Halaman

Jumaat, 29 Mei 2015

Pengalaman Pertama Sembelih Itik

  Setelah beberapa hari jadi Tukang Masak, mestilah Tukang Kebun rasa resah nak turun ke kebun pada hari Ahad setelah selamat mengadakan mini reunion bekas pelajar Malaysia Niigata University dan Birthday Ilhan ke-8 Sabtu lepas. Hujung minggu lepas, pengalaman baru buat team members Kebun Bahagia Bersama ialah sembelih itik muscovy belaan sendiri. Nak tengok perubahan mereka masa dari baby boleh visit laman posting sebelum ini (klik sini). Sebelum itu, setiap kali bincang pasal nak sembelih itik daging, dearest hubby asyik fikir-fikir panjang sebab dengar khabarnya itik ni bila sembelih lama nak stop jantungnya, siap boleh jalan-jalan lagi lepas sembelih khabarnya. Nampaknya persediaan mental dan hati diperlukan oleh Tukang Sembelih (1st time lah kan).
  Sorry for the picture after sembelih ini Ilhan yang pandai-pandai ambil. Kenangan anak-anak pertama kali makan daging itik. Hujung minggu lepas 2 ekor kami sembelih. Itik daging muscovy ini lebih cepat membesar dari ayam daging. Baru berusia 2 bulan lebih dah lebih 2~3 kilogram bila dah bersihkan semua organ tak de.  Tukang Kebun pun tak sangka betapa cepat itik-itik Muscovy ini membesar patutlah kuat makan. Ilhan pun tak sabar-sabar nak rasa pengalaman pertama kali makan daging itik. Tak sampai seekor bahagian itik dibuat ala-ala masak nasi ayam. Bila tanya Ilhan suka tak makan itik? Ilhan kata sedap pula dari ayam. Rayyan pula tak mau makan katanya tak berapa gemar. Kami pun tak sangka pula Ilhan allright pula nak makan daging itik (terkebil-kebil mata mama Ilhan yang tak biasa makan daging itik). Balance daging itik masih duduk dalam freezer lagi. Cadangan dialu-alukan apalah Tukang Kebun nak buat dengan balance yang masih ada lagi simpan dalam freezer. Terkejut ke apa ntah, keesokkan harinya Tukang Sembelih balik dari kerja terus demam penat cabut 2 ekor bulu-bulu itik ke apa dear.
  Sementara Tukang Sembelih cabut-cabut bulu itik, Tukang Kebun pula mengemaskan kawasan deretan tembok ini dah jadi gelap lama tak kemas. Pokok species jenis calathea ini pun hidup subur sangat. Jenis calathea ini daun-daunnya boleh digunakan sebagai pengalas nak bakar ikan pun boleh, fungsi sama je dengan daun pisang. Kalau nak buat alas-alas makanan atau hiasan pun boleh. Bila Tukang Kebun fikir-fikir belek daunnya rasa lagi senang nak buat alas dari daun pisang. Terus je potong sehelai daun tak mudah koyak macam daun pisang.
   Minggu ini jika ada ruang dalam kotak prepaid yang diselitkan antaranya ialah rizom jenis calathea ini. Ianya juga menghasilkan bunga berwana keungguan. Tukang kebun belum pasti jenis calathea ini dipanggil apa, sekiranya ada yang tahu bolehlah kongsikan bersama. Pokok calathea ini memang sangat sesuai dijadikan sebagai tembok atau pokok pagar. 
  Berhampiran tempat Tukang Kebun kemas ini juga adalah musim bunga white butterfly bush dan Madonna Lily. Banyak bunga berwarna putih mekar terutamanya awal-awal pagi semerbak baunya memikat banyak pollinators mendekatinya. Kalau anda mempunyai bekas kecil berisi air dengan tumbuhan air amat padan digabungkan dengan Madonna Lily dan White Butterfly Bush di sisinya.

Info Madonna Lily boleh diketahui lanjut dengan klik sini.
~ 1 moist bare-rooted plant RM7.00 .

Info White Butterfly Bush boleh jenguk-jenguk teliti lagi dengan klik sini.
~ 1 pot for RM7.00.

  Kemas-kemas sepanjang tembok sampailah ke rumpunan Heliconia Halloween yang bersebelahan buaian. Permata-permata hati sejak bulan ini gemar main buaian di kawasan sini. Jadi untuk pastikan keselamatan mereka, maka Tukang Kebun kasi banyak cahaya area ini dengan cabut-cabut dan pangkas rimbunan pokok-pokok yang berlebihan supaya tak dapat mahkluk Allah lain nak bertapa di sudut ini. Nampak perubahan ketara dengan gambar yang ditunjukkan minggu lepas, walaupun sudut yang sama (related posting visit here).

