Antara jenis citrus yang rajin berikan bekalan untuk dapur Kebun Bahagia Bersama ialah lemon Tahiti. Agak keliru dengan asal usulnya. Ada juga dikaitkan dengan panggilan Persian Lime. Tapi apabila diperhatikan dan diselidiki morphology pokoknya, Persian Lime dikatakan pokoknya hampir tidak berduri (thornless). Tetapi baka yang berlabel Lemon Tahiti ini pokoknya berduri. Kena hati-hati jugalah semasa memetik buahnya.
Buah dari Lemon Tahiti ini rasanya tidaklah kuat seperti limau nipis. Rasanya ada perantaraan antara buah lemon dan juga buah limau nipis. Tiada rasa pahit yang ketara dan rasa buahnya tidaklah semasam seperti limau nipis semasa belum penuh masak. Buahnya yang masak juga lebih juicy dari limau nipis. Apabila perah buahnya jika ada kesan luka tidaklah perit rasanya seperti limau nipis. Mungkin adalah hasil dari persenyewaan beberapa jenis citrus seperti lemon ataupun adik beradik limau nipis terlahirnya jenis citrus ini. Lemon Tahiti apabila ranum warnanya adalah pucat kuning berbanding dengan limau nipis yang sudah masak emas kekuningan.
Buahnya boleh dikatakan tidak berbiji (seedless), jarang-jarang sekali bila digunakan terjumpa biji dalam buahnya. Buah lemon Tahiti tahan lama apabila disimpan dalam suhu bilik biasa dan lebih lama lagi jika disimpan dalam peti ais. Buahnya juga berbau harum wangi. Pokoknya hampir berbuah sepanjang tahun dengan cuaca di Tanah Rendah Malaysia. Pokoknya mudah hidup dan senang dijaga di Tanah Rendah Malaysia. Pokok Lemon Tahiti sukakan kawasan yang penerimaan cahaya matahari yang banyak dan tanah jenis pengalirannya baik, tidak mudah bertakung.
Bulan ini available stock pokok lemon tahiti grafted bagi yang berminat. Sebab pokok grafted, sesuai juga ditanam dalam bekas dan diletakkan di tempat yang paling banyak terima cahaya matahari di kebun anda.
~ 1 pot lemon tahiti grafted RM25.00 (kebunkmg@gmail.com) ~
Kebetulan minggu ini ada itik betina Muscovy kami mati pula. Bolehlah dijadikan baja bila dah sayang lama-lama bela tak sempat nak rasa telur atau dagingnya. Gali kubur untuknya, lepas tu atas mayat bubuh Lemon Tahiti ambil stok dari nursery sendiri. Moga cepat membesar dan berbuah lebat pokoknya nanti dengan baja organik. Kebetulan petang tu pula, hujan lebat sungguh eloklah tu terus tolong siram.
Serba-serbi asli belaka utk kebun dan hasil yg di harvest. Puas!
BalasPadamDirumah ade menanam pkok lemon Msia ni pberian PakCik yg mgusahakn Tanaman Limau dll.Katanya Australian Lemon.Mgkn betul kata Sis Diana hasil gabungan all limes.Sy pnya Seedless jugak jrg tjmpa biji. Tp Sis pnya jika 1tgkai ade 5biji..buahnya adakh dpt besar spt 1tgkai 1biji?
BalasPadamSyoknya. Banyak betul buahnya.
BalasPadamDiana, if tanam dlm pasu, senang ke pokok limau ni berbuah? TQ.Kak Nor.
BalasPadamSaya ada satu pokok tanam dalam poly bag besar. Memang berbuah cuma kena pastikan baja cukup.
PadamSalam Bahagia KakZakie.
BalasPadamBila berbuah pokok tu, gembiralah tuannya.
Kekadang ada juga penantian.
Tapi bila tanam pelbagai jenis, InsyaAllah adalah sepokok dua yang nak berikan rezeki sementara yang lain menunggu gilirannya.
Salam Bahagia Sis Norish.
Pokok Lemon Tahiti ini tengok jarang-jarang banyak buahnya dalam setangkai jika dibandingkan dengan limau kapas. Seperti pokok-pokok buah yang lain, kalau dalam setangkai banyak buah. Buah yang berkongsi banyak setangkai tak sebesar buah yang duduk dia sorang je dalam setangkai.
Salam Bahagia We Linnasya.
Bila sampai musim kemuncak buahnya memang lumayan tuaiannya. Tapi kalau rezeki hujan selalu turun sepanjang tahun kurang sikit musim buahnya.
Salam Bahagia Kak Nor.
Pokok grafted ini kalau duduk dalam pasu pun berbuah juga seperti falraisi kata cuma penjagaan kena lebih bagi makan dan minum. Tukang Kebun intai ada juga stok yang masih ada sekarang dalam polibeg yang pokoknya dah berbunga.
Salam Bahagia Falraisi.
Kalau dalam polybeg memang kena rajin belai sikitkan.
Hi Tukang Kebun,
BalasPadamdi mana nak dapatkan anak pokok lemon?
fareez@intel-biznet.com
018-2350 556
Fareez
Salam Bahagia Fareez Mansur.
BalasPadamAnak pokok lemon tahiti grafted ada stock.
Further details boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).