Halaman

Khamis, 23 April 2015

Musim Bunga Pecah Kaca

 Minggu ini baru Tukang Kebun perasan yang rumpun pecah kaca atau juga dikenali sebagai pecah beling (Strobilanthes crispus) telah mulakan musim bunganya. Mula-mula teragak-agak juga kenapa daun pecah kaca ini makin menirus dan mengecil di bahagian atasnya. Dalam hati ada juga terdetik mungkin ada possibility ianya juga pokok herba yang menghasilkan bunga juga. Sudah lebih 2 tahun umurnya dan minggu ini pertama kali Tukang Kebun lihat ianya berbunga di Kebun Bahagia Bersama. Cantik juga bunganya yang berwarna kuning mirip kepada bunga alamanda. 
  Pokok pecah beling ini amat terkenal zaman dahulu dijadikan ulam kerana dikatakan terdapat pelbagai khasiat. Sebagai ulam sehari pun tidak banyak sekadar 2~3 helai sehari sudah memadai untuk menjaga kesihatan diri. Yalah zaman dahulu tiada supplement synthetic, mereka mengamalkan natural food untuk menjaga kesihatan tidak perlu belanja banyak (free supplement/medicine) to keep healthy. Mereka yang ada kolestrol tinggi atau kencing manis boleh ikhtiar jadikan 2~3 helai pecah beling sebagai ulam makanan teratur setiap hari. Apatah lagi memang pokok ini amat popular digunakan sebagai rawatan natural untuk pecahkan batu-batu karang di dalam badan untuk pesakit (kidney stone). Biasanya orang yang takut kena bedah sebab batu karang biasanya gunakan rawatan dengan pecah beling sebagai usaha alternatif. Rebus lebih kurang 7 helai daun dalam 2 liter air sehingga airnya pekat lebih kurang setengah jam. Minum setengah gelas sehari (air rebusan boleh simpan dalam peti ais). Tetapi lebih baik tanya orang yang pakar dalam bidang ini terlebih dahulu.
  Kajian yang telah dilakukan mendapati Pecah Kaca mempunyai kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusan/jus daun Pecah Kaca mempunyai nilai pH alkali yang rendah. Kalau mereka yang rajin minum air lemon sebab ianya berunsur alkali pasti akan faham kenapa minuman yang ber-alkali bagus untuk maintain kesihatan. Selain itu Pecah Kaca mempunyai unsur kandungan yang boleh melawan retrovirus mengikut kajian untuk perang sel kanser, tumor, dan leukimia. Walaupun clinical study on human belum dibuat secara terperinci, tetapi adalah salah satu alternatif perubatan yang ikhtiar mencari cure. Patutlah orang zaman dahulu takde diagnosed sakit yang menakutkan compare dengan lifestyle kita sekarang. Process food and preservatives might be one of the culprit creating many chronic sickness.
  Pokok Pecah Kaca jenis cepat membesar boleh mecapai 2 meter lebih kalau yang rajin nak jadikan pagar rumah (hedge) dalam setahun. Kalau tak nak tinggi rajin-rajinlah cantas. Salah satu sifatnya juga ianya boleh juga hidup subur di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari. Jadi yang kekurangan ruang tidak mempunyai banyak cahaya nak reserve untuk edibles, letak je pecah beling dekat tempat paling tak hospitable dalam ruang yang ada. Ianya juga sesuai duduk dalam pasu (kalau dalam pasu kena rajin siram sikit).

 Gardeners yang tersentuh ulat atau kena semut rasa gatal-gatal bolehlah gesek-gesek daun Pecah Kaca di tempat yang gatal sampai keluar jus. Tukang kebun tengah seronok pula tengok Pecah Kaca ini berbunga nampak macam pokok hiasan pula, biasanya evergreen je sepanjang tahun. Pecah Kaca ini selalu neglected je tak pernah dibelai tapi hidup subur bahagia sekali, pokok yang sesuai untuk novice gardeners.

~ Pecah Kaca / Pecah Beling (Strobilanthes crispus) ~
1 bekas RM5.00 (Semenanjung Malaysia) .
10 fresh cuttings RM5.00 (Sabah/Sarawak/Labuan).


   Berdekatan dengan pokok Pecah Kaca yang sedang berbunga juga menghadap ampaian ialah Heliconia Guyana yang bunganya dwi-warna juga sedang galak berbunga. Syok sidai baju di ampaian sambil cuci mata dengan pokok-pokok yang sedang berbunga.

Further info Heliconia Guyana (klik sini).

~ Heliconia Guyana ~
1 plant/rhizome for RM12.00 (penghantaran 1 Malaysia).

8 ulasan:

  1. Rumah kakak pun ada tanam tapi kakak tanam dlm pasu. Kakak beli di nursery. So far tak pernah berbunga lagi. Kalau ada bunga best juga. Nampak cantik:)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Diana, cantiknya bunga pecah kaca tu..nak book se-pot..

    BalasPadam
  3. sarat dengan info menarik, terima kasih KBB
    masih tunggu pecah beling kami berbunga...

    BalasPadam
  4. pecah kaca ni memang bagus untuk batu karang. Abang saya pun minum air ini, keluar batu karang dia. ex boss saya, Dr Ghani/pak Din pun makan air ni. Sembuh batu karang dia.Dia rebus bersama anak jagung...kawan cina saya ambil daun ini jemur kering, blender buat tea..

    BalasPadam
  5. Salam Bahagia KakZakie.

    Kami pun tak sangka bunganya begitu cantik menceriakan.
    Lovely surprise.
    InsyaAllah pasti akan berbunga juga KakZakie punya.

    Waalaikumsalam Julie.

    InsyaAllah akan cuba pos minggu ini ya.
    Hari ini tak dapat tak cukup pula kotak prepaid nak bungkus.

    Salam Bahagia @na.

    Sama-sama kita kongsi pengetahuan yang ada.

    Salam Bahagia Kak Mala.

    Pak Din memang ada beritahu campur dengan baby corn 2 dengan resepi di atas.
    Ingat nak tunggu jagung keluar banyak tongkol untuk petik baby corn pastu cuba minum jus tu bersihkan badan. Manalah tahu ada batu karang yang terkumpul.
    Terima kasih berkongsi Kak Mala.

    BalasPadam
  6. Sy pembeli daun pecah kaca tolong call sy 0139431180 yus

    BalasPadam
  7. Salam Bahagia Sis Samsiah.

    For further details boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).

    BalasPadam