  Hujung minggu ini boleh self-collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama di Sungai Buloh antara pukul 5:30petang~6:00petang pada hari Sabtu. Telur itik juga available this week (sebutir 70sen).

9 ulasan:

  1. Salam Diana.. Kami baru berura-ura nak membela itik tapi jenis itik serati dan itik telur. Ada juga penjual itik dekat pasar tu ajar, kalau sembelih itik, serkup dengan besen besar. Suami Diana orang kelantan kan? Tentu biasa dengar masak kerutuk.. Orang kata, sedap itik masak kerutuk.. Tapi Nurul pun belum pernah cuba lagi..

    BalasPadam
  2. Iyalah Sis Diana..Rendang Itik br nk suggest. Sdp jugak.Yummy..:-)

    BalasPadam
  3. Sedap tau kalau buat rendang..rasa dia lg umph dari ayam..trylah..

    BalasPadam
  4. Dulu2 kak tak suka makan itik, tapi sekali tu balik kampung abang, kami buat gulai itik. Dia orang panggil itik daging. Punyalah gemuk dan besar. Rasanya pula...tersangatlah sedapp....sekarang terus suka itik..tapi ditempat kak belum pernah jumpa itik fresh dijual dimarket..

    BalasPadam
  5. Lamanye x mkn itik, sbb pantang aritu pun yer. Anyway nasi berlauk gulai itik mmg sedap..area Ganu & Klate mmg femes. Nanti Diana blk kg suami blh la try :)

    BalasPadam
  6. Itik salai masak lomak cili api berserai pun sodap :)

    BalasPadam
  7. Salam Bahagia Nurul.

    Jom pakat bela-bela itik. Bela itik ni lebih mudah dari ayam sebab ayam yang mudah demam dan kena serangan virus.
    Cuma nak kena pastikan banyak bekalan air untuk itik. Yang tak tahan itik ni nak bela kalau terperap 24 jam dalam sangkar bau busuk. Kalau ayam tak busuk.
    Itik telur ni lagi kuat main air dari itik serati.
    Bau pun macam tu itik telur lagi busuk kawasan dari itik serati.
    Suami Diana orang Terengganu. Masak kerutuk tak pernah buat lagi.
    InsyaAllah jika ada rezeki nak juga mencuba.

    Salam Bahagia Norish.

    Diana tak pass lagilah buat rendang itik ni, masak tak habis-habis lagi. Nak kena challenge lagi sekali hehehe....

    Salam Bahagia Shaihda.

    Baru perasan yang daging itik ni nak kena masak lebih lama dari ayam.

    Salam Bahagia Kak Mala.

    Itik daging kekadang dipanggil itik nila atau itik serati. Yang Diana bela sekarang itik muscovy/nila ni memang cepat besar. Mak balik hari tu pun terkejut tengok saiz itik daging baru umur 2 bulan lebih dah debap macam sekarang. Yang bela commercial hampir 24jam kasi makan tak tahulah boleh gemok macammana kan. Yang sini pun bebas cuma bagi awal pagi dan petang masuk kandang je makan dah besar gitu. Cuma itik daging ni memang banyak lemak minyak bila masak.
    Sini pun jarang-jarang sekali nampak jual daging itik.

    Salam Bahagia Gina.

    Kalau orang pandai masak itik ni memang sedapkan lebih sedap dari daging ayam.
    Sayangnya Diana ni tak pandai lagi masak daging itik nak pujuk yang lain makan. Kena upgrade skill masak lagi ni heheh....

    Salam Bahagia Kak Mar.

    Sodap sungguh bayangan masakan tu.

    BalasPadam
  8. nak tanya la diana, daun untuk bungkus ikan guna calathea spt dalam gambar tu, leh pakai sebarang jenis ke? rasanya calathea ni banyak jenis kan?

    BalasPadam
  9. Salam Bahagia Juliana.

    Tukang Kebun belum pasti ini jenis betul ke calathea.
    Dekat Sabah daunnya digunakan buat kuih kelupis macam versi ketupat palas atau lemang di sini.
    Sini panggil daun nyirik atau kobu.
    Di Tamu ada jual juga.

    BalasPadam