Halaman

Isnin, 30 Mac 2015

Weekend Water Lily

  Semalam hari Ahad nyaris tukang kebun tak perasan yang teratai ditanam dalam pasu berair bersebelahan pokok tanjung berbunga pada pertama kalinya di Kebun Bahagia Bersama. Yang ini tukang kebun pun tak pasti warna apa rupanya pink and white. Sibuk dengan nak kumpulkan pesanan anak-anak pokok di workbench luar untuk persiapan packing lewat petang nanti ke hulu hilir dengan kereta sorong tiba-tiba nampak teratai ni kembang terkejut tukang kebun. Semalam dearest hubby pula sibuk memotong rumput yang panjang di keliling kawasan rumah. Bulan March ini asyik sibuk kemaskan kebun belakang sampai keliling rumah nampak dah serabut terabai.
  Selepas dah selesai sorting pesanan-pesanan yang akan dibungkus kemudian, tukang kebun sibuk pula dengan mencari rezeki fresh goods untuk dituai. Buah jambu air pun dah banyak yang masak bersepah-sepah jatuh ke tanah tak termakan pun oleh binatang liar dan jinak. Dapatlah petik-petik mana yang tercapai untuk permata-permata hati isi perut. Sambil itu dipetik juga daun sayur asin dan telur pipit dari kebun belakang. Lemon Tahiti pun adalah beberapa butir yang nampak dah nak kekuningan masak. Dearest hubby nampak tukang kebun longgok buah katak puru atas meja kata siapa punya rezeki untung hari ini dipos. Katak puru asam boi tukang kebun buat Jumaat lalu pun sendiri tak sempat merasa bila teringat dah habis dah.
  Takpelah dapatlah juga buat sebesen sederhana besar mempelam asam boi pula lepas Isyak semalam dari tuaian petang. Rasa-rasanya ini pun macam cepat habis juga dengan banyak hantu asam dalam rumah ini.
  Juga dituai pada Hari Ahad semalam ialah buah canistel dan ciku untuk Pasar Online Buah Kuning Telur Kebun Bahagia Bersama yang sedang dilanjutkan juga kepada bulan April bagi yang ingin membuat tempahan. Reservation untuk 1st week April dah penuh. Jadi kena tunggu giliran minggu selepas itu.

~ Pasar Online Buah Kuning Telur Kebun Bahagia Bersama ~

1 kilogram buah kuning telur + Hampir 1 kilogram tuaian segar lain dari Kebun Bahagia Bersama ikut fresh harvest of the day Tukang Kebun selection + Kos penghantaran dalam kawasan Semenanjung Malaysia = RM20 se-pek.  (Untuk tempahan hantar email ke kebunkmg@gmail.com).
  Siapalah agaknya terima pesanan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama esok, akan tukang kebun inform malam ini dengan tracking no. Minggu ini kandungan pakej Pasar Online Kebun Bahagia Bersama ialah buah Kuning Telor, Ciku, Lemon Tahiti, Katak Puru dan Mempelam Telur. Buah Kuning Telor dan Ciku kena peram sehingga lembut ya. Yang tersilap estimate potong kuning telor kalau belum penuh masak boleh buat cekodok canistel ya.

Self-Collect Schedule This Week:

~ 1st April 2015, Wednesday from 9:00PM~9:30PM at Sungai Buloh.

~ 4th April 2015, Saturday from 5:30PM~6:00PM at Sungai Buloh.

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Diana,
    Cantiknya teratai tu kak...suka sangat tgk bunganya,lumayannya hasil tuaian buah2an dkebun kakak tu, esp mangga tu..Julie pun suka gak makan mangga muda ni..nyum2...memang seronoklah kutip2 hasil2 tanaman ni, teringat kat kampung dlu, buah mangga bersepah2 sampai x termakan, kalo musim mangga dah tiba.. :)

    BalasPadam
  2. Kakak cuba membayangkan betapa luasnya tanah yg ada. Puas menapak dari satu kawasan ke satu kawasan. Hasilnya memberangsangkan.

    Bunga teratainya special sangat. Combination warna menarik mata memandang.

    BalasPadam
  3. Saya nak beli ubi bemban utk berubat. Ada stok ke. Boleh hubungi saya jika ada stok? 0127687016

    BalasPadam
  4. Waalaikumsalam Julie,

    Syukur Alhamdulillah ada hujan juga jadi banyak dapat rezeki mempelam. Buah mempelam ni jenis yang telur kecik je tak perlu tunggu-tunggu lama dah boleh tuai kan.
    Season lepas daun merimbun sangat pokoknya sampai tak perasan ada buah. Sampai dah jatuh-jatuh masak.

    Salam Bahagia KakZakie,

    Tukang kebun pun suka bunga-bunga teratai ini rasa nyaman je bila tengok dia terapung-apung di atas air.

    Salam Bahagia Ammar Affandi,

    Ubi bemban tiada extra stock untuk dibekalkan.
    Kalau pokok-pokok ubi bemban ada banyak stock untuk dibekalkan.

    BalasPadam
  5. Love the waterlily. They are so dainty and pretty

    BalasPadam
  6. Salam Bahagia Sean.

    In the photo look like big right but waterlily actually are so dainty compare to lotus.

    BalasPadam