Tukang Kebun ingin mengucapkan infinity terima kasih kepada semua yang bertanya khabar tentang status kesihatan sekarang. Nampaknya kali ini penyakit radang paru-paru yang tidak sangka dihadapi akan mengambil sedikit masa lagi untuk pulih sebenar-benarnya (InsyaAllah). Sekarang ni kena quarantine sorang-sorang supaya yang lain tak terjangkit. Yang self-collect hujung minggu ini don't worry my darling husband yang akan uruskan.
Hari ke-empat (Rabu malam) baru Tukang Kebun ke klinik. Sebelum tu cuma Tukang Kebun buat catatan progress kesihatan sendiri dahulu. Big boss (mama) pun dah berapa kali pesan ke klinik awal-awal, Tuan Tanah pun call suami sebab dia tahu anak pompuan dia degil. Bukannya tak nak pergi klinik cuma kali ini rasa macam not a normal penyakit sebab symptomnya tak habis keluar lagi semua, doktor pun not easy nak diagnosed lagi. Agaknya kalau pergi pun kalau tidak, tengok Doktor macammana, ,jika dikasi ubat pun diberi antibiotik kalau kita makan pun nak buat apa lagi. Not specific dengan sakit kita. Nanti disuruh kita datang lagi kalau tak baik-baik lepas habis antibiotik. Kalau bukan antibiotik pun, diberi ubat lain still not 100% sure kita perlu ke tidak. Tahan jelah makan painkiller dulu bila perlukan.
Bermulanya lepas makan malam Sabtu lepas, ingatkan nak mula sorting pesanan-pesanan yang sepatutnya dihantar awal pagi Isnin nak isi borang, sorting seeds, buat check list pokok-pokok atau fresh goodies. Tapi tiba-tiba badan macam rasa penat je, so ingat rehat kejap dekat sofa dulu lalu terlelap beberapa jam. Lepas tu terbangun, biasanya kalau dah tido sekejap rasa segar dan bolehlah mulakan sorting pesanan nak dibungkus. Tapi badan rasa tak maya macam penat lagi lalu paksa badan bangun sambung masuk tido dekat atas katil.
Day 1 (Sunday, 2nd August 2015):
Pagi Ahad lebih kurang pukul 3 Tukang Kebun terbangun dari tido. Badan tak boleh nak bangun punyalah sakit badan boleh rasa urat-urat kesakitan dan mula rasa feverish. Terus kejutkan si suami ambilkan panadol. Tapi yang paling Tukang Kebun terkejut bila dah paksa badan bangun nak minum air. Tangan tak boleh nak gerak nak cuba pegang cawan. Urat tu macam tak nak ikut gerak walaupun dalam otak kita dah bagi arahan. Cawan dah dekat depan tangan, tapi tak boleh nak grip kemas. Kenalah si suami yang kasi minum. Cuba rehat sambung tido balik.
Wah bangun pagi macam dah kurang sakitnya, siap boleh sorting untuk pesanan self-collect hari Ahad. Siap lepas tu walaupun masih macam ada tercungap-cungap sikit boleh pruning beberapa dahan jambu air dan potong batang-batang pisang besar lagi. Badan tu masih kurang sihat but still cannot prevent Tukang Kebun enough from doing task in the kebunlah.
Sebelah petang kami beraya di Nilai, on the way dah mula rasa panas telanlah panadol lagi. Malam tu lah Tukang Kebun rasa macam dalam badan ni tiba-tiba bertukar duduk dekat kutub utara.
Day 2 (Monday, 3rd August 2015):
Tiba-tiba Tukang Kebun bangun lepas tengahmalam, badan sejuk semacam. Menggigil-gigil, terketar-ketar kuat satu badan ni. Gigi-gigi pun chattering. Pakai 3 selimut tebal pun sejuk sangat lagi. Sebab sejuknya dalam badan. Kali pertamalah rasa sakitnya sungguh urat-urat dalam seluruh badan ini, menyusuk-nyusuk. Mau terkeluar air mata menahan sakit uratnya. Satu hari tak berani keluar rumah, jadi takut dengan angin dengan urat-urat menyusuk dalam badan. Sampaikan nak pegang air pun takut. Sehinggakan suruh si Ilhan yang mandikan Abby. Satu hari tak selera makan. Ada phase rasa demam panas, ada phase badan sejuk menggigil.
