Jenis ubi kayu yang ini, Tukang Kebun lupa apa biasa dipanggil jenis namanya. Kalau ada yang tahu minta tunjuk ajar. Yang ini keratan ubi kayu Tukang Kebun culik dari kampung Poturidong Lama, Kiulu, Sabah masa trip terakhir balik kampung hari tu. Bonda sebenarnya tolong kerat-keratkan batang ubi kayu ini supaya mudah nak seludup packing. Jenis ini yang biasa pucuk mudanya dibuat sayur. Pucuk muda jenis ubi kayu ini lebih sedap dari yang pucuk muda ubi kayu baka dari Sabah yang tukang kebun categorikan supaya tak mudah keliru (related posting klik sini). Bentuk daunnya juga sangat berbeza. Yang pucuk ubi ini macam jejari halus panjang-panjang.
Yang baru pindah rumah, nak save budget buat tirai sementara boleh makan atau edible hedge tutup pandangan dari mata-mata orang yang lalu-lalang, bolehlah bela pokok ubi kayu yang pucuknya sedap dicelur buat sayur atau pecal. Tukang Kebun kalau tak selera makan, makan nasi panas dengan pucuk muda ubi kayu ini dengan sambal tempoyak dah boleh sumbat nak isi perut. Yang busy berkerja pun bolehlah sumbat keratan ubi kayu ini di dalam tanah lebih kurang lebih 10cm dan biarkan hujan menolong siram, InsyaAllah masa stress ada jugalah nak dituai dari laman rumah selain dari rumput yang tak dapat makan. Sekurang-kurangnya pun letak luar pagar rumah, kalau tak nak sakit hati atau pening kepala jika ada jiran tetangga yang suka parking tak menentu menyusahkan kita nak keluar dari pagar sendiri pula. Ubi kayu ini mudah tumbuh, tanah tak subur pun boleh tumbuh.
Sayur pucuk muda ubi kayu adalah sebenarnya salah satu sumber protein yang banyak, bolehlah membantu vegetarian dari segi mendapatkan kepelbagaian keluarga protein selain dari sumber kekacang dan telur. Sebenarnya kandungan protein untuk ubi kayu adalah 10 kali ganda lebih banyak didapati dari pucuk mudanya dan bukan dari ubinya. Tahukah anda kandungan vitamin-vitamin dari sayur pucuk muda adalah setaraf dengan lobak merah? Nak tunggu lobak merah membesar bukanlah cepat, tapi pucuk-pucuk ubi keluar lebih cepat jika selalu diambil pucuknya. Untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan, sekali-kala makan pucuk ubi kayu juga bagus kerana ianya almost fat free. Tambahan pula sumber anti-oxidant yang superpowerful untuk mengurangkan masalah sakit jantung, strok ataupun cancer. Seperti lobak merah ada unsur beta-carotene, ianya membantu untuk membaiki DNA kita yang telah rosak.
Gardeners yang mempunyai kenalan yang menghidap penyakit Alzheimer bolehlah membantu menyediakan sayur pucuk muda ubi kayu untuk salah satu diet mereka kerana menurut kajian ianya adalah salah satu sumber yang dapat mengurangkan kerosakkan saraf di otak untuk sakit tersebut. Yang mempunyai masalah tulang rapuh pula atau osteoporosis, selain dari asyik disuruh minum susu yang tak suka minum susu, ketahuilah bahawa pucuk muda ubi kayu kaya dengan Vitamin-K yang membantu membina tulang. Sumber murah untuk mendapatkan Vitamin-K diamalkan turun-menurun oleh nenek moyang kita di kampung. Itu sebab diorang badan kuat, untuk buat kerja berat, tulang pun kuat. Tak perlu bayar GST 6% nak beli susu proses. Zaman dulu dekat kampung pendalaman bukan mudah nak beli susu segar macam kita sekarang kan.
~ 7 Keratan Ubi Kayu untuk Pucuk Muda Manihot for RM5~
atau boleh campur-campur pilihan dalam page '3 plants for RM10'.
