Madonna Lily yang berkawan mesra dengan vinca merah di sebelahnya.
Thank you so much Natasya for sharing with us.
Dah macam nak jual kerepek pisang dah kakak tengok. Banyak:)
BalasPadamPihak yg menjual benih mesti bangga dan yg membeli pulak rasa puas kalaulah begitu hasil yg diperolehi...
Rajinnya buat kepek... Nak beli sebalang. Heheheheh. Pisang bantan sedap buahnya kan diana. Yang muda buat masak lemak.
BalasPadamassalamualaikum diana,
BalasPadamsuka nya tgk hasil natasya tu..gemuk2 sayur nya...basil pun...
sy tgk pokok2 pisang tu rasa nak gelakkan diri sendiri...ini dh masuk tahun baru dan musim baru...pokok pisang sy masih lagi rendah kecik..hampir setahun sudah..patut nya dah berbuah..dan boleh buat kerepek pisang..haih nasib badan
Subur2nya hasil kebun Natasya, suka tengok..
BalasPadamSalam kk Diana,
BalasPadamSeronoknya tgk hasil tanaman org menjadi.sy pun baru bjinak2 tnm dlm pasu jew, kunyit lengkuas,kari,pndan,mint,selasih Thai n bbrp lg.nak tanam syur takut bantut.skrg sy buat kompos,Pastu bykan info tnmn mlalui blog akak terutamanya.smbil2 bc, adala buat senarai benih2 yg bkenan.baru2 ni Abah dtg kemas laman dapur, dia kata asyik tnm dlm Pasu kat porch je, Cuba tnm blkg ni..dia Dah bersihkan.tggl sy gembur2,buang akar lalang Dah blh tnm.hmm...xlama Dah ni nak tnm atas tanah sebenar.hrp2 impian nk ada herbs garden mcm yg lain tercapai.
Nyza sg petani
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam
BalasPadamalhamdulillah.. trime kasih
ade yg menjadi, ade jgk yg tak..
tapi stakat ni beli benih/ank pokok dr kebun bahagia sy puas ati sgt..
Salam Bahagia KakZakie.
BalasPadamHingga hari ini tak habis lagi kerepeknya.
Syukur Alhamdulillah bahagia rasa di hati bila tengok hasil benih yang dituai atau anak pokok yang disemai dari hasil tangan tukang kebun sendiri menjadi di kebun kawan-kawan lain.
Salam Bahagia Nadia.
Waalaikumsalam.
Gemok-gemok tengok sayur daunnya rasa nak ngap ngap begitu sahaja juga.
Mungkin cuaca juga kut.
Sini pun pisang dah lama tak buah lumayan. Tapi mula dari cuaca penghujung tahun lepas, mula rajin pokok-pokok pisang berbuah semula.
Salam Bahagia Kak Mala.
Tukang kebun suka bila ada peluang nak intai kebun orang.
Salam Bahagia Nyza,
BalasPadamBila tengok hasil tanaman gardeners lain memang feel inspired and motivation up.
Baguslah bestnya Abah dah tolong kemaskan tinggalkan nak cucuk tanam. Jangan biar lama pula nanti naik rumput balik.
Sementara tu tengoklah perubahan laluan cahaya tempat baru nak berkebun tu untuk sesuaikan atur tumbuhannya kelak.
Salam Bahagia Natasya,
Biasalah adat berkebun kekadang ada yang menjadi, kekadang nak cuba banyak kali. Tukang kebun pun sama juga. Selagi tak success, selagi tu rasa geram dan nak troubleshooting.
Thank you for sharing your kebun.