Halaman

Khamis, 22 Januari 2015

Kelisa ingat dah mati

 Setakat ini belum ada rezeki buah durian runtuh di Kebun Bahagia Bersama. Tetapi rezeki buah canistel (kuning telor) runtuh adalah sudah menjadi perkara biasa di Kebun Bahagia Bersama. Dari minggu lepas boleh dikatakan setiap hari buah canistel ranum jatuh masak sendiri tinggal cepat-cepat pergi kutip sahaja. 
  Buah Ciku pun banyak sudah mula masak minggu ini. Big Boss (yang menanam) ada kutip bawa balik ciku yang dah mula masak balik ke Sabah, dia sendiri tak pernah merasa. Tuan Tanah yang suka makan buah ciku komen musim kali ini manis buahnya. Mana taknya banyak kesan gigitan buah ciku kena makan di bawah pokoknya. Memandangkan rezeki buah canistel yang nampak masak masih berterusan minggu ini, maka untuk slot minggu depan Pasar Online Canistel Kebun Bahagia Bersama untuk penghantaran 26hb Januari 2015 dibuka lagi. 1 pek Pasar Online Canistel Kebun Bahagia Bersama yang muatan hampir 2 kilogram sudah termasuk kos penghantaran dalam Semenanjung Malaysia ialah RM20. Buah Canistel akan diisi beratnya lebih 1 kilogram, jika ada rezeki buah-buahan lain (jika ada masa dan bergantung kepada cuaca) akan diisi hingga kandungan nak dekat hampir 2 kilogram.

~ Pasar Online Kebun Bahagia Bersama ~
1 pek RM20 muatan hampir 2 kilogram sudah termasuk kos penghantaran Pos Laju Malaysia.
 Kelapa-kelapa tua pun banyak stok di Kebun Bahagia Bersama boleh buat santan dan sabutnya diracik-racik boleh digunakan sebagai mulching atau tutup tanah dari kena gali oleh binatang kesayangan. Tempurung kelapa tu pula boleh buat bekas semaian. Sabut kelapa pun boleh buat untuk tempat gantung orkid. Banyak stok kelapa tua sehingga kalau mood rajin setiap hari belah purata 10 biji kelapa tua untuk snack food PETS di belakang tu.

~ Kelapa Tua ~
50 biji bekalan kelapa tua RM20.00 (Self-Collect Sahaja).

  Lepas projek menebas-nebas di belakang backyard dapat jugalah hilangkan dahaga dengan air kelapa muda. Dapatlah juga Big Boss dan Tuan Tanah merasa air kelapa yang mereka tanam di backyard beberapa tahun dahulu. Minggu ini air kelapa rasa manis kembali sebab panas dan kering.
 Disebabkan cuaca dalam 2 minggu ini panas dan kering, buah fig yang sedang membesar pun manis rasanya. Thank you to Bob and Sean dapatlah mama tukang kebun rasa for the first time fresh fig  dari cutting from South Australia ni. Ada juga kenangan dari South Australia. Dalam beberapa hari ini satu persatu buah fig ranum.
  Bulan January ini seolah-olah keadaan cuaca menggembirakan si Kacang Kelisa. Sampai merata tempat yang ditanam dah mati semuanya hidup kembali. Sampai tukang kebun yang menyemai benihnya pun boleh lupa asyik terfikir-fikir, bila lak aku semai kacang kelisa ni. Seperti kisah minggu lepas (klik sini).
 Semalam tiba-tiba tukang kebun mendongak ke atas tengok rumah yang sedang dibina di sebelah tembok takut ada pekerja binaan di situ sungguh tukang kebun tak selesa kalau ada mata-mata yang mengekori activity tukang kebun. Sebab rasanya mereka sedang berehat lunch time. Tiba-tiba barulah tukang kebun perasan banyaknya kacang-kacang kelisa yang dah besar bergayutan atas pokok mangga. Rupa-rupanya benih kelisa yang ditanam dari tahun 2013 tak pernah menghasilkan buah, sekejap pokoknya ada sekejap tidak dari Petak A naik begitu subur memanjat pokok mangga dan mulberry sekelip mata macam main silap mata. Padahal batang yang menyusur memanjat di Petak A langsung tiada daun macam batang mati je nampaknya.
  Kalaulah benda warna hijau naik meninggi tak perasan sebab jarang mendongak tinggi ke atas. Yang perasan kalau bersinar-sinar macam bunga matahari yang ada beberapa pokoknya sedang kembang di Petak 1 minggu ini perkongsian dari Kak Mala 'My Green Eye's'.
 Rasa-rasanya minggu ini memang sesuai untuk menyemai kacang kelisa di Lembah Klang untuk gardeners yang ingin mencuba nasib. Kacang Kelisa ini bila pokoknya pernah tumbuh hidup subur walaupun tak pernah berbuah ianya sebenarnya membentuk ubi dalam tanah. Bila pokoknya kering kita ingat dah mati tetapi nanti bila hujan kerap bertandang, tunas-tunas baru akan keluar dari tanah selagi ada ubinya tersimpan dalam tanah. Jadi kalau rasa fed up masa mengemas kacang kelisa jangan dicabut pokoknya begitu sahaja. Pangkas sahaja pangkalnya kemas bersih-bersih kawasan tersebut tapi biarkan sahaja ubinya tidak diusik dalam tanah. InsyaAllah jika ada rezeki nanti diberikan pokok baru yang akan hasilkan makanan bila kita takde masa dan kebun terbiar je macam tukang kebun selalu buat. Kacang kelisa di Petak A tu tahun 2013 tukang kebun semai terbiar je, hidup mati hidup mati hidup kembali akhirnya lumayan juga hasil yang diberikan walaupun dari 1 pokok. Catatan tukang kebun, kacang kelisa di Petak 2 dan Petak 6 pun patutlah muncul kembali pokoknya bulan ini.