~ Yang datang self-collect juga fresh available seikat organik pucuk muda manihot for RM1.00 dari Kebun Bahagia Bersama ~
Sambil-sambil temankan Tukang Kebun ambil sayur di kawasan ini gambar No.4, Ilhan petik bunga-bunga telang. Bunga telang pun ada banyak khasiat bagus dibiasakan kepada anak-anak sejak kecil akan dibincangkan semula khasiatnya bila ada masa (dah berminggu-minggu lama duduk dalam draft).
Antara organik fresh produce juga open available minggu ini sahaja untuk self-collect ialah:
~ Ayam kampung segar diproses seekor RM25.
~ Telur Itik segar sebutir 70sen.
~ Buah Kuning Telur/Canistel sekilogram RM5.
~ Buah citrus (limau/lemon) mix 500gram RM3.00.
~ Ubi Kayu sekilogram RM2.00.
~ Pucuk ubi kayu seikat RM1.00.
~ Daun Assam gelugor seikat RM1.00.
~ Daun Puding belacan seikat RM1.00.
~ Cili Burung seplastik kecil RM1.00.
Self-Collect Schedule This Week:
~ Ahad pagi, 27hbSeptember2015 antara pukul 9:00AM~9:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
Thanks for sharing. 1st time dengar nama ubi kayu Manihot...
BalasPadamSedap tak ubi kayu yang daun tirus...saya belum pernah rasa ubinya....buat ulam dah...
BalasPadamDgrnya Ubi Kayu jenis ini ubinya ditnm utk daun nya sb ubinya tk seenak ubi kayu daun lebar tu. Dirumah ade pokok ni.biasa mmg buat gulai yg Diana ckp tu,pecal.Kalo buat msk lemak letak ikan masin kering pn sdp.Daunnya lembut tk liat cam yg daun lebar.:-)
BalasPadamKagum. Banyak betul jenis pokok ubi ko Diana.
BalasPadamSalam Bahagia Kak Mala.
BalasPadamOh antara nama panggilan 'Manihot' di benua Amerika Selatan.
Salam Bahagia Fida.
Tukang Kebun pun belum pernah cuba gali ubinya lagi, biasa yang ni buat sayur je.
Lain kali jika ada peluang nak cuba ubinya, kalau ada masa bolehlah bercerita.
Salam Bahagia Norish. NN,
Betul biasa yang jenis ni buat sayur atau ulam.
Seperti yang dikatakan daunnya lebih lembut dan enak dimakan berbanding dengan yang daun yang bulat melebar.
Mmmm...meleleh bila difikirkan, nanti nak buat gak masak lemak letak ikan masin kering sama-sama dengan pucuk ubi ini. Kalau buat masak gulai tempoyak pun sedap kan.
Salam Bahagia Carlz.
Takdelah banyak jenis pokok ubi yang ada.
Banyak yang masih tak tahu namanya.
Assalamualaikum..
BalasPadamNak tumpang tanya, betul ke kalau kita tanam pokok ubi kalau nak ubi, pucuknya x boleh dipetik. Kalau petik pucuk ubi, pokok tu xkan ada ubinya?
sekadar ingin menambah ilmu..
Salam Bahagia Shahida.
BalasPadamTengok juga kalau sampai botak mungkin boleh effect hasil ubinya.
Tetapi sekali-sekali elok juga petik pucuknya, kalau nak kasi pokok ubinya lebih merimbun menghasilkan daun untuk lebih banyak proses fotosintesis dapat pokok menghasilkan makanan dan tenaga pada dirinya.
Untuk dapatkan banyak ubi, penting bagi ubi kayu mendapat banyak cahaya matahari.
Kalau kurang matahari, susah juga nak terbentuk ubi kayu dalam tanah, walaupun nampak hijau banyak sahaja pokoknya.
ubi pokok ni mmg x sedap dan x boleh makan langsung. liat mcm plastik masak lama pun x empuk2 huhu. kita dah cuba.. mmg daun dia jer boleh makan
BalasPadam