Hari ini hari ke-2 dalam bulan Ramadhan kita berpuasa, moga amalan ibadah kita dapat dikerjakan dengan sebaik-baiknya. Sebelum masuk dapur semula, kenapa semula? Tadi baru siap buat air untuk berbuka, yang Abby belum 3 tahun belum berpuasa sambil-sambil meneman Abby isi perut, mama tak isi perut sedia air minuman sahaja. Kalaulah memory Tukang Kebun ini tak silap dah makin tua ni, rasa-rasanya Gardeners berbangsa Cina ada yang suka amalkan minum air rebusan 20 helai daun pandan bersama gula batu yang direbus sekurang-kurangnya setengah jam. Antara ubat tradisional minum air rebusan pandan ialah bagus untuk mengurangkan tekanan darah (high blood pressure), ada juga lain tak terkeluar pula ilmu yang telah dikongsikan. Sekiranya Tukang Kebun tersimpang ilmu atau ada khasiat-khasiat lain mohon berkongsi dan betulkan kesilapan Tukang Kebun.
Daun pandan memang cukup popular dalam masakan orang bangsa Melayu dengan keharumannya yang menyelerakan serta dijadikan bahan pewarna semulajadi. Masukkan daun pandan ke dalam nasi yang akan ditanak juga paling kurang bukan sahaja membuatkan nasi tahan lama, berbau wangi tapi khasiat pandan juga diberikan secara automatik kepada pemakan nasi. Agaknya sebab itu juga kut, orang dulu-dulu rajin buat nasi lemak masukkan daun pandan sekali masa masak nasinya yang ada santan untuk tahan lebih lama dan haruman yang memikat selera. Yang banyak stok daun pandan bulan Ramadhan dan Syawal nanti bolehlah gunakan sepenuhnya bahan yang ada dari kebun sendiri dengan antara cadangan juga:
~ Sebagai pewarna semulajadi dengan kuih ketayap/kuih dadar/kuih gulung (klik sini) untuk berbuka puasa.
~ Untuk hilangkan dahaga ketika berbuka puasa, Air Susu Kacang Soya berperisa pandan (klik sini).
Nak bela pokok pandan tak sukar pun, kalau tiada ruang pun boleh tumbuh dalam pasu. Kalau yang bagi alasan busy takde masa nak siram, pokok pandan suka banyak air, boleh rendamkan pokoknya dalam air yang cetek. Tak perlu tanah pun pokok pandan boleh hidup. Seperti dalam gambar No. 1 ada pokok-pokok pandan dibiarkan hidup bahagia bersama keladi bunting dan kiambang dalam pasu berair. Gambar No. 2 ini pula pokok-pokok pandan yang tumbuh dipinggiran asalnya dulu kubang kerbau nenek paling besar. Pokok-pokok pandan ini Aunty Janet yang punya di Kampung Poturidong Lama, Kiulu. Terjumpa pula gambar No. 2 ini dalam memory card asalnya ambik gambar Orchid Moth yang tenggek atas pokok kelapa.
Teringat masa dok belajar dekat Jepun dulu pernah seludup bawa masuk anak-anak pokok pandan. Kebetulan masa tu rasanya dah masuk musim luruh. Kalau dibiarkan dalam rumah guarantee lama-lama mati sebab sejuk bila asyik memerap dekat makmal sekolah je. Kebetulan pada masa itu, tempat makmal Tukang Kebun ada bilik untuk aquarium ikan cuaca constant setting lebih 24 Celsius sepanjang tahun. Jadi Tukang Kebun sambil bela-bela breeding ikan as my research sample sambil cacak pokok pandan dalam balang ikan. Untuk yang tak dapat bawa anak pokok pandan bila merantau, bawa balik banyak stok daun-daun pandan jika bolehlah tengok negara. Bila dah selamat sampai ke destinasi, cepat-cepat simpan dalam freezer ya. Daun-daun pandan pun boleh simpan dalam freezer. Tips dari Tukang Kebun yang dah merantau for 10 years. Kalau Jepun bolehlah lagi kut, tapi Australia definitely tak boleh bawa sanalah.
