Hari ini mari kita jalan-jalan ke kebun Sara di Kinrara, Puchong. Terima kasih kepada gardener Sara cerita progress anak-anak pokok yang diambil di Sungai Buloh awal bulan Mac tahun ini. Dapatlah kami berjumpa berkenalan sekejap. Yang menarik perhatian kami ialah dalam bekas anak pokok canistel ada satu anak pokok, tukang kebun tak cabut (yang dalam segitiga). Gardener Sara amat prihatin dan hantar gambar dekat Tukang Kebun bertanyakan anak pokok apa yang ada sekali dalam bekas ini. Sengaja ditinggalkan dalam bekas ialah anak pokok terung pipit. Keprihatinan gardener Sara memberikan rezeki kepadanya sekarang, dah besar pokok terung pipit mula memberikan hasil buat yang memberi kasih kepadanya.
Pokok-pokok kapas pun dah tinggi melampai di kebun Sara. Gardener Sara di tempatnya panas dan kemarau sekarang. InsyaAllah bila tiba musim rezeki hujan banyak, bermulalah musim bunga kapas nanti.
Anak-anak pokok pisang nangka juga sudah mula membesar dari sulur-sulur yang dibekalkan. Pecah beling pun sudah bangun semula.
Terima kasih kepada Awin gardener di My Petak Hijau, membantu promosi pisang nangka organik dari Kebun Bahagia Bersama. Bukan sahaja untuk dapur Gardener Awin, untuk jiran tetangga sekali sehingga Awin sudi borong 2 tandan pisang nangka dari Kebun Bahagia Bersama bulan lepas dengan fresh produce yang lain.
Hampir setiap hari Tukang Kebun akan intai pokok-pokok pisang nangka atau pisang abu yang buahnya sedang membesar dan tak lama lagi dah boleh tuai bulan ini. Lebih-lebih untuk pisang nangka, Tukang Kebun ada beberapa reservation belum selesai lagi pengeposannya. Terima kasih kerana bersabar menunggu. Tukang Kebun tengah tunggu masa sesuai nak tuai tandan pisang nangka di atas ini sebenarnya. Rasanya hujung minggu ini dah boleh nak tuai dah. Yang self-collect hujung minggu ini boleh selit pesanan sesisir pisang nangka juga for RM5.00. Lepas tuai tandan ini tinggal lagi setandan tengah tunggu masak, kemudian nak kena tunggu bulan depan baru ada bekalan buah pisang nangka dari Kebun Bahagia Bersama semula.
Hampir setiap hari Tukang Kebun akan intai pokok-pokok pisang nangka atau pisang abu yang buahnya sedang membesar dan tak lama lagi dah boleh tuai bulan ini. Lebih-lebih untuk pisang nangka, Tukang Kebun ada beberapa reservation belum selesai lagi pengeposannya. Terima kasih kerana bersabar menunggu. Tukang Kebun tengah tunggu masa sesuai nak tuai tandan pisang nangka di atas ini sebenarnya. Rasanya hujung minggu ini dah boleh nak tuai dah. Yang self-collect hujung minggu ini boleh selit pesanan sesisir pisang nangka juga for RM5.00. Lepas tuai tandan ini tinggal lagi setandan tengah tunggu masak, kemudian nak kena tunggu bulan depan baru ada bekalan buah pisang nangka dari Kebun Bahagia Bersama semula.
Izinkan Tukang Kebun buat catatan ringkas projek mengemas kebun Ahad lepas. Petak C dan Petak D dikemaskan dengan mencabut rumpai-rumpai yang always unwelcome again. Sebab ayam-ayam batch remaja pun dah gemar masuk kawasan ini mencari makanan. Maka pokok yang gardener Awin hadiahkan ini, Tukang kebun ada pindahkan bersebelahan tembok menghadap pokok jambu mawar. Nasib baik masa terima pokok ini dari gardener Awin, ada pisah-pisahkan beberapa tempat. Yang dalam Petak 5 dan Petak 6 masa awal tumbuh naik cantik sungguh, bila unggas-unggas yang dah membesar area di situ dibebaskan habis wipe out pokoknya. Bila naik balik tunas pun sekejap dah hilang semua. Nanti nak kena gali semula keluarkan ubinya pindah tempat lain. Jangan sudah kena ngap sudah.