9 ulasan:

  1. Buah Fig dan canistel kakak tak pernah jumpa tau Dee kalau tak ke blog ini. Merasa apatah lagi memang tak pernah - buat kakak teruja sangat.

    BalasPadam
  2. wahhh....banyaknya hasil tuaian....

    BalasPadam
  3. Waah, the weather must be good for ripening fruits. Your canistel memang manis, especially peram sampai betul masak. Ada rasa citrus, santan kelapa, aroma pandan, rasa pumpkin custard dan jugak durian.

    BalasPadam
  4. Salam diana... Menariknya... Paling menarik buah fig tu. bagaimana pokoknya? Sama ke dengan buah ara kita? Yang buat masak gulai kawah tu?

    BalasPadam
  5. assalmualikum TK, baru tau TK nama Diana, sorry kak noor tak peka sangat, best nya tengok hasil tuaian Diana, teringin nak jadi macam Diana sejuk tangan..

    BalasPadam
  6. Salam Bahagia KakZakie,

    Ramai berminat boom sekarang tanam pokok fig di rumah.

    Salam Bahagia Suzie.

    Syukur Alhamdulillah ada juga hasil berbudi dengan tanah.

    Salam Bahagia Kak Mar,

    Okay reserve slot 1 pek untuk Kak Mar.

    Salam Bahagia Sean,

    Risau juga dengan cuaca panas dan kering sekarang sejak masuk pertengahan January here in KBB. Something good for other, something not that good for others. Ada balancing kut. Its really hard to describe the canistel fruit kan sebab banyak fusion taste and aroma with other plants.
    Looking forward to see you tomorrow.

    Salam Bahagia Hijau,

    Pokok tin ini adalah mirip sikit dengan buah ara. Tapi tak mudah tumbuh macam pokok ara tu. Pokok ara kat sini punyalah mudah tumbuh merata-rata. Penat nak mencabut. Kalaulah pokok tin boleh hidup macam tu dekat Tanah Rendah Malaysia ini.

    Waalikumsalam KakNoor,

    Tangan Diana ni hot-blooded macam mamalia lain je KakNoor hehehe...sesiapa saja boleh menanam untuk isi perut sendiri, InsyaAllah.

    BalasPadam
  7. salam nak jugak merasa buah canistel tu..dan benih kobis, kailan n timun jepun email lyzaalogan@gmail.com ya thanks

    BalasPadam
  8. Salam Bahagia Waliz,

    Dah hantar details to your email.

    BalasPadam