Halaman

Ahad, 5 April 2015

Tuaian Kak Ros Jasin Melaka

  Beberapa hari ini tukang kebun tengah stress out sebab Sangkar D dah jadi war zone. Nanti akan tukang kebun kongsi pengalaman tersebut minggu depan bila dah cool down sikit. Puas Kak Ros bagi dorongan semula nak lift up spirit tukang kebun not to give up malam semalam. Tumpang bahagia tengok Kak Ros susah payah hantar gambar nak tunjuk hasil-hasil dari kebunnya dari biji-biji benih Kebun Bahagia Bersama. Hari ini mari kita lihat perkongsian hasil tuaian dari Kebun Kak Ros. 
  Gambar pertama ubi-ubi sengkuang yang gebu-gebu. Gambar kedua Terung Asam Sarawak atau juga dikenali sebagai Terung Dayak. Gambar No. 3 ialah Cili Cayenne dan Kacang-kacang tanah. Jumaat lepas pun banyaknya Kasih Sayang Kak Ros poskan siap ada biskut-biskut home-made untuk anak-anak, dan pelbagai lagi. Belum lagi kami kesempatan nak bertemu, InsyaAllah suatu hari ini. 
 Setakat ini sahaja dahulu, nak keluar kebun dah ni.

Happy Gardening!

5 ulasan:

  1. geram tengok ubi sengkuang tu...besar2nya..Inilah part paling seronok bila dapat tengok tuaian dari hasil tanam biji benih...

    BalasPadam
  2. kak diana..free kang datang melawat laman imm ye..nak mintak tolong cekkan yuri yang kmbang tu nama ape..hihi..

    BalasPadam
  3. Tumpang seronok tengok hasil Kak Rose..

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Kak Mala,

    Memang seronok bila tanaman yang disemai dari biji benih atau orang kata dari scratch kita bermula menjadi. Rasa kepuasannya berlipat ganda berbanding dengan pokok instant.

    Salam Bahagia Imm,

    InsyaAllah datang jenguk nanti tengah super busy minggu ini.

    Salam Bahagia Kak Mar.

    Sama-samalah kita tumpang seronok tengok hasil Kak Ros.

    Salam Bahagia Carlz,

    Super Gred A sengkuang wink wink.

    BalasPadam