Halaman

Jumaat, 20 Februari 2015

Meriah Marietta

 Marietta masih tidak putus-putus meriah berbunga walaupun sudah masuk 2 bulan musim bunganya. Marietta adalah jenis French Marigold yang renek. Makin meriah musim bunganya bila masuk perayaan musim Tahun Baru Cina ini. Mungkin nak sambut bersama-sama memeriahkan suasana walaupun agak kering cuaca di Kebun Bahagia Bersama di bulan ini. Syukur Alhamdulillah walaupun tidak pernah disiram mengharapkan rezeki hujan sahaja sejak dipindahkan agak memeranjatkan ianya boleh hidup bahagia di sudut ini. Jenis Marietta ini menghasilkan 2 jenis wajah seperti gambar di atas dan di bawah.
  Tukang kebun perhatikan bahawa jenis Marietta ini lambat bermula musim bunganya. Punyalah merimbun naik daunnya tapi dalam hati kenapalah tak berbunga-bunga rasanya dah lama dipindahkan ke sini. Dalam hati rasa mengeluh-ngeluh juga tapi tak pelah sekurang-kurangnya Marietta yang naik subur jadi telah memainkan peranan menutup kawasan ruang tanah yang kosong mengelakkan dari rumput naik bermaharajalela. Tambahan pula menjadi salah satu agen yang meredupkan (suhu tanah kurang panas) atau melindung tanah dari sejatan air yang banyak pada musim panas ini. Bolehlah dikirakan macam konsep mulching tapi ini tumbuhan live yang dapat memeriahkan suasana di sudut ini bila berbunga. Di celah-celah rimbunan Marietta ini pun banyak juga tumbuhan jenis lain yang hidup bahagia bersama. 
 Setelah lama menanti ianya puas hati membesar sampai akil baligh nak mula berbunga-bunga. Panjang musim bunganya dah 2 bulan masih berterusan menghasilkan bunga yang tidak putus-putus sejak bulan Disember lepas. Makin panas makin meriah pula rasanya. Pokok bunga annual seperti marigold ini sebenarnya kalau ianya mengambil masa yang lama untuk berbunga makin merimbun subur its not a bad thing. Sebab tukang kebun tengok tumbuh okay je merimbun subur tak diberikan baja langsung. Nanti bagi baja lagi ngada-ngada malas nak berbunga bertambah rimbun je. Kena fikir positive ianya memerlukan masa tenaga yang bakal digunakan untuk musim bunga yang meriah. Pokok jenis annual seperti marigold dan lain-lain bagi tukang kebunlah kalau tengok baru umur sebulan dah keluarkan putik bunga keadaannya kerdil lagi jadi kes tak gembira. Hanya beberapa kuntuman sahajalah akan diberikan sebelum riwayatnya yang singkat habis. Kesabaran Ganjaran yang berlipat-lipat ganda.

 Selamat Tahun Baru Cina. Semoga tahun ini lebih banyak rezeki berada di genggaman tangan anda. Semoga nikmat kesihatan sentiasa dimiliki dengan kehidupan cara yang sihat.

5 ulasan:

  1. Ada lgi tak stock benih bg mareitta french marigold.nk beli.sy nk contact no hp siapa ya

    BalasPadam
  2. Salam Bahagia.

    Masih ada stock fresh berterusan biji benih dituai hingga bulan depan InsyaAllah. Details boleh contact email (kebunkmg@gmail.com).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh bgtau macam mana nak semai benih bunga ni ye..Sebab saya ada beli benih bunga ni..Takut tersalah semai tak hidup hihi

      Padam
  3. Salam Bahagia.

    Semai dalam 2cm dalam tanah.
    Siram setiap hari.

    BalasPadam