Halaman

Selasa, 10 Februari 2015

Tumbuhan air berbunga Sagittaria

 Dengar khabarnya di utara Semenanjung Malaysia musim kemarau dah bermula, musim-musim panas ini biasanya tukang kebun gemar bermain air. Apalagi pasti mulalah mula rajin membelek-belek koleksi tumbuhan air di rumah yang tak perlu disiram setiap hari. Memadai bila airnya dah tak bertakung barulah perlu nak rajinkan diri tambahkan air dalam bekas yang bertakung. Jimat bil air. Memandangkan dah lama tukang kebun tak masukkan ahli baru Tanaman Air dalam catalog Kebun Bahagia Bersama terutamanya dah mula masuk February 2015 ini, maka hari ini diambil kesempatan untuk memperkenalkan tumbuhan air dari keluarga Sagittaria.
 Terdapat pelbagai species dalam keluarga Sagittaria, untuk yang ini belum dapat tukang kebun bagi specific species lagi. InsyaAllah jika hidayahnya diterima akan dikongsikan kemudian, Kalau ada  insan yang lebih arif juga dialu-alukan kongsi pengetahuan di sini juga. Pada umumnya keluarga Sagittaria bunganya berwarna putih dah adalah salah satu tanaman popular sebagai hiasan kolam ataupun aquarium. Ianya tidak memerlukan bekas yang dalam untuk hidup bahagia. Gambar No. 2 adalah tangkai bunga yang sedang membentuk membesar. Bud bunganya kekadang seakan nampak seperti gugusan berry kecil apabila sudah matang hendak kembang. Hmmm...bekas ini dah padat sangat belum sempat nak mengemas.
 Ada beberapa jenis species dalam keluarga sagittaria yang menghasilkan ubi yang boleh dimakan. Tukang kebun pun pada mulanya kurang pengetahuan bila google google tengok wikipedia terkejut pula tengok gambar chips dibuat dari ubi sagittaria. Sebijik nampak macam kerepek ubi kayu yang Kak Miz tolong buatkan semalam untuk kami dari tuaian hujung minggu lalu (related posting klik sini). Tak disangka tumbuhan air berbunga putih ini juga boleh dimasuk dalam edible food.
 Tercicir pula gambar kenangan tuaian Jumaat lepas. Ginseng Jawa adalah hasil merumput sebenarnya kemas-kemaskan tempat lada tapurak tengah tumbuh yang sedang mula berbunga berbuah. Rasanya minggu lepas ada lebih 10kilogram Kebun Bahagia Bersama tuai ubi kayu. Disebabkan fresh stock ubi kayu yang bakal digali pun still available kami buka Pasar Online Tapioca dan Key Lime minggu ini (1pek including postage RM20.00 ).
  Sejak mula berbunga si Sagittaria dari tahun lepas sampai sekarang tak putus-putus berbunga setiap hari. Pokok Sagittaria cepat membesar dan membiak dengan mudah, jadi pesanan tukang kebun masa mengemaskannya jangan sekali-sekali dibuang di tempat yang berair seperti longkang. Elok buang masuk dalam kompos atau tongsampah.
~ Tumbuhan air berbunga Sagittaria ~
1 pot for RM7.00 .

  Tumbuhan air yang juga sangat rajin berbunga pada musim kemarau ialah si Water Poppy dalam bulan ini. Si Sagittaria dan Water Poppy sangat sesuai untuk Novice Gardener yang baru nak build up muscle angkat cangkul dalam berkebun.

9 ulasan:

  1. assalamualaikum diana, disini masa ni hujan turun cuaca dingin sekali dlm rumah, makan ubikayu goreng mmg sedap tu, kalau ada kolam mmg best letak bunga putih tu kan...

    BalasPadam
  2. Apa yg kakak notice bunga-bunga Dee ni unik. Banyak yg kakak tak pernah jumpa secara live. Pokok atas air tu betul menarik sangat dipandang mata..

    BalasPadam
  3. TK

    akak nampak buah nam-nam...uhukkk buah nostalgia tu....:)

    BalasPadam
  4. wah! lumayan hasil tuaiannya...berbaloikan...dapat buat makan dan dapat berjual juga...

    BalasPadam
  5. Mendapat byk info tentang nama pokok dan bunga2an disini... jalan lagiii...hari ni `sagittaria' bunga nay macam bunga okid cantikkk..

    BalasPadam
  6. Ya betul Diana, ada jenis sagittaria ni yang ada ubi boleh dimakan. Sedap dibuat kerepek. Disini kebih dukenali dengan nama arrowhead. Time sekarang nak raya Cina baynaklah dijual kat supermarket..

    BalasPadam
  7. Salam Kak diana,
    Saya Dah email akak listing yg sy berkenan
    Tp berminat nak Tanya jika day lily little grapette masih ada stok
    Jika ada email saya pricenya skali.tq
    -nyza SG petani

    BalasPadam
  8. Waalaikumsalam Kak Noor,

    Wah syoknya masa pagi posting dekat sini entah rasa dingin sejuk pula tiba-tiba tapi hujan setitik pun tak de kat sini. Agaknya sejuk sana tiba-tiba datang tolong dinginkan sehari pagi di sini hehehe....
    Memang sedap makan ubi kayu time sejuk ni kan.
    Dah habis pun sebalang kepek ubi kayu. Nak kena gali lagi cari harta karun buat kepek.

    Dear Kak Zakie,

    Warna putih suci senang nak gabungkan hias di pelbagai sudut.

    Dear Kak Amiizaa,

    Baru dapat merasa semula buah nam nam ni.
    Tahun lepas asyik kemarau memanjang dia merajuk buah tak berapa menjadi.
    Musim buah ini pula dok berebut dengat semut pula.
    Semut rajin buat lubang mengidam jugak agaknya.

    Dear Bunda,

    Berbaloi juga rasa tanam ubi kayu ni, mudah tak perlu jaga pun syukur alhamdulillah ada rezeki.

    Dear Sud@is.

    Saiz bunganya adalah besar sikit dari syiling paling besar t.

    Dear Kak Mala,

    Ya betul musim perayaan Tahun Baru Cina ini banyak dijual duck potato ni. Lain kali nak cuba gak cita-cita buat kerepek duck potato pula hehehe....

    Dear Nyza,

    Pesanan sudah dipos hari ini.
    Yang daylily little grapette dah out of stock.
    Cuma ada Maskball, Fanciful Finery dan Siloam David Kirchkoff yang tinggal.

    Dear Awin,

    Simpan 1 pot untuk Awin.

    BalasPadam