Halaman

Sabtu, 28 Februari 2015

Tuaran Pagi Sabtu

  Rindunya rasa nak pergi Tamu pada awal-awal pagi. Dah nak 2 bulan tak dapat jejak kaki dan cuci mata di Tamu. Kebiasaannya Tamu Tuaran adalah pada hari Ahad. Tetapi sebenarnya ada juga pekebun yang turun awal dan mula menjual pada pagi hari Sabtu. Jika mereka yang tak berkesempatan pada Cuti-Cuti Malaysia nak jenguk Tamu Tuaran bolehlah singgah pada awal pagi Sabtu berdekatan dengan sungai atau jambatan gantung Tuaran. Sebagai contoh seperti gambar pertama di atas ada gerai-gerai menjual hasil tumbuhan yang biasanya lokasi ini jika pada hari Ahad pagi dipenuhi dengan gerai-gerai menjual hasil laut.
 Kali terakhir singgah Tuaran sebelum balik kampung Kiulu beli stok dapur dan esoknya pun dah nak berlepas pulang ke Semenanjung. Harga makanan kering dari hasil laut juga murah di Tuaran jadi jangan lupa beli stok dapur sikit untuk dibawa balik.
 Biasanya di sudut ini memang setiap hari Sabtu orang tengah akan menjual jenis adik beradik halia, kunyit dan lain-lain. Di Sabah ini memang mudah nak dapat sumber halia yang banyak sebab banyak digunakan oleh orang tempatan. Biasanya kalau tukang kebun mencari bekalan halia merah akan cari di sini. Anak pokok halia merah juga dah kembali dalam ready stok Kebun Bahagia Bersama.

~ Halia Merah/ Halia Bara ~
1 pot for RM7.00 .
 Di Tuaran ini pun memang banyak menjual jagung sebab kawasan Tuaran ini dalam planning Jabatan Pertanian Sabah menjadi kawasan difokuskan untuk ditanam jagung dan mangga menurut pegawai pertanian yang tukang kebun temuduga dengan tidak sengaja. Memang jualan jagung di sini murah 1 beg ada 5 tongkol RM2. Kalau beli 3 beg RM5.00 ditawarkan. Dulu memang tukang kebun rajin membeli jagung bila ke sini tapi sejak berjumpa dengan pegawai pertanian di pusat pertanian di Tuaran takkan tukang kebun beli was-was ada kemungkinan kalau bukan hybrid ianya jagung GMO (Genetically Modified Organism) itulah yang terdetik dalam naluri tukang kebun. Selepas mendapat serba-sedikit info penanaman komersial yang dijalankan di Tuaran ini dan dimana sumber bekalannya diperolehi dari pegawai pertanian, tukang kebun balik feeling so depressed sebak rasa hati ini. Posting ini dah lama duduk dalam draft tapi siap kali nak karang ayat tukang kebun rasa sebak..... tapi jika tukang kebun tak salurkan info ini untuk buka mata orang lain atau generasi akan datang tukang kebun rasa sia-sia aku belajar sampai Permanent Head Damage sekarang jika tangan ini tak menaip supaya anda pilihlah yang terbaik. Semoga adalah mereka seperti reporter boleh ambil cerita ini untuk scoop panas dalam bidang sains dan teknologi bersama alam sekitar seperti bagaimana environmentalist di Barat berjuang untuk living without GMO. Tak sangka pula di Sabah pun tercemar tapi masih senyap-senyap lagi.

  Sebelum itu tukang kebun nak bertanya dengan orang-orang Sabah yang dulu dibesarkan sempat melihat pelbagai variety jagung yang dijual di Tamu yang mana sekarang sudah rare nak ketemu. Yang biasa tongkol kuning besar standard commercial tu kan. WHY? WHY? WHY? Kita tak dapat lagi nak membeli jagung kampung lagi yang pelbagai warna tu? Mana tidaknya kalau variasi jagung itu sudah tercemar dan digantikan dengan bekalan biji-biji benih jagung yang diperolehi sumbernya dari AMERIKA SYARIKAT. Ya biji-biji benih jagung bukan locally made but diimport dari AMERIKA SYARIKAT oleh orang-orang tertentu yang hendak monopoly menjadi pengeluar jagung-jagung di Sabah dengan membekalkan biji-biji benih tersebut secara direct kepada petani-petani di Sabah ini terutamanya kawasan berdekatan Tuaran. Petani-petani ini kemudian akan mendapat pilihan menjual semula hasil-hasil jagung tersebut kepada pembekal biji benih tersebut dengan tolak harga biji benih yang diperolehi dari jualan jagung mereka. Tahukah anda AMERIKA  SYARIKAT adalah pengeluar terbesar Genetically Modified Jagung di dunia dan syarikat menjual biji benih GMO pun pengeluar terbesar ialah AMERIKA SYARIKAT. 

