Halaman

Ahad, 26 Julai 2015

Syawal Stok Segar Telur Ayam

   Minggu pertama Syawal pasti ramai gardeners masih belum lagi dapat berkebun seperti biasa. Tukang Kebun pun masih lagi on break dari dapat membelek-belek tumbuhan di kebun walaupun tangan ni rasa gatal-gatal je nak mula bercucuk tanam semula. Tambahan pula cuaca macam nak masuk musim hujan je semula beberapa hari ni. Terima kasih kepada pembaca-pembaca yang mengambil masa untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada team members Kebun Bahagia Bersama. Mohon maaf tak sempat nak melawat beraya lagi ke blog kawan-kawan mula Syawal ni satu persatu anak kurang sihat. Nasib baik tak serentak, Abby dah baik, Rayyan pula, sekarang ni giliran Ilhan nak kena nursing pula. Sakit pula lain-lain. Mama kanak-kanak riang ni dah rasa macam zombie sikit dah ni.
  Syukur Alhamdulillah masuk bulan Syawal ini, supply telur ayam dari kebun makin banyak dah macam overloaded pula. Adalah stok telur ayam di dapur untuk masak-masak masa tetamu datang beraya. Kebetulan malam raya ke-4, tetamu pertama untuk raya Aidilfitri tahun ni, labmate sesama di University of Adelaide dahulu datang rumah. Sejak Tukang Kebun kembali ke tanahair tak pernah kami jumpa, sebab Dr. S lepas complete PhD terus jadi researcher cancer di Monash University, Melbourne. Dr. S (Tukang Kebun panggil adik) berbangsa Cina vegetarian bolehlah rasa telur ayam Tukang Kebun yang bela. Kelam kabut juga nak masak siapkan dalam masa sejam lepas beraya ke rumah atuk sebelum adik datang masaklah nasi tomato, buat acar sayur dan sambal telur ayam sebagai pengganti ayam masak merah. Tapi excited sebab adik masih ingat kakak ni dan nak datang rumah. Kakak pula dah segan sangat dengan adik sebab terbantut menghabiskan pengajian bila terkenang banyak terhutang budi dekat adik Dr. S ini. Biasanya kalau semua student lain dah balik  after 5PM cuma kami berdua je yang tinggal sampai lewat malam, cuti hujung minggu pun berdualah kami saling conquer equipment dalam lab. Siapa lagilah Tukang Kebun nak harapkan kalau bukan adik Dr. S tolong keluarkan plate culture clone atau apa-apa lagi masuk dalam peti ais jika datang lambat atau tak dapat datang keesokkannya. Kakak selalu kagum tengok adik kejar cita-cita adik nak membantu dalam kajian cancer, betapa hardworkingnya adik, always try to follow and catch up dengan adik. Bila kakak rasa lost faith in myself adik selalu reach out her hand and make kakak believe she can do it. Those 4 years doing research and new discoveries made was easier because adik was there. Bilalah nak pulih semangat nak fokus karang thesis ni.

 Sekarang ni tengah mencari incubator ayam untuk kasi eram telur-telur ayam sebab dah tak termakan. Ayam bertelur betina dah makin banyak cuma mereka ni tak pandai nak mengeram lagi memandang kebanyakkannya newbie first season bertelur. Jika ada sesiapa yang nak let go second hand incubator bolehlah hubungi kami (kebunkmg@gmail.com).
  Syukur Alhamdulillah masih pelbagai jenis musim buah masih lagi berterusan setelah masuk bulan Syawal ini. Beberapa pokok jambu pun sedang mula lebat masak buahnya. Dapatlah ternakan di belakang mengisi perut yang cepat lapar bila hujan kerap bertandang. Diet ternakan di belakang seminggu dua ni memang kenyang dengan jambu. Rambutan juga masih ada buah  masak yang boleh dikait. Bekalan buah roselle juga sudah mula available nak petik dari kebun sendiri (stok anak pokok roselle ada sepot RM5.00 dan fresh roselle seeds bulan depan available semula).
  Raya ke-5 dearest husband dah mula kerja, jadi adinda Tukang Kebun Dany temankan mencari beli stok anak-anak ayam yang baru lahir. Kawan office-mate dearest husband akan bersalin hujung tahun ini anak pertama kemungkinan baby girl. Untuk cara pantang kaum Cina, kalau baby girl sebolehnya berpantang makan ayam kampung betina juga katanya. Tak sampai hati pula hajat kalau 1st baby tak dapat Tukang Kebun tunaikan itu yang lepas raya terus je buat stok anak-anak ayam kampung semula untuk special order kali ini kalau boleh permintaan booking sekurangnya dapat10 ekor. Kebetulan pembekal juga ada stok anak-anak ayam kacuk selasih, tangkaplah 10 ekor nak cuba tengok bela ayam kacuk selasih juga. Nak dapatkan original ayam selasih susah dapat dan mahal pula. Jika ada yang berminat nak dapatkan ayam kampung dara umur dah nak masuk 5 bulan hujung minggu depan ini untuk masak raya-raya ni masih available (ayam hidup RM22 dan ayam sudah diproses RM25).
  Buah nangka yang dah kena tebuk, banyak minggu ini jatuh-jatuh dari pokok dah masak betul. Yang mana bahagian elok Tukang Kebun simpankan untuk Abby dan Rayyan. Kenyang betul ternakan dekat belakang macam-macam buah dapat makan.
   Buah mempelam telur pun tak putus-putus rezeki. Balik dari kerja raya ke-5, dearest husband macam orang mengidam dok kait buahnya dan lepas maghrib dok kupas-kupas kulit, kemudian cincang. Tukang Kebun pula sibuk packing goodies yang nak dipos pada awal pagi Rabu, 1st shipment lepas Raya. Pukul 1 pagi baru Tukang Kebun dapat buatkan mangga assam boi untuk dearest husband punya stok.
   Bulan Ramadhan lepas tak sangka ramai yang mencari bahagian-bahagian pokok kapas untuk berubat. Berguna juga pokok-pokok kapas yang dibiarkan tumbuh di dalam kebun. Ada yang perlukan daun-daun pokok kapas untuk masalah kulit dan ada juga yang perlukan akar-akar pokok kapas untuk berubat. 
   Juga available hujung minggu depan untuk self-collect minggu depan ialah kelapa tua sebiji 50sen dan sebiji kelapa sudah diparut RM1.00 .

Self-Collect Schedule Next Week:

~ 29hb Julai 2015, Rabu antara pukul 9:00malam~9:30malam di Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ 1hb Ogos 2015, Sabtu antara pukul 9:00pagi~9:30pagi di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ 2hb Ogos 2015, Ahad antara pukul 9:00pagi~9:30pagi di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.



3 ulasan:

  1. Fuhhh... banyaknya buah jambu...

    Nota: barang kiriman dah sampai ke tangan saya pada jumaat lepas. terima kasih

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Diana..
    seronoknya Julie tengok hasil tuaian dr kebun, lagi2 telur2 ayam fresh tu...kalo rmh dekat, dah Julie borong telur ayam tu hihi....

    BalasPadam
  3. Salam Bahagia Carlz.

    Syukur Alhamdulillah Selamat Terima.

    Musim pelbagai jambu dalam bulan Syawal ini di Kebun Bahagia Bersama.

    Salam Bahagia Julie.

    Syukur Alhamdulillah rezeki telur makin lumayan lebih-lebih lagi telur itik.
    Kalaulah ada cara pengeposan yang baik untuk telur.
    Pasti dah cuba juga usaha nak pos hehehe...

    BalasPadam