Sabtu lepas dalam Sejarah Hidup Tukang Kebun pertama kalinya buat kuih ketayap ataupun ada juga yang memanggilnya kuih dadar atau kuih lenggang. Dah curi masa study bahannya mula rasa ada keyakinan nak mencuba. Terima kasih kepada Nasa Mulia penulis 'Warna Warni Kehidupan' ajak melenggang juga dan beri cadangan guna inti muda lagi sedap. Resepi boleh tengok di sana. Lain kali kalau belah kelapa muda nak air yang isinya dah agak keras sikit bolehlah tak membazir simpan isinya diparut untuk buat isi kuih lenggang ini.
Bahan-bahan pun memang sebahagiannya pun dari kebun sendiri. Selalu kumpul kelapa tua untuk dibelah bagi ayam-ayam makan se-troli selang sehari. Tukang kebun yang membelah pun dah cramping muscles nak membelah bolehlah upah diri sendiri merasa gak hasil kelapa tua yang ada dalam kebun kan.
Untuk inti kuih ketayap:
isi kelapa parut (kbb harvest)
gula melaka
secubit garam
Letak air sedikit dalam periuk panaskan untuk mencairkan gula melaka yang dah dikikis/potong kecik. Dah larut gula masukkan isi kelapa parut gaulkan. Campur secubit garam. Gaulkan sampai air dah kurang tak de.
Adik Tukang Kebun tolong gulungkan kulit ketayap dengan isinya jadi cepat kerja sikit sebab masih ada makanan lain nak prepare. Nasib baik menjadi kuih ketayap Tukang Kebun pertama kali bukannya nak praktis dulu. Jumaat lepas Ilhan Mikhail masuk 8 tahun, jadi petang Sabtu lepas kami buat mini reunion bekas pelajar (senior/junior) belajar bersama-sama merantau di Niigata University Jepun dulu sambil sambut Birthday Ilhan. Pelajar Malaysia tak ramai jadi macam adik beradik keluarga bersama-sama merantau di sana. Biasanya setiap tahun cuma ada jumlah belasan pelajar Malaysia sahaja menuntut di Niigata University masa zaman Tukang Kebun belajar untuk Bachelor Degree di sana. Husband Tukang Kebun pun senior 2 tahun belajar dekat Niigata University dulu, nak buat cam mana pilihan tak ramai hehehe.....Kuih karipap sebelah kuih ketayap ini bukan handmade Tukang Kebun ya, dari kakak kerja sama kilang dengan dearest hubby.
Untuk kulit ketayap kali ini bahan-bahannya Tukang Kebun main agak-agak je:
Tepung gandum setengah bag 1 kilogram tuang dalam bekas jadi 500 gram.
2 Telur Ayam (Fluffy telur ayam KBB)
Jus nastural extrak pandan (KBB home-made)
1/2 cawan santan (KBB coconut)
Secubit garam
Air ikut keperluan cair campur dengan tepung.
Rasa seronok dan teruja sebab banyak bahan dari Kebun Bahagia Bersama sendiri.
Masa hari Jumaat Hari Birthday Ilhan takde cake, cuma Tukang Kebun kelam kabut buat kek batik Marie simple je sebelum nak hantar Ilhan ke sekolah kebangsaan. Siap Tukang Kebun mengusik Ilhan, Mama tak de budgetlah nak beli kek dari kedai untuk Ilhan tahun ini. Kek batik simple je Mama dapat buat homemade untuk Ilhan tahun ini. Nasib Ilhan jenis tak kisah, walaupun nampak macam comot je kek batik Marie Mama buat, Ilhan suka je makan. Dah berapa tahun tak buat Kek Batik Marie ni siap pakai telur itik lagi untuk bahan.
Buat simple simple je makan makan sebab tak ramai yang dapat datang, tengah malam duk menjala roti jala. Adalah bee hun goreng dan macaroni ginseng jawa goreng dimasak sebelah pagi sebelum birthday party. Tidak ketinggalan pula popiah sengkuang dari kebun sendiri yang dah lama standby frozen tinggal goreng buat Selasa lepas ditemani Ilhan (related posting klik sini). Yang kuih muih seperti popiah, karipap, kuih ketayap dan kek batik kami pakai daun pisang bunga sebagai alas. Tak susah nak cuci kalau berminyak ataupun melekit, boleh buang je alas daun pisang tu kemudian.