  Jagung ini pendebungaannya adalah secara udara/angin. Maka masalah besar dengan pendebungaan angin ialah ianya boleh terbang jauh jadi bukan sahaja jagung GMO yang dapat pendebungaan dari angin tapi jagung-jagung variety yang lain ditanam berdekatan juga akan tercemar dengan debunga dari jagung GMO. Menjadikan baka jagung kampung dah dinodai. Ini adalah masalah besar yang dihadapi oleh petani-petani di Amerika yang ingin mengekalkan penanaman baka kampung apabila ada ladang berdekatan menanam baka GMO. Ini juga masalah sama untuk peladang kacang soya. Kasihan mereka tidak dapat nak kekalkan dan simpan biji-biji benih kampung untuk penanaman musim depan. Maka rugilah kita lagi-lagi generasi akan datang tak dapatlah merasa nak makan jagung kampung pelbagai variasi if no one tak action. Hanyalah tinggal kenangan, anak-anak tahu makan jagung kuning keemasan komersial yang biasanya hybrid ataupun GMO. Maka pemakanan beginilah antara faktor yang sekarang dipertikaikan peningkatan anak-anak 'Autism' seperti pakar-pakar kanak-kanak sedang membuat kajian. For pregnant mothers, pilihlah yang selamat bukan GMO food.
  Di mana tukang kebun dapat info ini? Kebetulan tukang kebun ke Jabatan Pertanian Daerah Tuaran nak cari sejenis anak pokok jenis kacang exotic. Sebab dengar khabarnya di Sabah ada ladang baru percubaan buka untuk pokok ini dan di Semenanjung Malaysia belum lagi tukang kebun nampak anak pokoknya. Semasa ke kaunter reception Jabatan Pertanian tersebut masuk je dah keliru terkejut sebab ada 6 meja dan 6 orang di situ. Biasanya kalau pejabat kerajaan ada 1~2 receptionist. Ini sampai 6 orang tukang kebun pun keliru nak tanya mana satu. Bila tukang tanya jenis pokok yang tukang kebun mencari itu, siapa pun tak tahu jadi dibawanya terus jumpa Boss. Penolong Pegawai Pertanian sangat ramah muda orangnya, banyak maklumat yang diberikan dengan terperinci tak perlu tukang kebun tanya satu persatu. Belum ada rezeki pokok exotic yang tukang kebun nak perolehi tiada di Jabatan Pertanian Daerah Tuaran mungkin kena tanya Daerah Beaufort atau Tenom. 

  Lama juga kami sempat berbual-bual dengan penolong pegawai pertanian daerah Tuaran salah satunya ialah untuk daerah Tuaran antara pengkhususan dalam perancangan pertanian Sabah ialah untuk jagung dan mangga. Jadi seperti biasa tukang kebun tanyalah mana nak dapat pelbagai jenis bibit baka kampung jagung. Terkeluarlah cerita semua mengenai penanaman jagung komersial di Tuaran. Untuk makluman supplier  (middleman) terbesar jagung di Tuaran ada 2 orang, seorang berbangsa Cina dan seorang bumiputra. Merekalah yang bekalkan biji=biji benih kepada petani-petani tempatan dan kemudian membeli semula hasil-hasil jagung tersebut dari petani tempatan dengan menolak modal biji-biji benih dan baja yang dibekalkan. Menurut pegawai pertanian benih-benih jagung ini mereka perolehi dari Amerika Syarikat yang import ke Kuala Lumpur (middleman) kemudian dihantar kepada major supplier ni. Kalau orang tempatan berdekatan daerah Tuaran pasti kenal syarikat pembekal jagung ini tengoklah packaging yang dilabel di hyper supermarket. 
  
 Memang dari mulut Penolong Pegawai Pertanian sendiri kata biji-biji benih tersebut bukan baka kampung atau original. Ianya adalah hybrid. Tapi kalaulah dari Amerika Syarikat my first instinct will be ada possibility not F1 but GMO. Kalaulah sesiapa pernah dengar syarikat benih terbesar seperti MONSANTO pasti anda pun ragu-ragu nak percaya ianya bukan F1. Mulalah cycle petani terpaksa setiap kali nak tanam jagung kena beli biji-biji benih mereka. Tiada lagi cycle proses lepas tuai simpan benih kampung untuk ditanam punya cycle seperti generasi-generasi dahulu amalkan. Ruginya lah generasi akan datang jika tak dapat merasa jagung-jagung kampung seperti dahulu. 
   Dalam gambar di atas ini dapatlah juga tukang kebun beli upih untuk Big Boss. Teringat Big Boss nak minta upih. Lupa pula nak beli cutting board bawa balik bila imbas kenangan gambar di sini. Bahagianya hati bila penjual  menyapa tukang kebun menggunakan bahasa Dusun-Kadazan bila tengok muka tukang kebun. Bolehlah latih diri bahasa ibunda Big Boss. Kebetulan penjual tersebut ada menjual bibit baka kampung jagung pulut diambil dari Kota Belud. Belilah 3 sets untuk benih jagung bibit untuk Big Boss, Aunty Janet dan Tukang Kebun. Inilah salah satunya jagung baka kampung yang masih diusahakan oleh petani-petani kampung. Sekarang menyesal pula tak beli banyak-banyak lagi. Jabatan pertanian daerah Tuaran tiada pula menjual bibit-bibit baka jagung kampung. 

