Halaman

Ahad, 7 Jun 2015

Apple of Sodom Seedling

 Antara jenis terung yang Tukang Kebun dapati tidak cerewat penjagaannya tumbuh di Kebun Bahagia Bersama ialah jenis Terung Susu Kambing. Bena putih pun tak berapa menggangu jenis adik beradik terung ini berbanding dengan terung lain. Masalah biasa dengan pokok terung ialah serangan bena putih yang dibawa sekali oleh semut-semut jenis warna hitam. Nampak semut hitam turun naik pokok terung belek-beleklah daun yang menghadap sebelah bawah tersorok dari sinaran matahari. Tukang Kebun biasanya tak rajin nak spray spray terus potong daun yang jadi sarang bena putih.
  Ianya dikenali dengan pelbagai nama dengan mengikut budaya imaginasi negara masing-masing. Kalau di Jepun bentuk buahnya seakan muka musang jadi dipanggil terung muka musang. Kalau di negara Cina dipanggil terung lima jari. Ada juga panggilnya Apple of Sodom. Jenis Apple of Sodom yang biasa baka tumbuh di Kebun Bahagia Bersama ialah jenis bunganya berwarna ungu dan tidak berduri pokoknya. Bila pokoknya semakin besar matang, hampir seluruh bahagian kelihatan bulu-bulu halus agak berbeza dengan jenis terung yang lain. Buah yang muda berwarna hijau.
  Buahnya bertukar ke warna kuning keemasan apabila ranum. Ketika ini ianya dikatakan boleh membantu mengurangkan sakit darah tinggi atau kencing manis dengan mengamalkan minum air rebusan buahnya. Buahnya dicucuk lubang dengan jarum di hujung atas buahnya dan direbus sehingga mendidih dan air rebusan sudah kurang lebih dari separuh berbanding asal. Kuantiti air nak direbus dengan 1 biji lebih kurang segelas. Kemudian air rebusan diminum 1~2 gelas setiap hari untuk beberapa minggu jika nak tengok berkesan atau tidak (dinasihatkan untuk bertanya kepada pakar kegunaan ubat ini terlebih dahulu).

Info selanjutnya mengenai Apple of Sodom boleh baca di laman sebelum ini (klik sini).

Bulan ini Kebun Bahagia Bersama bukan sahaja membekalkan biji benih Apple of Sodom tetapi boleh juga dapatkan anak pokoknya selagi stok masih ada.

~ 1 bekas anak pokok Apple of Sodom RM7.00 .

Atau

~ Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
  Syukur Alhamdulillah tahun ini memang rezeki hujan lumayan sehingga pokok-pokok memang cepat merimbun. Sepanjang tembok yang bersemuka dengan tempat menyidai kain, pokok-pokoknya dah begitu merimbun jadi gelap. Princess Papa Abby pun dah rajin mengekor nak sidai dan ambik kain main berdekatan tembok. Oleh itu, Sabtu semalam setelah selesai sarapan dan menyidai baju kami suami isteri meneras bagi cerah sepanjang kawasan bersebelahan tembok berdekatan ampaian dan beberapa sudut lain. Ada agaknya lebih 15 meter panjang kawasan kami buat hard-pruning dan cabut-cabut pokok-pokok yang dah banyak sangat beranak-pinak. Terutamanya Sabtu lepas banyak pokok 'Dove Tail', Tukang Kebun buka nak kemaskan sebab dah rapat-rapat jadi overlapping antara satu sama lain.
  Barulah si heliconia Hanging Lobster Claw dapat menonjolkan diri setelah Tukang Kebun pangkas lebih dari setengah rimbunan pokok pecah beling. Kali ini banyak di depan ampaian banyak warna merah yang sedang musim bunga. Sebagai contoh pokok bunga pagoda yang tinggi lampai di gambar terakhir ini. Bulan June ini ada promosi pokok bunga pagoda merah atau namanya pepanggil.

~ 3 moist bare-rooted pagoda plant for RM10.

  Sebelah Sabtu petang selepas selesai gardeners collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama baru sempat Tukang Kebun nak pergi 1st hair cut for year 2015. Asyik bagi hair-cut dekat tumbuhan every week, Tukang Kebun pun dah nak dekat setahun tak potong rambut. Lepas hair-cut, kami sekeluarga mencari persediaan untuk baju raya. First time sebenarnya kami sekeluarga bersama-sama pergi membeli baju raya sedondon untuk raya pertama. Selama ini biasanya Big Boss yang belanja baju raya dan jahitkan. Sebab Big Boss sibuk dengan house renovation yang belum siap-siap hopefully before raya nak kemas rumah dah dipesan this year no baju raya, kena shopping sendiri tak sempat nak jahit. Hard to believe dah ada 3 anak ni, Tukang Kebun memang tak berpengalaman beli baju raya dari lahir sampai dah beranak-pinak. Mama yang planning dan jahit baju raya. Kami ikut je, dah ready tinggal sendiri gosok nak pakai je. Yes such a blessing.
  
  Dearest hubby pun dah aim this year settle baju raya sebelum mula berpuasa. Warna pun tak de fikir, browse around je lah dulu. Bila Tukang Kebun and dearest hubby sets our eyes on salah satu display baju kanak-kanak perempuan macam sesuai je untuk Abby barulah terus set warna tema this year for us is going to be peach. Abby dan Mama pun pertama kali sedondon corak baju kurung. Anak-anak membesar asyik dalam suasana merantau negara orang je, apa yang ada je pakai. This year agaknya papa nak ambil hati mama siap belanja hair-cut dan siap mengajak shopping raya serta belanja dinner. Mana taknya dah 4 tahun Aidilfitri in a row Raya dekat sebelah dia. Sejak balik Malaysia ini dah 3 raya tak pernah balik Sabah beraya sana dengan family Tukang Kebun. Takde system undi pun hehehe.....untuk anak-anak lebih meriah suasana Raya di kampung hubby kalau nak bandingkan beraya di Sabah. Cuti raya pun tak lama jadi kami rasa tak berbaloi kalau nak balik sekejap je.

Baju raya dah selesai.

Ini nak mula selesaikan untuk goodies pengeposan esok pula.

2 ulasan:

  1. Hi Diana, Khabar baik ? Pls email your latest stock list.
    Thks & Regards.
    Choi Min
    hohcmin@yahoo.com

    BalasPadam
  2. Salam Bahagia Choi Min.

    Thank you for the kind reminder.
    Been very busy during the school holidays.
    Hopefully will shipped your goodies by Next Week.

    BalasPadam