Bermula dari hujung bulan Ogos lalu, tumbuhan air sudah bermula rancak berbunga. Antaranya ialah pokok bunga teratai yang bunganya berwarna lemon. Gambar teratai lemon yang dipaparkan ialah jenis hardy waterlily bukan tropical waterlily. Teratai yang dalam kumpulan 'hardy waterlily' asalnya dari kawasan cuaca ala-ala Mediterranean tapi kerap juga berbunga di Kebun Bahagia Bersama yang berlokasi di Lembah Klang.
Setelah habis setangkai bunga yang pertama kembang, ada pengganti No. 2 cukup bahagia Tukang Kebunnya. Biasanya teratai berbunga kembang untuk 3 hari. Yang ini jenis kembang siang, bila senja ia kuncup semula. Kemudian siang datang ianya kembang mekar semula.
Kebelakangan ini bila hujung minggu, Tukang Kebun dah mula rajin gunakan jenis serbuk teh style dulu perlu ditapis. Jarang yang guna dalam uncang zaman instant and convenient. Dulu malas guna jenis serbuk sebab kena tapis bila zaman yang uncang punya dah ada. Sekarang malas nak koyakkan uncang satu persatu sebelum masukkan dalam pasu ada tumbuhan air. Nampak juga sekarang ada perbezaan subur pakai serbuk teh sebagai baja untuk tumbuhan air, lagipun serbuk teh bila tuang dalam air tak terapung, mendap masuk ke dalam tanah. Kalau pakai baja tahi kambing dulu timbul terapung pula kalau tak guna pemberat. Serbuk teh kitarsemula jadikan baja terus tenggelam dalam air. Jimat juga pakai serbuk teh dalam sehari boleh masak semula masukkan air banyak kali.
Teruja pula Tukang Kebun bila intai dalam air masa bunga teratai lemon yang kedua sedang kembang, ada kudup bunga di dalam air yang akan muncul tunggu giliran dia nak kembang pula. Memang cuaca hujung bulan Ogos dan awal bulan September, pokok-pokok bunga teratai meriah berbunga. Bulan ini Tukang Kebun buka pre-order untuk jenis Hardy WaterLily. Salah satunya berwarna lemon.
~ Hardy WaterLily Lemon 1 pot for RM70~
Jika penggemar bunga warna kuning, nak ceriakan taman dengan tumbuhan air. Yang rajin berbunga sepanjang tahun ialah bunga yang warna kuning dipanggil 'Water Poppy' (1bekasRM10). Semasa pokok teratai lemon berbunga yang tidak mahu ketinggalan berbunga juga ialah jenis Louisiana Canna (1bekas/rizom RM15) berwarna kuning dalam gambar di bawah.
Louisiana Canna ini berkongsi pasu dengan pokok Sagittaria (RM7) yang meriah menghasilkan bunga berwarna putih. Gabungan pokok bunga Louisiana Canna dan Sagittaria duduk berkawan dalam pasu yang sama adalah gandingan menarik.
Boleh juga gandingkan duduk dalam pasu yang sama bersama-sama Louisiana Canna, sagittaria ialah si Sakura Putih air berasal dari Jepun ini (Persicaria japonica). Panggilan di tempat asalnya ialah ShiroiHana SakuraTade (1bekasRM7). Yang menarik perhatian bela tumbuhan air ini bagi Tukang Kebun selain dari faktor tak perlu siram ialah, dalam 1 pasu boleh digandingkan dengan pelbagai tumbuhan duduk bersama. Jadi jimatlah belanja beli pasu. Bila buat arrangement tumbuhan air dalam pasu yang sama bayangkan ialah satu mini kebun yang baru. Tambahan pula bukan sahaja pokok-pokok yang hidup di dalam pasu itu, tetapi ikan atau berudu pun ada. Pokok bunga Sakura Air Putih ini juga sesuai digandingkan dengan pokok bunga lotus seperti gambar di bawah ini. Tangkai-tangkai daun pokok lotus kan tinggi jadi bolehlah jadi cover di bawahnya pokok bunga Sakura Air Putih selain dari pokok kiambang.