16 ulasan:

  1. Kalau ada baka kampung reserve untuk K Mar ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Mar.

      InsyaAllah jika ada terserempak lagi tukang kebun reserved bahagian Kak Mar juga.

      Padam
  2. wah panjang lebar Diana bercerita, tak tau kat brunei jagung yg jenis macamana, kaknoor pun tak pandai nak tengok, makan je yg pandai, tamuuuu tu sama lah dgn dibrunei

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Noor.

      Biasanya baka GMO ini keemasan perfect cantik sangat shining shining he he he. ..

      Padam
  3. Bunda pun macam tu...tau malan jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Bunda.

      Tukang kebun pun dulu pandai makan je. Tiba-tiba dah insaf nak beli bila dengar cerita direct dari pegawai pertanian sendiri.

      Padam
  4. Jagung tuaran mmg GMO pun.. rata-rata jagung yg di tanam di Sabah khususnya jagung manis import adalah GMO. Try tanam jagung ni ia sangat tahan penyakit... berbanding benih jagung manis dari Taiwan dan Jepun, mudah diserang penyakit.. jadi hati2 je lah. baik tanam jagung kampung (heirloom) seperti jagung pulut, jagung pandan, jagung cina.

    Next time akan ku lawat tamu tuaran....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Carlz Jafran.

      Terima kasih kongsi pengetahuan.

      Nanti ada jumpa bibit jagung pandan roger tukang kebun ya.

      InsyaAllah minggu depan tukang kebun pos goodies.

      Padam
  5. seronoknya tengok hasil kebun dijual di pasar tamu ni, bersih, kemas dan begitu rapi sekali...

    BalasPadam
  6. Salute Diana, ambil berat sangat pasal
    GMO ini. Kak pun selalu hati2 sangat bila nak beli sayur dekat pasar raya. Dulu bila tengok yg besar2 gebus2 tu mesti geram & beli. Semenjak tahu benda ni dah tak beli walau tetap suka tengok mcm ubi kentang yg besar2 tu...tapi heran juga apasal kita masih longgar dan tidak menyekat kemasukkan benih genetik seperti GMO ini...

    BalasPadam
  7. sayur2 kampung memang terbaik, fresh dari kebun...

    BalasPadam
  8. Takutnya kan..apalah nasib anak cucu kita masa depan nanti. Harap semua ada kesedaran bkn tau nk untung shj. Sy skrg takut nk minum soya..tp tempe ngn tauhu mkn lg..huhuhu.

    BalasPadam
  9. Hanya yang alert aje sedar tentang GMO ini Dee. Kakak rasa yg pekerja bapak kakak tanam pun bibit jagung yg dari USA juga. Memang besar dan menarik tak tak sama macam yg dedulu masa kakak kecik... tersedar juga kakak bila Dee perkatakan dlm N3 ini. Cuma peliknya kenapa the authority tempat kita ni buat tak tahu aje kan...

    BalasPadam
  10. Salam Bahagia Ana,

    Ya jauh beza keadaan kebersihan pasar tamu di sana berbanding dengan di Semananjung Malaysia ini. Bila pasar tamu dah habis takdelah macam sekotor bersepah sampah ditinggalkan di pasar Semenanjung Malaysia.

    Salam Bahagia kak Mala,

    Ubi kentang antara makanan paling banyak kena spray racun Kak Mala. Takut nak beli. Anak-anak di rumah makan ubi kayu je sekarang.

    Salam Bahagia Sud@is,

    Sayur-sayur kampung lebih enak dari yang ladang besar-besar

    Salam Bahagia Gina Marna.

    Betul tu walaupun takut tukang kebun pun masih lagi makan tempe dan tauhu sebab suka makan.

    Salam Bahagia Kakzakie.

    Memangkan jagung dulu takdelah sebesar macam sekarang. Genetik binatang apa lah diorang masukkan nak jadi besar hehehe...
    Bila kekayaan dan keuntungan lebih diutamakan, maka keselematan tak takes 1st priority kut for the authorities.

    BalasPadam
  11. Salam...bagaimana saya nak dptkan halia bara ...boleh bg nom telefon...saya nak beli untuk ayah saya

    BalasPadam
  12. Salam Bahagia Yana Bahari.

    Kami cuma ada anak pokok halia bara sahaja dalam stock.

    BalasPadam