Day 3 (Tuesday, 4th August 2015):
Urat-urat masih rasa sakit lagi, biasanya belah tangan lebih terasa. Sekejap demam panas, sekejap biasa, sekejap rasa sejuk beku terketar-ketar. Makan pun tak berapa selera lagi. Sebelah petang ada rasa bermaya sikit nak keluar kebun. Pokok kemuning sedang berbunga lebat. Roselle pun sampai banyak yang dah kering atas pokok sebab tak de masa nak kutip. Kutip beberapa helai daun salam untuk hiris campur dalam bubur. Wangi sungguh bila masak campur dengan daun salam. Sekurang-kurangnya dapatlah juga khasiat dari daun salam.
Sambil tunggu bubur masak, sebab tekak ni tak tertelan nak makan apa-apa, Abby tolong mama kupas kulit buah roselle. Mula-mula Tukang Kebun tak perasan yang Abby pun tekun kopek sekali sebab tak ajak pun buat sama. Bila toleh tengok kuat jugak dia buka kulitnya dan kemas dibukanya semua cantik-cantik tak berapa tertinggal kulitnya pada kantung benih. I was really surprised and impressed. Abby dah pandai nak sedia kemaskan roselle dan bunga telang dah sekarang dari hasil pemerhatian dia sendiri, tak perlu diajarkan. Yang abang Ilhan sibuk main dinosaur kat belakang merangkap sepahkan lantai dapur tak datang tolong pun kita.
Buat buah air roselle tak susah mana pun. Lepas dah buka bahagian seperti dalam gambar, cucilah bersih-bersih.
Kemudian letak air, rebus. Dah agak lama dah mendidih airnya dan bertukar warna merah letaklah gula ikut citarasa. Siap. Dah suam tapis ambil airnya. Kalau rajin yang isinya tu tak perlu jadikan hampas boleh dibuat jem. Biji benih roselle ada fresh stock semula available dari Kebun Bahagia Bersama.
~ Anggaran 50 biji benih roselle dalam 1 pek RM3.00 ~
Lepas makan malam, Tukang Kebun pergi berurut. Rasalah ringan sikit badan. Hilanglah sekejap sakit uratnya. Susah nak tido.
Day 4 (Wednesday, 5th August 2015):
Masih tak selera makan. Rasa mual. Muntah-muntah. Batuk-batuk. Kahak banyak keluar, ada juga kahak campur darah macam ketulan coklat. Ada demam panas. Urat-urat masih terasa ada sengal.
Malam pergi ke klinik. Rasanya dah cukup boleh agak symptom-sympton yang dah keluar semua tu nak kenal pasti . Mula-mula intai dahulu dekat klinik biasa pergi tapi nak tengok doktornya siapa dulu. Kalau doktor lelaki melayu yang Tukang Kebun tak berkenan tu yang punya shift, I don't want to see doctor in this medical centre. Suami drop sebelah klinik sementara cari parking, Tukang Kebun tengoklah nama doktor yang bertugas. Mmmmm....nama doktor lelaki melayu ni tapi tak teringat pula namanya takpelah duduk jelah intai dulu doktor mana ni. Alamak yang seat betul depan pintu doktor ni ada orang pula. Okay nampak nurse keluar dari bilik, nampak sebelah badan je. Kemudian pesakit dah keluar. Tunggu lagi, kerusi depan bilik pun dah kosong boleh nampak straight bilik pintu buka. Dearest husband datang, lama lagi ke kena tunggu giliran. Takdelah sebab no. giliran tak ambil lagi. Asal tak ambil no. lagi? Cos I don't know which doctor is right now? Tunggu-tunggu, pelik hamba Allah ni rasa dah lebih 15 minit tunggu takde pesakit dipanggil masuk tapi pesakit ada lagi beberapa orang. Bila nurse buka pintu bawa masuk file, kami tengok kelibat doktor bersantai seronok-seronok tengok smartphone.