Antara pasu teratai kuning dan Louisiana Canna kuning itu dalam gambar no. 6 ada pasu yang botak, baru je daun-daunnya kena santap dengan angsa MOMO. Memang setiap kali masuk kalau dibiarkan lama-lama MOMO berlegar dekat frontyard mesti dia ratah daun-daun pokok air pickerelweed (1bekas RM10). Nasib pokok pickerelweed ini memang tahan lasak, dah berapa kali kena ratah pun cepat je keluar pucuk baru untuk snack MOMO lagi. Kami harapkan si MOMO ini betina, rupanya jantan bila nampak dia naik atas Lady yang seekor je betina.
More info on pickerelweed refer previous posting (Click Here).
Selain dari Hardy WaterLily bunga warna lemon yang boleh pre-orders reservation untuk bulan ini sahaja adalah sebagai contoh warna putih (RM70/pot).
Tips menanam dan belek teratai warna merah (klik sini).
Tuaian yang kerap di Kebun Bahagia Bersama bulan September ini ialah buah limau, jambu, belimbing buloh, terung pipit dan Telur Itik. Kebelakangan ini Tukang Kebun asyik experiment mencuba beberapa hidangan gandingkan dengan belimbing buloh.
Jika cuti-cuti minggu ini ada masa nak main masak-masak di dapur yang berminat untuk dapatkan bekalan bahan masakan dari Kebun Bahagia Bersama, yang available untuk self-collect minggu ini ialah:
~ Telur Itik sebutir 70sen.
~ Kelapa parut sebiji RM1.
~ Ayam kampung fresh sudah diproses seekor RM25.
~ Buah Pisang Nangka sesisir RM5.
~ Buah Canistel/Kuning Telor sekilogram RM5.
Self-Collect Schedule This Week:
~ 16hbSeptember2015, Rabu pagi antara pukul 9:00AM~9:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (dekat dengan exit Paya Jaras, Guthrie Highway).
~ 20hb September2015, Ahad pagi antara pukul 9:00AM~9:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (dekat dengan exit Paya Jaras, Guthrie Highway).
Sehari sebelum dearest husband pergi Jakarta last week, Tukang Kebun masak lemak cili api telur itik dan belimbing buloh. Hari yang dibalik lepas hantar Ilhan ke sekolah, Tukang Kebun sambung masak dah agak-agak sampai tengahari balik dari short trip outstation ni macam kebulur je nanti dearest husband. Elok je dearest husband sampai rumah, tengah nak panaskan lauk last lebihan masak lemak cili api telur itik, memang makan berselera tambah 3 kali macam orang pergi outstation berminggu-minggu padahal 2 malam sahaja.
Sekarang di Kebun Bahagia Bersama sudah officially masuk musim buah canistel atau dipanggil juga buah kuning telor. Minggu ini kami buka pesanan semula untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama, di mana salah satu fresh goodies dalam pek ialah buah canistel dan musim-musim buah yang lain dituai sebelum nak packing goodies untuk shipment.
~ Pasar Online Kebun Bahagia Bersama total fresh goodies almost 2 kilogram, 1 pek include shipment total RM21 ~.
Salam Sis Diana,
BalasPadamPls reserved for me.Tq
bestnya bunga teratai pun ada....
BalasPadamsyionya kalau dapat prg rumah diana mcm2 ada:)
Baru pagi tadi terjumpa ditengah padang, dalam lopak air, jenis pokok keladi comel sangat bunga purple kecil2..
BalasPadamwahh chanteknye munge mak., hehe2
BalasPadamGeramnya sy tengok. Lawa2 semuanya.
BalasPadamSalam Bahagia Sis Norish.
BalasPadamInsyaAllah kami pos minggu depan ya.
Thank you for the order.
Salam Bahagia Sis Mieja.
Tengok bunga teratai bila berbunga rasa relaxing.
Ada juga masa-masa dia nak berbunga teratai ni.
Salam Bahagia Kak Mala.
Jenis pokok bunga keladi bunting ke Kak Mala?
Dalam lopak-lopak air sukalah dia.
Salam Bahagia Tiga Lalat.
Terima kasih menyinggah.
Hobby Therapy yang sihat cuci-cuci mata tengok hasil bunga.
Salam Bahagia We Linnasya.
Ralit tengok diorang ni, tengok-tengok dah berapa masa berlalu belek-belek.
As salam Diana. Masih adakah benih waterlily yg dijual?
BalasPadamSalam Bahagia.
BalasPadamBenih water lily tiada stock sekarang.