Halaman

Selasa, 28 April 2015

Pisang Kadau NamaNya

  Gambar pertama kesimpulan antara tuaian di Kebun Bahagia Bersama hujung minggu lepas. Bulan April tahun ini cuacanya antara faktor rancak sungguh pokok-pokok asparagus menghasilkan tunas baru. Betik ini yang dah hampir masak kalau dibiar ranum betul di pokoknya memang jadi rezeki makhluk Allah yang lain, baik dituai dari dibiarkan.
 Kebetulan hujung minggu Big Boss ada, jadi dapatlah tanya jenis pisang apa yang dah hampir masak di belakang kebun yang menjadi tanda tanya Tukang Kebun. Menurut Big Boss jenis pisang ini sama dengan jenis pisang merah yang ada di Kebun Bahagia Bersama (related posting klik sini). Big Boss kata memang baka pisang merah yang dibawa balik serentak dengan pisang berwana hijau nak kekuningan ini jenis sama dan dalam bahasa ibunda Dusun-Kadazan kawasan Big Boss dipanggil 'Pisang Kadau'. 'Pisang Kadau' baka ada jenis merah, dan ada jenis kehijauan adalah maklumat yang Big Boss berikan. 

  Bila Tukang Kebun flashback bentuk pisangnya memang ada mirip seperti salah satu rumpun pisang  merah belakang di kebun. Mula-mula puas juga memikirkan ini jenis pisang apa sebelum Big Boss balik.
  Hari Rabu malam minggu ini, Tukang Kebun open slot available untuk self-collect Pasar Online Kebun Bahagia Bersama. Hari Sabtu ini Tukang Kebun tak dapat nak buat self-collect Pasar Online Kebun Bahagia Bersama tak sempat, cuma available self-collect untuk pokok-pokok dan biji-biji benih sahaja. Self-Collect malam hari Rabu akan datang ini untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama antara yang terkandung dalam pakej ialah buah canistel, pisang kadau dan nangka muda. Ikut keadaan cuaca tengok sempat atau tidak, InsyaAllah akan dicuba pelbagaikan lagi kandungan dalam pakej Pasar Online Kebun Bahagia Bersama. Cuaca sekarang kerap hujan petang, kekadang tengahari lagi dah hujan turun, jadi ikut keadaan cuaca. Yang comfirm, buah canistel, pisang kadau dan nangka muda (Reservation Pasar Online accept before 12:00PM Wednesday for Self-Collect, 1 pakej RM7.00). 
   Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk slot penghantaran 5hb Mei 2015 available bagi yang berminat (1 pakej termasuk Kos penghantaran Pos Laju Semenanjung Malaysia RM21).

SELF-COLLECT SCHEDULE THIS WEEK:

~ 29hb April 2015, Rabu dari pukul 9:00malam ~ 9:30 malam di Sungai Buloh.

~  2hb Mei 2015, Sabtu dari pukul 5:30petang ~ 6:00 petang di Sungai Buloh.

 Minggu ini hari Isnin dan Selasa berderet buat pengeposan Pos Laju Malaysia. Banyak kiriman Pos Laju Malaysia ke Sabah dan Sarawak minggu ini. Bilangan stok kotak prepaid tak cukup dekat rumah, jadi kebanyakkan pengeposan ke Borneo dibuat pada hari Selasa. Yang belum lagi dapat tracking no. dah confirm order pada hari Ahad, InsyaAllah hari ini dipos.

3 ulasan:

  1. Saya nak satu set pasar online....pos available tak Diana?

    BalasPadam
  2. Macam ni bukan busy di kebun aje tapi busy nuga nak ke pejabat pos ye:)

    Good sign.

    BalasPadam
  3. Salam Bahagia Awin.

    Sudah dipos hari ini set pasar online untuk Awin.
    InsyaAllah esok sampai kut.

    Salam Bahagia KakZakie.

    Syukur Alhamdulillah setiap tahun rezeki bertambah.
    Cuma masa berkebun makin terhad bila banyak packaging nak diuruskan ;).

    BalasPadam