Come on be a professional, you're working and all the patient would like to be check ASAP so they can go home and rest. You can't just rely on nurses to bring all the files to you, they are running around doing other tasks. So take your big B*tt off the chair and go and take it yourself. I have seen other doctors in the same clinic do it, they don't wait for the nurses to give them. They go out the room and check to see whether there are still patient around or not taking initiative that people can be treated ASAP. Dah tengok Doktor tu punya attitude like that, terus darling husband kata kita pergi try klinik lainlah sayang (ya sehati sejiwa kita). Tak de mood nak jumpa doktor-doktor lelaki melayu untuk klinik biasa dalam medical centre tu.Very bad attitude.
Kenapa Tukang Kebun tekad tak nak jumpa doktor lelaki melayu yang tak berkenan tu, dia cuma tanya kita dua,tiga soalan. Sentuh pesakit lagilah tidak. Suhu badan biasanya nurse dah tolong buat. Tak pernah nak dengar penjelasan kita. He just shrugg it off.Session over. Biasanya jumpa kalau dapat dia memang tak sampai 2 minit dah keluar. The last straw which we decide to avoid seeing this doctor masa Abby demam panas. Abby panas sangat so I feed her,give paracetamol, dah tengahari masa tu bagi rendam mandi air suam nak turunkan suhu badan kasi selesa, hantar Ilhan pergi sekolah terus rush pergi klinik jumpa doktor. Kebetulan semasa menunggu giliran paracetamol tu dari working jadi suhu dah hampir biasa. But I know it will rise up again once the paracetamol wear off. Suhu badan up and down and will up again for sure macam hari sebelumnya. Alahai kebetulan dapat doktor lelaki melayu yang tak berkenan ini. Bila tengok suhu yang nurse ambil nampak macam dah tak demam. Conversation asal semua dalam Bahasa Malaysia. Bila dia tanya what's the problem? I said my baby has high fever recurring. So he replied dah tak panas badan dia. So I tried to explain I already dip her in water and gave her a paracetamol before I came here that's why she is not feverish at the moment. He simply brush off my words and just said to give ubat demam lagi bila demam. End of conversation. He did not even examine Abby at all, takde pun nak buat-buat suluh lampu check mata ke, buka mulut ke. Typical tulis prescription set untuk budak demam for us to bring home. I was really really not happy with that kind of treatment. Takde pun nak tanya soalan macam biasanya doctor akan tanya before habis examination macam is there any thing more you're concern about? Any questions? Will this define as consultation??? I have to pay a consultation fees when I cannot even consult?
Setelah tu memang tak ingin nak jumpa doktor tu. Cuma darling husband twice unlucky masa dia pergi sorang-sorang ke medical centre tersebut dapat doktor tu. Memang sekejap je dalam 2 minute selesai. Sentuh pun tidak. Cuma masa yang suami dah batuk-batuk lama tak baik tu je, doktor tu suruh dia nganga mulut. Itupun suami kata doktor tu macam takut-takut melengkung huruf C tak nak dekat dengan dia. Hai boleh nampak ke dalam mulut sampai belakang kerongkong kalau macam tu? Orang dah batuk-batuk lama pun doktor tak check pakai stethoscope check bunyi paru-paru ke. Tak pernah doktor ni pakai stethoscope check. Pertama kali bertembung doktor macam ni takut nak dekat pesakit.
To be safe bila ke medical centre tersebut (panel company hubby), Tukang Kebun prefer doktor-doktor berbangsa India dalam panel hospital tersebut untuk klinik biasa. Baru rasa ada buat proper examination. Doktor berbangsa India pun biasanya lebih peka melayan soalan-soalan barulah dikira consultation. Biasanya bila doktor berbangsa India tengok kita masuk yalah takut kita tak fasih berbahasa Inggeris so they will ask questions dalam Bahasa Malaysia tanya masalah kita. But I know it is more easier for them to explain in English. Bila nak mula macam he starts to wonder whether we get it or not, I will immediately start conversing with him in full English and throw in some medical/scientific terms inside the sentences just to give a hint I can understand the medical terms. Later after examination, can feel satisfied cause all the concerns has been treated and discussed. Dah sakit, nak hidup lama kenalah macam tu (walaupun aku cuma seorang Tukang Kebun, nak baca journal medical related ni kalau pasal punca diseases pun fahamlah juga lagi-lagi yang jenis heredity). Biasalah pergi klinik biasa pakai old jeans dan old t-shirt je, doktor pun manusia biasa sahaja ada segilintir tengok yang luaran sahaja. First appearance.
Sebagai contoh, tahun lepas asyik sakit mata kena conjunctivitis. Ada sekali tu lepas 2 minggu lagi kena balik. Adui tak tahan rasanya dengan mata sebelah tak boleh buka, berair-air, berdenyut-denyut. Ini tak boleh tahan dah ni, kata kat dearest husband nak dapatkan referral letter untuk hospital eye-specialist. So pergilah ke medical centre tu, doktor berbangsa India examine, mula-mula cakap Bahasa Malaysia, Tukang kebun dah kata dah baru beberapa minggu hari tu datang jumpa doktor dah, dah kena balik lagi. The way he speaks pun I think he thinks Tukang Kebun ni pendatang asing (susah juga muka Pan Asian ni, perasan TK), dah mula banyak soalan cara penjagaan hygiene contact-lens dari doktor. Ini tak boleh jadi ni dalam hatiku, nanti tak dapat referrel later. Sebelum datang sebenarnya dah bosan-bosan sambil tunggu darling husband balik dah banyak website buka baca pasal conjunctivitis. Serba-salah tau kekadang, yalah kalau orang dah cakap Bahasa Malaysia tapi kita reply English ingat kita act speaking pula. So dalam otak kepala tengah karang ayat buat soalan tanya balik using word that sounds you also have some education from a medical background as well in English. Tukang Kebun pun tak ingat soalan apa yang ku lampirkan? Alert terus Doktor convinced him enough bila buat tanya-tanya ini yang macam jarang orang tanya, conjunctivitis recurring too frequently blah blah, okay doctor bagi referrel letter untuk eye-specialist hospital.
So far jumpa any kind of specialist, tak pernah rasa feeling lost confident. Kekadang Tukang Kebun just go with the flow how they ask and examine sebab rasa satisfy with how the medical check up is progressing and done. Lagipun they are expert in their field dan pengalaman banyak tengok patient punya symptom-symptom pun dah boleh summarise. Cuma doktor/general practitioner ada yang segilinternya Tukang Kebun tengok sekadar memegang tittle doktor kosong tunggu kat klinik swasta, tulis prescription, cash go in. Medical doctor yang baca janganlah marah pula Tukang Kebun komen, bukan maksudnya semua sama. Cuma ada segilintir yang bersifat begitu. Profession apa-apa pun memang ada akan segilintir individual tak passionate about their job, takes money because there is an opportunity. Oh dan begitu juga, bukan masalah doktor ikut bangsa mana lebih baik atau yang kurang baik. Semua sama sahaja when they are dedicated to their work. Cuma Tukang Kebun je yang tak bernasib baik dekat Medical Centre tu yang lelaki berbangsa Melayu kureng sikit. So jadi bila ke sana jadi psychological impact, kalau tengok doktor yang tengah dalam shift, senang nak communicate dengan doktor berbangsa India macam Dr. Ganesh. He listen carefully to all my concerns.
Sorry lama membebel.....rasanya bukan Tukang Kebun sahaja yang pernah mengalami nasib begini.
So back to the story...
Kami cubalah pergi ke klinik lain yang berdekatan. Klinik ini tak de nampak moden macam medical centre tadi, masih nampak old-school. Darling husband pun macam was-was, tanya Tukang Kebun pasti nak pilih klinik ni. Kita cubalah dulu, tengok dulu, kalau rasa ragu-ragu boleh buat second opinion kat klinik lain esok. Dah lewat malam, budak-budak dan papa budak pun dah tertido semua atas kerusi bila tiba giliran Tukang Kebun masuk jumpa doktor sorang-sorang. Bagus juga doktor wanita senang sikit nak bercerita.
Bila doktor tanya kenapa? Tukang kebun ceritalah apa symptom-symptom sejak day 1. Senyum-senyum doktor dengar. Doktor katalah dia ni lecturer dekat UM. Bagus cara ko bagi details ya, aku suka (dalam hati dapat A ke doktor dalam periksa jawapan?). Doktor wanita ni bak kata darling husband doktor ala rock (rasanya umur dalam linkungan area 50 tahun). Sebenarnya aku pernah kena macam ko ni dulu sebijik. Memang urat-urat yang rasa sakit sangat dulu. Batuk-batuk pun sebenarnya awal rasa macam tak teruk pun, rasa macam biasa-biasa jadi tak perasan. Lebih terasa dekat urat. Dua belah tangan ini rasa terketar-ketar je kan? Ko ni kena radang paru-paru.
Radang paru-paru (dengan muka blur)?
Radang paru-paru is pneumonia kata Doktor. Nasib datang awal sebab selalunya orang Malaysia masih ramai lagi tak faham symptom pneumonia until its too late. Tahu tak arwah Datuk Sharifah Aini meninggal dunia sebab radang paru-paru dah stage teruk? Tengok gambarajah symptom pneumonia ini.
Banyak yang dirasai dalam kategori tersebut.
Secara jujurnya sponton Tukang Kebun kata kat doktor saya masa kecik-kecik baca buku English when I came across the word pneumonia, I always imagined its a dangerous disease always occur during cold season in Europe. Let me listen to your chest and heartbeat. Ada bunyi crack (there is inflammatory ada fluid) dan degupan jantung lebih laju dari biasa and you're just sitting. Go call your husband, I want to talk to him.
Keluar kejap kejutkan si suami yang sedang tido itu, liatnya nak tanya-tanya pula kenapa nak kena masuk. Tunggu luar jelah nak sambung tido bagi alasan. Eeeiiiii geramnya hati. The doctor wants to speak to you, itu sebab kena masuk. Masuk dengan mula-mula macam cranky je attitude dengan doktor.
Ambik terus doktor direct cakap, bini ko ni dah kena radang paru-paru. She is in risk and need to rest. The suami still mamai lagi, not digesting properly. Ambik ni baca apa radang paru-paru. Doktor tanya dekat bini, awal-awal raya ni sibuk sangat ke sampai kemungkinan body immune system jadi low? Sibuk betul raya ni doktor, tapi bukan sibuk beraya, lebih sibuk asyik nursing orang, satu-satu asyik sakit kita nak kena urus dan jaga dari awal raya, lepas tu terkejar-kejar nak selesai kerja-kerja lain. Memang rasa penat sangat. Anak sulung pun baru seminggu hari tu ada sakit juga. Let me examine you once again.
I will need to give you an injection on your B**T fill in with the neccessary medication and to boost up your body immune system. Oh-la-la besarnya picagari macam besar botol susu baby. Lepas ni nebulizer 20 minutes. Pertama kali bawa balik ada sebanyak 8jenis ubat nak kena telan sekali makan 2 kali sehari sehingga ubat habis. Kena quarantine selama 3 hari supaya tak tersebar ke orang lain.
Day 5 (Thursday, 6th August 2015):
Tak demam. Tangan terketar-ketar. Degupan jantung kencang. Sakit belakang. Berkahak. Makan dah ada selera sikit.
Catatan symptom Pneumonia Tukang Kebun kali ini as reference in the future. Tapi minta simpang jauh takde lagi.
Kalau kanak-kanak dan orang tua yang dah lebih 60 tahun lebih symptom pneumonia lain.
Siapa yang baca sampai habis? Huhuhu.....panjang sangat....tak boleh tidolah rasa susah nak nafas.
salams diana,
BalasPadamakak doakan semoga diana cepat sembuh dan sihat, take care ya.
jangan buat kerja berat2 tau....
salam diana,
BalasPadamisk, sampai ke pnemonia? ingatkan demam biasa saja. Jaga diri baik-baik tau.ikut semua yang doc suruh, jangan diikutkan sangat hati tu nak berkebun buat masa ni.. lepas sihat,leh pulun balik tau..
tk care and my pray is with u
KKA
Mmg baca sampai habis :-) Anyway get well soon.Ameen..