Yang belum ada pokok pandan dan mencari-cari, Kebun Bahagia Bersama akan mula bekalkan anak-anak pokok pandan untuk yang berminat sekarang. Kami akan bekalkan secara moist bare-rooted (save sikit kos penghantaran kalau takde tanah). Lagipun pokok pandan ini boleh tahan beberapa hari (lama perjalanan Tukang Kebun bawa anak-anak pokok pandan bungkus dalam suratkhabar dari Sungai Buloh ke Niigata, Jepun masih segar bugar lagi. Kalau yang tiada masa tu letak je dalam air baldi sebelum tanam.
~ Anak pokok pandan moist bare-rooted RM4 ~
atau 3 plants for RM10,
atau boleh campur seperti dalam laman pakej '3 plants for RM10'.
Macam Tukang Kebun gemar style bak orang putih kata "kill 2 birds with 1 stone", rebus daun-daun pandan bersama bunga telang sekali, dapatlah khasiat dari kedua-duanya sekali. Semalam untuk berbuka puasa, 2 minuman dibuat sendiri iaitu sirap biru dan air teh limau kapas (sebijik rasa macam brand lipton ais lemon tea). Pokok limau kapas grafted ada ready stock (RM15).
Lauk utama untuk berbuka pada puasa pertama bulan Ramadhan ialah Assam Pedas Ikan Pari dan Katak Puru. Ada kerap rezeki buah katak puru bulan ini, dapatlah juga gunakannya sebagai bahan assam pedas campur dengan daun-daun kesum yang kena pruning dah meriah. Antara rezeki tuaian dari kebun hari ini juga adalah seperti buah-buah katak puru, buah Nenas Madu Sabah, telur-telur itik dan buah lemon telur buaya. Ambil kesempatan nak inform pokok grafted lemon telur buaya (RM25) ada semula bagi gardeners yang berminat. Hujung minggu ini, InsyaAllah dapatlah berbuka puasa dengan jus nenas dan teh lemon telur buaya yang hasilnya dari kebun sendiri. Tukang Kebun nak mengundur diri nak mula masak untuk berbuka. Planning puasa hari ke-2 nak buat samaada kari atau kurma ayam. Nak kena keluar rumah petik daun kari lupa.
Selamat Berbuka Puasa.
selamat berbuka puasa na:)
BalasPadambestnya sirap biru :)
Selamat menyambut Ramadhan Diana.
BalasPadamselamat berpuasa puan
BalasPadamsaya pun ada sebotol sirap biru...dpt resepi dr sini juga...
BalasPadamSy ade beli benih bunga telang dr kak diana. Dah berbunga. Tp sikit2. Teringin juga nk buat sirap biru. Resipi sirap biru yg mane best?
BalasPadamSelamat menyambut Ramadhan yang mulia
BalasPadamSalam Bahagia Kak Amiizaa.
BalasPadamSelamat Berbuka Puasa.
Walaupun simple ada sirap biru ini, kasi nampak special untuk anak-anak hehehe...
Salam Bahagia Kak Mala.
Selamat menyambut Ramadhan juga untuk Kak Mala sekeluarga.
Salam Bahagia Azri.
Selamat mengerjakan ibadah puasa juga.
Salam Bahagia Suzie.
Senang kalau ada spare sirap biru dalam botol dalam peti ais kan. Mana tahu tiba-tiba ada tetamu bertandang.
Salam Bahagia We Linnasya.
Syukur Alhamdulillah dah ada hasil nak tuai dari benihnya.
Kena rajin-rajin kutip nanti makin banyak.
Tak pasti yang mana best ikut citarasa.
Selalu rebus je bunga dan pandan, pastu adjust rasa dengan gula.
Salam Bahagia Kak Mar.
Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia ini juga semoga semua amalan diterima dengan baik.