Dalam bulan Ogos antara perkara yang memberikan kebahagian seorang ibu yang bekerja sebagai Tukang Kebun sambilan dan penternak baru sambilan ialah apabila melihat anak-anak juga teruja untuk belajar menjaga anak-anak ayam dan mengambil bahagian bersama-sama dalam membesarkan bakal daging ayam dari livestock kebun sendiri. Bagi Tukang Kebun ini adalah pendedahan yang bagus untuk anak-anak, salah satu skill yang berguna untuk masa depan mereka. Bukan sahaja mendapat prestasi pendidikan dalam semua mata pelajaran di sekolah yang baik juga kemahiran-kemahiran hidup secara pratical dan bukan semata theory membaca buku teks sekolah. Tambahan pula ini juga mengurangkan kerja seharian Tukang Kebun apabila dapat bergotong-royong bersama keluarga, boleh Tukang Kebun buat kerja lain.
Sejak bulan Ogos di mana bermulanya kelahiran anak-anak ayam menggunakan bantuan inkubator, anak-anak sangat teruja untuk belajar perkembangan dari telur dikutip, dieramkan, cara mengenali telur yang menjadi, bantuan menetas keluar dari telur bila perlu dan proses pembesaran anak ayam semuanya mereka ikuti memberikan pemerhatian yang banyak. Kiranya tugasan menjaga anak-anak ayam bermula dari bulan Ogos sudah sedikit demi sedikit dipertanggungjawabkan lebih banyak kepada Ilhan dan telah juga berikan masa untuk Ilhan menyesuaikan diri. Cuma lepas tu nanti yang dewasa akan spotcheck bila ada keluangan masa. Sebagai contoh, sekarang ini Ilhan sudah boleh membantu mencuci sangkar, membersihkannya, mengisi air dalam bekas minuman ayam, dan beri anak-anak ayam makan tanpa bantuan dewasa. Sebagai contoh, dalam gambar Ilhan baru je selesaikan kemas sangkar anak ayam, tukar suratkhabar baru sebagai alas. Sebab kadang-kadang kaki ayam boleh tersangkut dekat jaring jadi elok lapis dengan suratkhabar. Lepas ditukarkan kertas suratkhabar, ganti air yang baru dalam bekas air akan dipindahkan semula kembali ke dalam sangkarnya dari sangkar sementara.
Kadangkala Ilhan bila ada masa, akan keluarkan anak-anak ayam dari sangkar dan bebaskan di atas rumput supaya anak-anak ayam dapat zat lebih bagus dengan makan rumput katanya.
Ilhan Mikhail budak berumur 8 tahun dah boleh jadi pengembala anak-anak ayam sampingan. Nak elakkan dari dimakan oleh binatang lain seperti kucing. Kalau zaman nabi-nabi dulu, masa kecil-kecil lagi dah jadi pengembala kambing, nak elakkan dari serigala makan. Belum ready nak bela kambing habis dikerjakannya segala tumbuhan. Ini bela itik dan angsa pun habis kena ratah tumbuhan. Eloklah tu sambil makan-makan rumput, baja sekali anak-anak pokok ulam raja yang tumbuh sendiri.
Sebelum Tukang Kebun lupa nak umumkan sebab minggu depan dah Raya Haji yang ingin mendapatkan bekalan segar dari Kebun Bahagia Bersama untuk masak-masak, InsyaAllah hari dan waktu yang Tukang Kebun ada masa terluang untuk self-collect adalah seperti berikut:
Self-Collect Schedule:
~ 20hb September 2015, Ahad pagi antara pukul 9:00AM~9:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
~ 23hb September 2015 , Rabu antara pukul 10:30AM~11:00AM/9:30PM~10:00PM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
Antara fresh produce segar dari Kebun Bahagia Bersama yang available ialah,
~ Ayam kampung sudah diproses seekor RM25.
~ Telur Itik segar sebutir 70sen.
~ Buah Pisang Nangka sesisir RM5.00.
~ Buah Canistel/Kuning Telor sekilogram RM5.00.
~ Kelapa parut sebiji RM1.00.
Syukur Alhamdulillah antara perkara seronok untuk anak-anak bulan Ogos ialah melihat kelahiran banyak anak-anak ayam menetas dari inkubator. Tak boleh juga biarkan anak-anak ayam terlalu lama dalam inkubator nanti jadi kering-kontang. Anak-anak selalu rajin dan ingatkan Tukang kebun bila sibuk banyak benda kena buat. Cuma sekarang ini, anak-anak tertunggu-tunggu kelahiran anak itik pula nak tengok menetas dari inkubator. Seperti manusia, nak juga berhati-hati dengan tembuninya nak kena biarkan lerai dengan sendiri, kalau terputus tak elok atau kesan dekat pusat dia tak kering betul juga boleh menyebabkan anak ayam mudah mati.
Sebagai Ibu antara perkara yang menggembirakan buat kami ialah, hasil pemerhatian sendiri melihat anak-anak ayam keluar menetas dari telur kutip dari kebun sendiri, membuatkan anak-anak semua dah tak takut lagi nak bermain-main dengan anak-anak ayam. Masa mula-mula awal tahun ini kami menceburi dunia ternak livestock ayam sendiri, anak-anak semua tak nak pegang anak-anak ayam. Sekarang asyik keluarkan anak-anak ayam dari sangkar untuk dibelai. Malam-malam pun nak main keluarkan dari kotak. Syukur Alhamdulillah bukan sahaja tidak takut lagi dengan anak-anak ayam tetapi sekarang bergotong-royong sesama menjaga anak-anak ayam.
