Halaman

Sabtu, 11 April 2015

Waltham Butternut Pumpkin

 Antara jenis labu yang mudah tumbuh di Tanah Rendah Lembah Klang yang dah berapa kali tukang kebun berjaya tanam ialah jenis Labu Waltham Butternut. Warna kulitnya creamy cerah dan bentuk macam buah pear. Labu yang masak isinya warna oren. Saiznya sederhana. Antara sebab ianya antara labu yang tukang kebun suka tanam sebab pokoknya tak messy dan memakai ruang sangat mudah nak train pokoknya. 
 Ini bukan kebun orang putih tau ini kebun orang melayu kulit sawo matang, nampak tak dalam gambar No, 2 pokok serai baru nak merumpun dan ada nampak daun pokok bendi menyelit juga. Musim batch menanam gambar-gambar labu Waltham Butternut ini adalah di Petak 3. Petak 3 ini tanahnya jenis agak berpasir sedikit sebab bekas sangkar Avian dahulu.
  Seperti adik beradik timun, pokok labu Waltham Butternut juga ada bunga jantan dan bunga betina. Bunga jantan tiada buah kecil di belakang bunganya (Gambar No. 3). Manakala seperti Gambar No. 4 bunga betina ada buah labu kecil di belakangnya. Untuk buah labu menjadi dan membentuk membesar, pendebungaan bunga jantan ke bunga betina adalah penting. Sekiranya awal pagi dah hujan walaupun bunga sedang kembang, biasanya tak menjadi kalau hujan dah cium dahulu. Tapi bunga-bunga dan buah-buah comel itu boleh je dituai untuk dibuat sayur. Buat masak lemak putih pun sedap. Kalau malas nak perah santan, goreng tumis gitu pun boleh. Nak buat tempura pun boleh.
 Buah muda labu Waltham Butternut pumpkin masa muda berwarna hijau dan ada jalur-jalur putih macam zebra pula. Kalau pendebungaan tak menjadi biasanya buah kecil itu akan mengecut dan menguning.
 Sekiranya buahnya menjadi akan makin membesarlah. Ramai peminat labu Waltham Butternut Pumpkin ini datang rajin menjenguk malam-malam. Bila pagi tengok siap ada tanda bahan buangan diorang lagi (Nampak tak dalam gambar last tu). Kekadang ada kesan tebuk pun ada. Biasanya walaupun belum masak tapi dah kena tebuk tukang kebun tuai je terus boleh buat sayur pun. Hiris-hiris isinya tumis dengan ikan bilis, bawang dan cili makan dengan nasi panas pun sedap juga. Kalau labu Waltham Butternut pumpkin yang ranum betul boleh simpan dengan baik beberapa bulan di tempat kering dan nyaman. Kalau tuai muda kenalah buat macam sayur lain masak as soon as possible.

~ Labu Waltham Butternut ~
Anggaran 7 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

11 ulasan:

  1. Diana, kak Hayyat book 2 pek ya

    BalasPadam
  2. seronok tengok. tak der gangguan daripada cik siput ke?

    BalasPadam
  3. Salam Bahagia Kak Hayyat.

    InsyaAllah minggu depan kami pos.

    Salam Bahagia Awin.

    Bila ada stok reserved untuk Awin ya.

    Salam Bahagia Juliana.

    Labu ni jarang masalah siput. Masalahnya selalu kumbang timun yang suka meratah daun-daun adik beradik labu macam timun.

    BalasPadam
  4. Salam Kak,
    Nyza nak 2 pack ya.tq
    -nyza sp

    BalasPadam
  5. Salam kak sy zakaria dr pahang no fon 0142197219 blh x sy nk oder benih labu tu 6pack klu blh dgn segera n blh x bg nbr fon akak k tqvm

    BalasPadam
  6. Salam Bahagia Pojya.

    Biji benih ini tiada ready stock dah habis.

    BalasPadam
  7. assalamualaikum... Biji benih waltham butternut squash ni ade stock lagi x

    BalasPadam
  8. Waalaikumsalam Iza Mcy,

    Biji benih waltham butternut squash tiada stock sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam