Halaman

Isnin, 16 Mac 2015

Pantai Universiti Malaysia Sabah

 Ada Gardeners yang on holiday sempena minggu Cuti Sekolah ini?

 Ada yang Cuti-Cuti Malaysia di Sabah minggu ini?


 Jika ada yang bercuti di Sabah dan masih ada ruang masa yang ingin dimanfaatkan sepenuhnya ketika berada di Kota Kinabalu, hari ini tukang kebun nak bagi cadangan. Marilah kita mood bersantai di pantai hari ini. Bulan lepas ada Tukang Kebun berkongsi info mengenai Akuarium dan Muzium Institute Penyelidikan Marin Borneo Universiti Malaysia Sabah (related posting klik sini). Bila ke sini jangan lupa bawa baju mandi juga ya. Setelah selesai lawatan di Akuarium dan Muzium tersebut jangan balik terus tapi menuju ke sebelah bawah kiri anda menurun bukit anda akan lalui 'hatchery' University Malaysia Sabah. 
 Tidak lama kemudian anda akan nampak jeti University Malaysia Sabah bersebelahan tempat mereka menyimpan bot-bot penyelidikan. Kebiasaannya bot cruise pelancong juga kadangkala menggunakan jeti ini juga. Seronok tengok bot-bot penyelidikan tersebut rasa teruja sangat. 
 Kemudian anda akan bertemu pantai Universiti Malaysia Sabah seakan private beach sendiri tiada orang ramai. Tempat ini boleh juga nak mandi pertama kali tukang kebun singgah cuma ada 1 kereta yang datang mandi semua orang veteran lelaki. Kali kedua datang ibu teman anaknya sekejap. Sebenarnya tidak ramai yang tahu lokasi pantai ini termasuklah student. Dari sini boleh kelihatan banyak pulau termasuklah Pulau Gaya. Masa kami datang selalu cuaca dah nak hujan jadi budak-budak riang ria tak sempat nak mandi. Lain kali kalau tak ada budget pergi pulau boleh je bila-bila datang sini mandi kasi puas budak-budak riang ria sebab 10 minit kalau tak traffic dah sampai dari rumah Big Boss.
 Atuk Abby yang bawa kami berjalan-jalan ke sini setelah kami teman atuk ke bank dan sebelum ke 1 Borneo. Atuk Abby pun belum pernah bawa nenek dating sini, membebel nenek Abby bila balik rumah Atuk tak pernah bawa jalan-jalan sini cucu-cucu sampai dulu hehehe...tapi kami balik tak tangan kosonglah. Atuk pun pegang tangan Abby je.
 Banyak sungguh kami kumpul seashells. Yalah teruja sangat mana nak nampak pantai pasir putih penuh dengan seashells macam ini lagi. Luas mata memandang tengok seashells sahaja di persisiran pantai Universiti Malaysia Sabah yang tak jauh dari Kota Kinabalu. Dari pantai sini pun dah nampak bandar Kota Kinabalu.
  Kalau seingat memory tukang kebun kadang-kadang dibawa ke Port Dickson masa tahun 80-an pun pantai Port Dickson takdelah kaya seashells terkumpul banyak macam ini. Nak kena jugalah berjalan mencari-cari kan. Dekat pantai UMS ini pijak-pijak seashells banyak. Budak-budak pun seronok. Cuma masalah sampah yang ada terhanyut dari Pulau Gaya je lah. Masa pertama kali datang jumpa gayung pecah jadi kami dengan tamaknya bawalah banyak batu karang mati dan seashells. Jadi Nenek Abby happy juga bila dia susun dekat flower bed baru seashells ini nampak menarik ole-ole bawa balik dari pantai UMS.
  Lalu kali kedua kami pergi ke pantai ini Nenak pesan kutip banyak-banyak lagi nak susun di flower bed. Maka sebaldi kami bawa balik kali keduanya. 
  Syukur Alhamdulillah dapatlah juga anak-anak merasa berjalan di persisiran pantai penuh dengan seashells dan batu karang yang dah mati. Seronok mereka memilih mana bentuk yang berkenan.
 Pelbagai bentuk cangkerang siput laut. Dekat Pasar Kota Kinabalu tu kadangkala banyak jual ikat banyak-banyak macam tirai kan.
 Tukang kebun pun kembali ke zaman kanak-kanak riang juga. Tak sabar nak pergi lagi sekali.
  Sebab hari ini topic berkaitan air jadi tukang kebun pun selitkan mengenai gandingan Tumbuhan Air yang nampak serasi dalam satu bekas untuk disusun hidup bersama. Kalau kawasan terhad payahlah pulak nak khaskan satu pot untuk satu jenis tumbuhan sahaja kan. Nak gandingkan Water Hyacinth dengan Sagittaria dalam satu pot pun boleh juga.
  Banyak kawasan pun dah akan mula musim kemarau dan jarang-jarang hujan. Puasa dan raya pun pejam celik banyak kali pun dah rasa dekat. Tumbuhan air adalah yang paling mudah nak bela ketika kemarau dan get ready untuk bersama-sama menceriakan suasana hari raya. Bunga yang selalu rajin tak putus berbunga masa musim panas biasanya seperti sagittaria dan water poppy. Tumbuhan air ni nak tinggalkan pun tak risau bila balik kampung atau bercuti kalau dah penuh air bekasnya. Tak perlu nak susahkan kekawan tolong siramkan atau susahkan diri buat self-watering. Yang seronoknya bila balik ada bunga mekar welcoming us back home sweet home.
  Promosi pakej untuk Bulan March ini ialah untuk memudahkan kita gardening masa musim panas kemarau, water-saving sebab tak perlu siram selalu nanti kena catuan air tak pening, jimat tenaga masa puasa tak perlu nak belai sangat dan persiapan untuk menceriakan Aidilfitri. Promosi ini bermula dari 16hb March sehingga 28hb March 2015 dengan syarat pembayaran selesai sebelum kalender bertukar ke 29hb March 2015.