Lepas dah selesai my dearest husband menanam keratan-keratan ubi kayu di Petak C dan Petak D, pruning pula pokok jambu air ini jadi renek. Sedang berputik pun pokoknya. Saiz asal pokoknya tinggi macam pokok-pokok nangka dan jambu di background. Sekarang dah lebih cerah kawasan lebih banyak benda boleh tanam. Pokok tinggi pun jika berbuah tak ambil pun buah yang bahagian atas.
Tukang Kebun pula lepas tanam keratan ubi kayu di Petak 1 dan Petak 4 (tak taulah unggas tu nak kasi chance ke tidak tapi dari terbiar kosong pun rasa geram mata memandang), hard-pruning pokok rambutan yang dah mula buat kurang cahaya dekat pokok-pokok limau lain dekatnya. Tukang Kebun tinggalkan 1 tangkai halus je yang ada daun.
Sabtu pagi kami tuai ubi kayu yang ditanam keratannya pada awal bulan Disember lepas (related posting klik sini). Untuk Tukang Kebun cukup puas hati dengan hasil ubinya setelah nak masuk 9 bulan ditanam. Bila potong-potong sungguh lembut isi ubi kayu setanding macam potong ubi kentang baru dituai juga. Anak-anak cukup suka makan digoreng setakat lumur ubi kayu yang dipotong macam French Fries dengan sedikit garam dan serbuk kunyit untuk Dinner Ahad lepas. Isi empuk dan lemak manis.
Lepas stok batch ubi kayu ini dalam kebun dah habis digali, next batch yang ditanam bulan February lalu (related posting klik sini) giliran nak dituai. Ikut kiraan nice season nak harvest antara bulan November-December akan datang ini.
~ 7 keratan batang ubi kayu baka dari Sabah RM5.00 ~
Sempat jugalah mencapai apa yang dapat dituai dari kebun seperti lemoney limau kapas, ceri barbados untuk Abby, telur itik dan ayam yang keluar lewat hari bukan awal pagi punya bahagian. Ambil beberapa tangkai daun kari nak masak lauk untuk makan malam udang goreng salut tepong bersama telur itik masin.
Self-Collect Schedule:
~ 12hb September 2015, Sabtu pagi antara pukul 9:30AM~10:00AM di Petronas stesyen minyak Seksyen 13 berhampiran D'Kayangan, Shah Alam.
~ 13hb September 2015, Ahad pagi/petang antara pukul 9:30AM~10:00AM/5:00PM~5:30PM di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
~ 16hb September 2015, Rabu pagi antara pukul 9:30AM~10:00AM di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
tak tahan betui tgk menu tu...mouth watery...
BalasPadamseronoknya ada kebun.....:)
BalasPadamNampak menyelerakan masakan tu, terliur tengok.
BalasPadamGembira keratan ubi kayu beli dari Kebun Bahagia Bersama dah keluar pun daun2.
BalasPadamBolehlah nanti buat ubi kayu goreng juga.
Sebabnya dulu tinggal dengan nenek dan bersekolah di kampung itulah snek harian kami.
Ubi kayu goreng fresh sedap lemak2 rasanya hanya bergaram dan kunyit juga..
Beli di kedai2 kerepek ubi kayu tak puas hati makan. Mungkin sebab dah lama..
Salam Bahagia @na.
BalasPadamCara masakan ini mudah nak sedia dan dah jadi kegemaran sekeluarga.
Salam Bahagia Kak Mieja.
Selagi ada ruang tak kira kecil atau besar boleh je jadi kebun Kak Mieja.
Salam Bahagia Carlz.
Udang tu dibawa dari Kota Kinabalu tu, direct beli dari nelayan yang berhenti di Kuala Likas.
Salam Bahagia MarissaIslam.
Syukur Alhamdulillah dah keluar tunas-tunas dari keratan ubi kayu.
Biasanya jika cukup cahaya matahari dan faktor untuk pembesaran yang elok lain, lebih kurang 8~9bulan dapatlah tuai hasil yang lumayan.
Memang jauh rasanya yang beli di kedai banding dengan yang dituai segar dari kebun sendiri.