BalasPadambaca smp habis juga....suka juga bebel ni kan...geram...hheh saya pun jumpa doc yg saya percaya....xperience kena gastrik...doc just bg ubat x cek perut pun...tau lah dekat puasa...dia igt saya nak mc....anak2 mmg ada doc sendiri....dr kecik semua jumpa same doc...take care diana....anak2 bwh 5 thn mmg kena ambik injection pneumonia 3x mahal pula harganya....panel x cover rasanya...
BalasPadamKalau x bernasib baik memg Ada Dr yg bad attitude. Kalau lucky, dptlah Dr yg caring sangat. Mungkin kdg2 Dr nk bg explanation pnjg2 takut patient x fhm. ITU yg bila kat fb org share mcm2 PSL penyakit, org mudah percaya sbb mereka slh fhm n x tahu. Harap2 Kak Diana sembuh Dan sihat selalu. Amin.
BalasPadamsalam kak diana..
BalasPadamsemoga Allah beri kesembuhan buat akak. semoga Allah sayang dan beri rahmatNya tanpa hijab buat akak. Allah Maha Penyembuh.
kalau dapat tgk ip adress mmg sy selalu active dlm traffic. suka baca coretan akak yg panjang2. i really enjoy it and u r part of my sifu(tanpa u sedar) dlm dunia gardening. sy blajar byk ilmu penanaman dan lain2 ilmu disini. terima kasih banyak.
selamat berehat kak diana. semoga cepat sembuh.. amin..
Salam Bahagia Kak Mieyja.
BalasPadamTerima kasih banyak-banyak doakan Diana ni cepat sembuh.
Kekadang lupa asyik buat kerja masa tengah dah pulih ini.
Pantang dah rasa cergas mulalah sibuk nak selesaikan kerja macam-macam secepat mungkin hehehe.....
Salam Bahagia Ju.
Itulah tak sangka pula kena pnuemonia.
Ingatkan demam urat-urat je.
Ini jadi good girl habiskan ubat-ubat yang ada, gerun nak kena lagi seksa.
Salam Bahagia Sis Norish.
Terima kasih teman layan rambling Tukang Kebun yang panjang-panjang sangat.
Thank you for the well wishes.
Salam Bahagia Kak Suzie.
Itulah masih mencari-cari lagi doktor yang sesuai dan boleh dipercayai untuk seisi keluarga.
Kalau untuk anak-anak takde masalah sangat, ada doktor pakar kanak-kanak yang bagus dekat area sini. Cuma ikut masa bila nak jumpa je lah kalau emergency kekadang tak sempat timing sama waktu rawatan.
Salam Bahagia We Linnasya.
Biasalah doktor pun manusia, ada macam-macam perangai.
Cuma kekadang je kurang bernasib baik bila dapat yang macam acuh tak acuh.
Tetapi kekadang rasa terpegun juga tengok ada doktor-doktor muda yang sangat teliti buat rawatan. Tapi ada juga yang kita tengok macam terfikir biar betul dia ni nak jadi doktor hehehe.....
Kadangkala sebagai masyarakat prihatin (chewahhhh), elok juga kita sedar akan masalah-masalah sebegini untuk dijadikan renungan dan diperbaikkan dari melarat sahaja.
Betul tu kekadang doktor risau gak kalau dia explain tak faham jadi salah faham pula.
Tapi kalau kita bertanya dia tak nak jawab pula, susahlah pesakitnya kihkihkih....
Salama Bahagia Alis.
Ameennnn doa Alis untuk kak Diana.
Terima kasih banyak-banyak dear Alis.
Baru nak berehat rasa segar, dearest husband pula macam demam urat hohoho...
Hai rasa macam kelam kabut je lagi nak back in schedule kerja harian ni.
Salam Diana. Banyak yang terlepas 2 minggu ni sebab balik kampung jaga adik sakit. Harap Diana pun cepat sembuh..
BalasPadamSalam Bahagia Kak Mala.
BalasPadamSyukur Alhamdulillah makin sihat ini. Selera makan pun makin membuak-membuak.
Cuma nak kena ingat jangan paksa diri sangat nanti demam urat semula.
Banyak benda pending lepas seminggu tak dapat nak buat kerja seperti biasa.
Tambahan pula musim raya ini yang sibuk asyik keluar sahaja.