Hari ini untuk kawasan yang mengalami jerebu yang teruk, akhirnya telah kembali semula bersekolah. Moga saki baki jerebu akan hilang tak lama lagi. Kasihan kepada anak-anak kali ini cuti sekolah tidak beberapa dapat bermain di luar akibat jerebu yang memerangkap mereka di dalam rumah hampir sepanjang hari. Kasihan juga tengok kekadang hati mereka semacam meronta-ronta juga nak bermain di luar, dapat jenguk main dengan anak-anak ayam sekejap pun jadilah.
Kekadang dapat pertanyaaan, Tukang Kebun selalu buat apa dengan daun ginseng jawa? Kalau minat makanan pasta, boleh sahaja campur dalam sos pasta. Kalau suka makanan kampung, boleh je buat goreng sambal belacan.
Back to school dah ni, kelam kabut juga nak fikir menu simple lunch nak sediakan untuk Ilhan sebelum pergi sekolah kebangsaan. Biasanya yang boleh siap masak dalam 20minit. Tukang Kebun biasanya simpan stok daun segar sayur raja di kebun untuk lunch Ilhan. Ada gardeners suka petik-petik daun sayur raja sahaja. Tukang Kebun lebih gemar sambil pangkas batangnya dan mudah bawa ke dapur tak perlu berjemur lama dengan bahang jerebu. Jika rajin pangkas pokok sayur raja, ianya lebih cepat bercabang-cabang pokoknya.
Masak simple sahaja ala sup bebola daging campur dengan daun sayur raja untuk Ilhan Mikhail.
Antara tuaian ever ready di Kebun Bahagia Bersama sepanjang tahun juga adalah seperti buah terung pipit dan daun kari. Tumbuhan-tumbuhan yang mudah hidup seperti anak pokok ginseng jawa, sayur raja, terung pipit dan kari, Kebun Bahagia Bersama buka promosi campur mana-mana tumbuhan tersebut dalam pakej '3plant for RM10'. Untuk campur bersama dengan tumbuhan lain boleh check out page '3 plants mix for RM10'.
Telur-telur ayam dan itik juga hopefully available semula lebih banyak lepas bebas dari jerebu. Production slow telur sekarang dari kebun, tapi yang berminat boleh sahaja tak perlu malu-malu nak tanya Kebun Bahagia Bersama ada tak telur ayam kampung atau telur itik segar sebelum self-collect. Telur nampak kotor tu bukannya tak segar, tapi segar belum dibersihkan sahaja lagi. Kawan -kawan Gardeners yang biasa berjalan-jalan dengan Tukang Kebun di kebun pun ada yang dah biasa sambil jalan-jalan kita kutip telur itik yang berterabur atas tanah.
Antara ayam-ayam kampung betina pembekal telur Kebun Bahagia Bersama yang bebas mencari makan. Telur-telur dari Kebun Bahagia Bersama ialah dari binatang yang bebas atau 'free-range'. Yang paling kiri itu kami panggil si 'Ratu' yang ayam betina penelur paling kecil. Tukang Kebun syak si Ratu ini ayam kacuk phoenix, kakinya berwarna kehitaman dan dari saiz bentuk badannya. Telur yang Ratu keluarkan pun biasanya setengah saiz dari telur ayam biasa.
Syukur Alhamdulillah belum sampai setahun sudah dapat mulakan dapat anak-anak ayam dari ayam-ayam kampung betina tersebut. Minggu Raya Haji kami sudah pindahkan batch 'ayam merdeka' ke kandang belakang lebih luas, setelah dipindahkan batch 'ayam pantang' ke kandang lebih besar. Seronok mereka dapat bergolek-golek main pasir. Jika ada rezeki, dapatlah mula hujung tahun ini Kebun Bahagia Bersama mula bekalkan ayam-ayam kampung kelahiran di Kebun Bahagia Bersama. Syukur Alhamdulillah untuk tahun 2015 ini atas sokongan semua dapatlah Kebun Bahagia Bersama mula membekalkan telur itik, telur ayam dan daging ayam.
Syukur Alhamdulillah permata-permata hati pun dah makin besar dan lebih ambil bahagian bergotong-royong cuti ini menolong dengan kerja-kerja berkaitan di kebun dan juga dalam rumah. Tukang Kebun niat nanti bekalan pertama ayam kampung kelahiran Kebun Bahagia Bersama nak bagi upah kepada Ilhan Mikhail. Ilhan yang banyak tolong jaga anak-anak ayam sejak kami gunakan pertolongan eram pakai incubator. Sebelum pergi sekolah biasanya Ilhan yang keluarkan anak-anak ayam yang umur kurang 2 minggu dari kotak ke sangkar luar dan bagi makan. Balik sekolah agama kalau takde air akan Ilhan yang isi air. Balik petang dari sekolah kebangsaan ayam yang dah lebih 2 minggu dan kurang sebulan tidur di luar, Ilhan yang pasang kelambu. Yang kurang 2 minggu akan Ilhan simpan dalam kotak bawa masuk rumah. Dulu yang baru lahir pun duduk luar, sebab ada masalah semut datang menyerang pada waktu malam jadi terpaksa kami bawa masuk dalam rumah. Itulah routine biasa Ilhan yang Darjah 2 masa hari persekolahan. Sebab tak dapat ke mana-mana cuti sekolah kali ini, papa Ilhan belanjalah oreo cheesecake untuk permata-permata hatinya.
Kadangkala kalau dah penat sangat buat kerja kebun, makan ulam-ulam seperti ulam raja, daun pucuk muda assam gelugor bersama sambal tempoyak dengan homa-made telur itik masin serta nasi panas-panas sudah cukup menyelerakan. Kebun Bahagia Bersama juga sekarang bekalkan fresh daun pucuk muda assam gelugor yang berminat seikat RM1.
Kalau dpt anak macam Ilhan bukan kebun bahagia aje tapi anak yg membahagiakan juga. Rajin membantu memang tak salah sesekali diraikan..
BalasPadamMenarik sungguh kebun, tukang kebun.. hehehe..
BalasPadamsedapnya npk menu
BalasPadamSalam Bahagia Kakzakie.
BalasPadamMemang bahagia bila anak-anak ringan tulang bantu mamanya buat kerja kekadang tanpa disuruh.
Sudah pandai belas hati tengok mamanya yang tak cukup tangan.
Salam Bahagia Shahida Dzulkafli.
Kebun biasa je macam zaman dulu-dulu bela tumbuhan yang senang tumbuh di tropika.
Salam Bahagia Kak Suzie.
Menu sempoi je Kak.
Ketika rushing untuk anak sebelum hantar pergi sekolah.