Minggu ini asyik gali tanah je mencari harta karun. Pesanan untuk bawang dayak juga banyak minggu ini tukang kebun gali stok dari Petak E yang tumbuh antara Nanas Madu Sabah. Jadi umur bawang dayak yang dikeluarkan adalah dalam linkungan usia 7 bulan (related posting klik sini). Sebab rumpunan tuaiannya masih segar jadi tak kelam kabut nak tanam semula dan bolehlah dibuat juadah. Siapa yang banyak angin dalam badan bolehlah gunakan traditional remedy ini (ibu mengandung tidak sesuai).
~3 bawang saiz besar Tampaka RM7.00 ~
Minggu ini punya TopSeller di Kebun Bahagia Bersama ialah keratan ubi kayu. Pesanan minggu ini keratannya diambil dari Petak B.
~ 7 Keratan Ubi Kayu RM5.00 ~
Tapi paling cabar minggu ini nak gali keluar si Ubi Garut. Nampak macam halus je gambar No.3 ni, bila diraba-raba nak kasi keluar supaya tak terputus aduiiiiii.... 20 cm gali tanah pun baru je setengah ubinya. Konon nak berjaya tak terpatah ubinya, patah juga contoh gambar bawah pun dah setengah panjang ubinya sebesar tapak tangan. Minggu ini gali ubi bemban stock dari Petak 4 yang duduk di bawah kanopi pokok jambu. Di Petak 4 ini tumbuh bahagia je masa musim kemarau tahun lepas itu agaknya ubinya pergi jauh ke dalam tanah mencari air. Kemudian tukang kebun alihkan sikit tanam baru di Petak B.
Rezeki hujan sekarang tak lumayan. Cuaca pun terasa bahang panasnya. Itu yang merajinkan diri menggali keluar ubi garut. Sebab ubi garut ini ada kuasa menyejukkan badan dengan cuaca yang mudah musim demam sekarang. Kalau yang muka panas je malam-malam bolehlah rajin tumbuk-tumbuk lumat buat masker ala traditional ni. Nak kulit licin atau sakit kulit pun rajin-rajinkanlah amalkan. Yang bakal dapat baby tak lama lagi nak perbanyakkan pilihan untuk perkenalkan solid puree awal for your baby, ini adalah satu ubi yang sesuai untuk 1st baby solid food. Nak cari dekat pasar ubi garut sekarang memang tak mudah. Jadi belalah pokok-pokok ubi garut di rumah. Tak susah pun nak tanam dan jaga (biasanya terbiar di belakang KBB). Estimate mula tanam ubi garut bila ibu mengandung dalam awal 3rd trimester. Sambil-sambil berkebun ni InsyaAllah mudah nak bersalin kelak kasi longgar-longgar muscle di bawah pinggang tu.
Growing environment for ubi garut , related posting klik sini.
~ 1 pot Ubi Garut RM7.00 ~
Bulan Februari ini, pokok kapas sangat meriah berbunga. InsyaAllah bulan ini new fresh batch seeds untuk cotton/kapas available semula. Baru mula tuai semula biji benih kapas untuk re-stock bulan ini. Tukang kebun tengok cuaca di Lembah Klang bulan ini amat membahagiakan pokok-pokok kapas. Anak-anak pokok kapas juga available tapi hanya self-collect sahaja kerana stok yang ada ketinggian sudah lebih 40cm~80cm.
Info related traditional remedy kapas untuk family planning atau baru lepas bersalin klik sini.
~ Anggaran 20 biji benih kapas RM3.00 atau 1 anak pokok RM7.00 ~
terima kasih sebab bagi free ubi kayu, dan buah limau nipis masa order februari goodies aritu..terus rebus dan sangat empuk ubinya..buah canistel elok peram mcm mana ya? seedless limau nipis tu ada jual anak pokok tak? thanks diana
BalasPadamSalam Bahagia Waliz.
PadamSyukur Alhamdulillah empuk ubinya. Buah canistel tu biar aja di dapur sampai lembut atau merekah pun okay.
Ada stok grafted baka sama yang limau nipis tersebut.
cita cita nak berkebun gak lepas ni bagi longgar muscle2 ni...tapi penyakit M sangat menebal ni...
BalasPadamSalam Bahagia Nadia.
PadamSamalah sini pun bila dah masuk musim panas. Penyakit M mudah timbul