~ Promosi Water Plant March 2015 bernilai RM30 termasuk kos penghantaran prepaid small box Semenanjung Malaysia  <hanya untuk Semenanjung Malaysia sahaja>~

1 pot Sagittaria (harga asal RM8.00)
2 moist bare-rooted Water Hyacinth plants (harga asal RM5.00)
1 pot water poppy (harga asal RM10.00)
3 Kiambang (bonus)
1 kotak prepaid small size Pos Laju untuk Semenanjung Malaysia (RM13.00)

Harga promosi RM30 : Harga asal RM 35 (Jimat RM5.00).

Boleh selitkan juga pesanan biji-biji benih ke dalam kotak.

Self-Collect Day Schedule:

~21hb Mac 2015 Sabtu dari pukul 5:30 petang ke 6:00 petang di Sungai Buloh.


5 ulasan:

  1. Kakak tertarik dgn seashells yg di tapak tangan tu macam sudah dan nak jumpa live sekarang ni kan.. bestnya dpt kutip sendiri tak payah sesusah membeli..

    Betul juga tanam pokok bunga atas air ni tak perlu susah hati kalau balik kg..

    BalasPadam
  2. kaknoor ada bunga yg atas air yg warna purple tu, mula nya utk letak dibawah orkid je sekarang dah melaarat la pulak diana..

    BalasPadam
  3. Salam Bahagia KakZakie,

    Kalau ada masa dan creativity macam-macam boleh buat dengan seashell ini.
    Syukur Alhamdulillah seronok permata-permata hati tengok pelbagai bentuk.
    Ya tak susah hati balik kampung dengan bunga hidup dalam air bertakung ni.

    Salam Bahagia Kak Noor,

    Bunga purple tu memang senang biak sebab tu dipanggil keladi bunting gaknya hehehe...

    BalasPadam
  4. Assalam. Saudara/saudari Tukang kebun ni org sabah ke? Selalu jgk pegi kk tapi tak penah lg sampai ke pantai ums ni. Baru tau ada pandai dekat ums

    BalasPadam
  5. Salam Bahagia Rina Sabrina.

    Bonda Asal orang Sabah.
    UMS memang ada pantai sebab diorang pun ada jeti sendiri dan tempat nak simpan bot-bot penyelidikan untuk marine research.

    BalasPadam