Apa dia pisang bunga klik sini.
Pertama kali buat birthday party untuk Ilhan. Tahun ini tema kek Ilhan ialah Dinosaur. Banyak kenangan dengan dunia dinasour ini.
Tengok keknya berwarna warni ini rasa nostalgia pula, teringat masa Ilhan dah 4 tahun lebih masih kurang perkataan yang diketahui (less than 10 words). Bila mama perasan Ilhan fixated dengan Dinosaur semua jenis buku kanak-kanak tema dinasaur di perpustakaan kita pinjam. Nak ajar perkataan warna semua pakai dinosaur as example supaya Ilhan boleh concentrate dan berminat nak bertutur belajar bahasa. Challenging pada mulanya sebab kanak-kanak ada characteristic autisme ni ambil buku tak sempat nak tunjuk dah flip flip flip express ke muka surat lain. Untuk pancing minat Ilhan teliti gambar-gambar dalam muka surat kena ada dinosaur baru boleh repeat banyak kali ajar perkataan.
Terima kasih banyak-banyak kepada Shima owner ZazBakery Sweetouch sudi ambil pesanan dari Tukang Kebun dan melayan permintaan tema Dinosaur kali ini. Agak menarik juga jalinan pertemuan dengan Shima ini, masa Tukang Kebun berada di Adelaide tengah perang chronic dengan penyakit mental seperti "postnatal depression", kebetulan teringin nak membelikan adik bongsu yang akan menyambut harijadi ke-16 pada ketika itu sebuah kek. Dalam kes Tukang Kebun bukan masa lepas lahir kena penyakit "postnatal depression", tapi ketika mengandungkan Abby. Ketika itu baru beberapa minggu Ilhan pun sudah kembali ke tanahair dahulu sebab kami tak lama lagi nak kena uruskan sibuk dengan pembedahan Rayyan yang tidak diduga kali ketiga kerana sukar jika nak bawa Ilhan sekali ke hulu hilir tiada penjaga. Ilhan pun baru sahaja diagnosed confirm autistic tapi terpaksa kami berpisah buat seketika waktu atas sebab kesihatan Rayyan. Memang sengsara rasa nak pisah dengan anak Ilhan beberapa bulan yang juga memerlukan pemerhatian, a mother's guilt topping up the accumulated lingering stress. Jadi untuk tenangkan hati dan hiburkan Ilhan lalu Tukang Kebun google google cari baker yang duduk area Sungai Buloh dan murah hati boleh hantar ke rumah.
Lalu terjumpalah blog Shima 'ZazBakery Sweetouch' (klik sini), yang sudi buat pakej hantar ke rumah sekali. Terima kasih juga melayan permintaan cupcake tema Jepun untuk birthday adik bongsu ke-16. Masa tu kasihan juga dekat adik, Papa dan Mama pun baru sahaja berpindah ke Sabah jadi kena berdikari duduk di Semenanjung Malaysia dengan abang Danial, Ilhan dan Kak Mik babysitter Ilhan. Adik Tati tak berkenan bersekolah di Sabah lepas testing seminggu sekolah sana, nak juga sekolah di Sungai Buloh. Terima kasih banyak dekat Danial, kena jadi man of the house uruskan adik Tati dan nephew Ilhan walaupun diri sendiri tengah sibuk belajar di Uitm Shah Alam ketika itu. Untuk menghiburkan 4 orang dalam rumah ini, maka Tukang Kebun orderlah cupcake secara online dari Shima. Yang berminat boleh pesan hantar email seperti di Blog Shima ataupun boleh cari message di facebook.
Beberapa tahun berlalu, tiba-tiba Tukang Kebun ada terima email dari Shima untuk buat pesanan di Kebun Bahagia Bersama awal tahun ini. Mula-mula Tukang Kebun dan Shima pun tak sedar yang kami pernah berhubung sebelum ini. Masa hari Shima nak datang self-collect, sebelum kami bergerak tiba-tiba naluri Tukang Kebun rasa macam familiar je address email Shima. Bila search dalam inbox email, rupa-rupanya Tukang Kebun pernah order dengan Shima. Begitulah kisahnya kami bertemu semula tanpa sengaja dan akhirnya dapat bersua muka.
