Lama tak buat catatan progress work di kebun untuk hujung minggu sebab bulan Februari lepas asyik banyak urusan di hujung minggu tak lekat di kebun jadi kerja banyak tergendala. Antara tuaian pada Sabtu lepas sambil-sambil mengemas selepas memotong rumput beberapa jam ialah ubi sengkuang, terung telunjuk, asam jawa, sayur manis dan ubi kayu. Asam jawa untuk dibuat air soda assam jawa pernah dicerita di posting tahun lepas (klik sini), dearest hubby teringin nak minum. Sekarang di Kebun Bahagia Bersama memang musim buah asam jawa jatuh-jatuh dari pokok cuma tak cukup tangan dan masa nak pergi rajin kutip. Sabtu lepas pun dikerahkan Ilhan dan Rayyan tolong papa kutip yang digoncang-goncang dahan jatuh ke bumi.
Tukang kebun teringin nak makan home-made kerepek ubi kayu lalu kekanda-ku dituailah sepohon. Permata=permata hati kami suka sangat makan ikan bilis, jadi mereka pun sekarang dah enjoy makan ikan bilis campur ubi kayu stick goreng. Kadang-kadang buat style berlada juga. Kekadang juga makan dengan beras bukit pandan wangi sihat dan cepat kenyang. Kebetulan minggu lepas makan bersama dengan ikan talapia masak merah. Dulu tukang kebun tak suka makan ikan talapia ini, entah tahun ini kami sekeluarga dengan anak-anak dah boleh masuk tekak ikan talapia.
Tuan Tanah ada juga pesan kalau dikemaskan dan set up semula filter kolam tembok depan bolehlah kami buat projek bela ikan makan. Kalau kami berdua sahaja at the moment tak larat nak clean up kolam berlumpur tu. Dahlah gelap entah apa ada kat dalam, silap-silap ikan toman yang dulu cousin tangkap campak kat dalam situ pun dah saiz giant kut. Nak kena tunggu semua Kebun Bahagia Bersama Team Members cuti balik gotong-royong barulah boleh nak buat big pool cleaning. Lagipun kami tak faham mechanism kolam tu sekarang nak kena yang menjaganya dulu tunjuk cara dulu (Big Boss). Banyak juga nak menabung repair yang patut dekat kolam itu juga mesti tukang kebun beringat-ingat kalaulah pasang cita-cita bela ikan makan pula.
Yang teringin nak mencuba Beras Bukit Pandan Wangi masih ada stok lagi 1 kilogram RM12.00 .
Yang nak tanam ubi kayu sendiri buat home-made kerepek ubi kayu sendiri pun keratan ubi ada kami bekalkan 7 keratan RM5.00 .
Minggu lepas pula mencuba-cuba sengkuang tumis dengan udang kering bersama cili pula sebagai lauk sayur. Dah rasa inti popiah pula. Tinggal nak masukkan dalam kulit popiah, gulung dan goreng. Mungkin lain kali boleh cuba gitu pula.
Al-Kisah ingat tak ayam daging KFC live tukang kebun purchase awal-awal bulan ini, terpaksa korbankan 3 ekor Sabtu lepas walaupun saiz tiny gebu lagi. Bila tukang kebun buat inspection keadaan kesihatan mereka, seekor tak boleh bangun walaupun nampak tak moyok (terseliuh ke apa), seekor lehernya pelik macam terkehel senget dan ayam-ayam lain asyik patuk-patuk its butt, pastu lagi seekor ngeri pula tengok isi dekat leher dah terkeluar mungkin terkena dawai yang tak syok tengoknya anak-anak ayam lain asyik patuk lehernya sampai terkeluar segala isi (horrifying cannibal chicks). So berbincang-bincang dengan dearest hubby baik yang mana nampak keadaan tak baik kita sembelih sahaja. Lagipun Rayyan asyik tanya mama dia, bila nak makan KFC mama ni, so cepatlah mereka rasa.
Jadi kami ambil peluang untuk ajar hero-hero kami cara nak sembelih ayam. Bagilah Ilhan peluang pegang dulu cara nak tolong pegang untuk orang yang sembelih. Masa sembelih tukang kebun yang pegang, nanti takut si Ilhan pegang tak betul masa ayam menggelupur terlepas.
Disebabkan masih muda lagi anak ayam daging KFC ini nak cabut bulunya pun mudah. Esoknya dibuat Nasi Ayam, budak-budak riang makan dengan gembira ayam daging KFC mama baru bela seminggu katanya sedap. Nasib baiklah diorang ni boleh tengok ayam kena sembelih takde rasa takut dan boleh pula makan dagingnya tanpa fikir apa-apa. Macam ini tak rugilah tukang kebun bela ayam sendiri sebab members semua okay je makan ayam sembelih sendiri. Siap Rayyan tanya ada lagi dah besar ke ayam KFC mama yang boleh sembelih lagi.
Jadi sekarang tinggallah 39 ekor anak ayam daging KFC tukang kebun dalam sangkar No. 4. Yang 3 ekor ayam daging dikorbankan minggu ini setelah keluarkan organ-organ mereka jumlahnya 1.5 kilogram. Jadi tukang kebun consider agak nilainya RM11.25 (ambil kira harga pasaran sekilo RM7.50). Lepas-lepas ni nak kena buat report dekat hubby balik modal atau tidak bela ayam daging sendiri ni.
Minta maaflah hari ini menunjukkan gambar yang kurang menyenangkan, tapi inilah reality generasi dulu-dulu cara sembelih ayam. Sekarang ni dah siap packing kan? Nak jugalah tukang kebun didik permata-permata hati sendiri macam mana nak sembelih ayam. Itupun berkali-kali Ilhan tanya papa dia, "Macam mana papa tahu sembelih ayam? Tok Ki yang ajar papa cara sembelih ayam ke?" Ilhan bertanya.
Best! itu yg dpt kakak katakan. Asam jawa yg buat kakak terliur sangat. Ayam kalau berkawan memang kalau ada salah satu yg weak mesti yg lain masing-masing jadi 'hero' buli yg sakit. So solution terbaik memang sembelih ajelah jadikan KFC home made:)
BalasPadammemang terbaik la diana, makan ayam dari reban sendiri yg diternak secara organik...tentu dagingnya lebih sedap..
BalasPadamperhatikan jika ada ayam yg lain tunjuk tanda torticollis (twist neck)...bimbang jika ada infections seperti sampar ayam. Utk elak picking pada luka ayam, semburkan dengan ubat luka yg warna purple tu, minyak gamat pun boleh ...
BalasPadamPart cabut bulu ayam tu selalu bahagian sayalah kalau di kampung...sekali sembelih 5, 6 ekor mau tertidur-tidur kat tepi ayam.
BalasPadamSalam Bahagia KakZakie,
BalasPadamItulah perangai anak-anak ayam ini, nampak ada je yang lemah yang lain jadi hero membuli.
Dari melarat dan tersebar baik kita sembelihkan.
Salam Bahagia @na.
Moga projek nak makan ayam dari reban sendiri menjadilah harapnya.
Ini baru mula nak berjinak-jinak lepas dah mencuba batch pertama bulan November okay baru ada keyakinan nak mencuba-cuba lagi.
Salam Bahagia MakNgah at Seri7ujuh,
Terima kasih berkongsi pengetahuan. Kami ini baru nak berjinak-jinak bela ayam sendiri untuk makan.
Mudah tukang kebun nak google symptom bila MakNgah bantu explained.
Ada kemungkinan macam orang putih kata symptom-symptom yang ditunjukkan macam Marek's disease.
Katanya ayam belanda ada kemungkinan carry jenis virus yang boleh stop Marek's virus dari menghasilkan tumour.
Kebetulan pula ada 3 ekor anak ayam belanda betina sama-sama dalam sengkar tu.
Hopefully dapat membantu dari merebak sangat.
Symptoms Marek's disease:
~ Tumours
~ Paralysis with one wing and one leg stick out in opposite direction.
~ Hasil telur menurun
~ Increased moulting.
~ Torticollis.
~Disorentiation.
Katanya Marek's disease pun mudah kena dekat ayam jenis silkie.
Terima kasih banyak-banyak MakNgah tolong kami nak bela anak-anak ayam ni.
Salam Bahagia Nasa Mulia.
Ohhh kalau ayam pencen lagi payah nak cabut kan. Nasib part cabut bulu bukan bahagian tukang kebun sebab masa kat kampung dulu, arwah nenek banyak cucu laki jadi dioranglah buat.
Sy Azie... Seronok bc blog ni... Klu sy blk kg... Nk juga buat mcm adik ni.. Boleh ajarkan akak kannn...
BalasPadamSalam Bahagia Mj DurBerries.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah baca ramblings posting blog ini.
InsyaAllah ada hasilnya jika berbudi dengan tanah atau bela binatang ternakan.