Syukur Alhamdulillah bulan ini banyak dapat tick of the wishlist yang ingin dibuat oleh Tukang Kebun in my small trivial ordinary life (tak tahu life is short or long kan). Minggu ini dah dapat tunaikan hajat mencuba buat kuih ketayap, dapat buat pertama kali birthday party Ilhan akhirnya bila dah berumur 8 tahun. Cepat je rasa masa berlalu, macam baru je bersalinkan Ilhan Mikhail.
Tiba-tiba sayu rasa hati bila dengar lagu Dusun-Kadazan ini terkenangkan arwah nenek. Bulan Lima sudah datang, sekarang tengah meriah sambutan tadau kaamataan atau Harvest Festival.
Untuk semua 'Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan'.
Syukurlah kiranya hajat banyak yg kesampaian. Apa yg kakak suka bahan diguna utk makan hasil titik peluh sendiri (kalau gandum boleh hidup kakak rasa Dee pun harvest dari gandum sendiri hihi...)
BalasPadamPuas hati kan..
Happy belated birthday Ilhan..
Alhamdulillah.....seronok tgk bdk2 ni enjoy majlis tempoh hari....parents pon dptduduk sembang2....TQso much Die....rajin Die sediakan semua juadah....kenyang...siap bungkus lagi...semoga Ilhan membesar menjadianak yg bijak dan soleh penyejukhati mama dan papa....Amin
BalasPadamSelamat harijadi Ilhan dan tahniah Diana kerana dah pandai melenggang ketayap..
BalasPadamAssalam Diana,
BalasPadamTahniah dah pandai melenggang,
Tak lupa juga...Selamat Hari Lahir Ilhan Mikhail yang ke 8thn
Semoga menjadi anak yg soleh dan berbakti kepada kedua ibubapa, agama bangsa dan negara
Semoga berbahagia hendaknya didunia dan akhirat..aamiin
Belated Birthday Wish to Ilhan...
BalasPadamMay his days be filled with joy & happiness with his loving families.
Hayyat
Salam Bahagia KakZakie.
BalasPadamSementara tak kerja penuh jadi kuli orang, masih sendiri boss susun masa sendiri bolehlah explore cuba banyak benda yang dulu teringin tapi kesuntukan masa. Dapatlah banyak masa terluang quality time dengan anak-anak nak membesar ni. Memang puas hati bila ada bahan-bahan dapat digunakan dari hasil titik peluh sendiri.
Salam Bahagia Yus.
Syukur Alhamdulillah dah selamat buat majlis.
Terima kasih banyak-banyak sudi datang walaupun kepala tengah pening-pening.
Seronok tengok budak-budak bermain berlari sini sana bebas.
Salam Bahagia Kak Mala.
Thank you for the wish.
Umur dah masuk 30-an baru nak belajar melenggang ketayap.
Orang lain awal lagi dah pandai buat hehehe...
Salam Bahagia Kak Hamiza,
Segan juga nak bercerita buat pertami kali melenggang ketayap.
Tapi never too late to learn kan.
Nanti Tukang Kebun tak belajar buat camne pula nak ajar si Abby melenggang ketayap pulakan.
Thank You for the prayers.
Salam Bahagia Kak Hayyat.
Thank you for the lovely wishes.
Happy belated birthday Ilhan Mikail! Sedapnya nama! Semoga membesar menjadi anak yang cemerlang dunia akhirat.
BalasPadamSalam Bahagia Neny.
BalasPadamThank you very much for the wish dear.
Hopefully he lives up to his name as well hehehe....
Sy panggil kuih tuh kuih gulung sbb kena gulung. Hehe.. dulu belajar di jepun kos ape? Bestnya. =)
BalasPadamSalam Bahagia We Linnasya,
BalasPadamCourse Sains Alam Sekitar.
Happy belated Ilhan... best wishes... Auntie Mar baru baca posting ni..
BalasPadamSalam Bahagia Kak Mar.
BalasPadamIlhan kata Thank You for the wish Auntie Mar.