Dari pemerhatian Tukang Kebun, kanak-kanak yang ada characteristic 'Autism' biasanya lebih mudah nak sesuaikan mereka dengan sesuatu apabila mereka sendiri melihat perkembangan pertumbuhan benda-benda hidup. Sebagai contoh, masa mula-mula nak biasakan Ilhan dengan sayur-sayuran lebih mudah apabila Tukang Kebun tanam dari awal-awal lagi bila dia nampak dan tahu yang tu Tukang Kebun tanam sendiri. Begitu juga tahun ini dah tak geli pegang kucing apabila kelahiran anak kucing Panther di rumah dibesarkan bersama anak-anak. Sekarang yang kasi mandi Panther hampir setiap hujung minggu pun sudah menjadi rutin Ilhan Mikhail punya responsibility. Kelahiran anak-anak ayam dari kebun sendiri juga membuka hati Ilhan untuk cuba pegang-pegang anak-anak ayam. Memang benar, untuk Ilhan selalu case nak coax him mesti dari sesuatu yang lahir dari rumah/kebun membuatkan convincing untuk dia mencuba-cuba sesuaikan diri. Macam penawar pun ada. Panther pun hampir setiap malam join in tidur atas katil bersama-sama, kekadang bila anak-anak dah tido Panther temankan tidur atas selimut. Bertuah Panther, Abby pergi ambil nappy liner dia buat selimutkan Panther pula sambil Tukang Kebun lipat baju.
Syukur Alhamdulillah , pokok-pokok ulam raja biasanya rajin bercambah sendiri di kebun untuk bekalan ulam di dapur kami. Tambahan pula sekarang selalu dapat baja dari anak-anak ayam makin cepat subur naik rimbun. Bulan ini yang ingin mendapatkan stok anak-anak pokok ulam raja ada stoknya semula (1 pot RM4).
atau ambil peluang campur-campur dalam promosi '3plants mix for RM10'.
Al-kisah, hari ini punyalah Tukang Kebun semangat berkobar-kobar ingatkan nak buat projek pindahkan anak-anak pisang dan tanam keratan ubi kayu di ruang yang Tukang Kebun dah potong rumput dan kemas setelah balik dari kenduri Tahlil arwah atuk Sabtu lepas. Elok sahaja masa nak potong-potong ranting pokok rambutan yang sebelah bawah boleh capai-capai dengan tangan, tiba-tiba terkejut Tukang Kebun dapat sengatan tajam di peha kiri dahulu, kemudian di lengan kiri. Eh, ada sarang kerengga ke tak terperasan di sebalik rimbun daunnya. Sekali atas kepala dah mula berlegar-legar menyerang dan menyengat Tukang Kebun bila tengok sekilas macam anak-beranak lebah apalagi berlarilah Tukang Kebun nak balik rumah sambil mengibas-ngibas kepala yang dah berapa sengatan kena. Nasib baik tak ikut sampai ke rumah. Sambil lari apa yang ada di tangan dan kepala, Tukang kebun campak je kat tanah macam cermin mata dan pruner.
Adui terasa sakit sengatan-sengatan yang kena terutamanya yang dekat peha dan lengan yang awal-awal kena. Otak blur tak tahu what I should do first. Lalu terus Tukang Kebun call Big Boss cakap along kena sengat macam lebah tadi. Teringat tahun ini ada Tukang kebun call mak (Big Boss), kebetulan mak ada dekat kampung. Masa Tukang Kebun terlintas nak call masa tu, tanya mak buat apa tercungap-cungap. Mak kata dia baru berlari masuk ke rumah kena kejar dengan lebah masa kemaskan kawasan perkuburan nenek. Tak perasan mula-mula ada sarang lebah dekat area situ.
Mak tanya Along kena sengat banyak ke. Adalah juga yang confirm kat peha dan lengan, tapi kat kepala banyak tak tahu berapa. Masa kena serang tu nasib baik masih tak banyak lagi, mungkin tak lebih 7ekor. Bila difikirkan balik mungkin bernasib baik sebab masa tu dah pukul 11 lebih, mungkin banyak adik-beradik lebah ni dah keluar dari sarang cari makanan. Mak tanya tak perasan ke ada sarang lebah. Tak perasan, lagipun masa tu dekat dahan-dahan rendang setakat boleh capai tangan biasanya kalau sarang lebah kan tinggi atas pokok.
Mak kata kemungkinan Tukang Kebun tak perasan terkacau atau terpijak sarang lebah/tebuan tanah. Hah ada lebah buat sarang dekat bawah tanah ke Mak? Ada, kalau dalam Bahasa Dusun/Kadazan kami panggil 'Serundai'. Serangga jenis macam lebah tu pandai buat lubang buat sarang dalam tanah. Mak kata ada baru-baru ini orang kampung sebelah, Kampung Mantaranau mati kena sengatan banyak 'Serundai'. Baik pergi klinik terus minta injection anti-racun lebah.
Lalu kalut-kalut kami ke klinik tinggalkan anak-anak bawah care adik perempuan yang nasib baik masih terperap dalam bilik tak keluar rumah ke mana-mana. Alahai bulan lepas dah kena injection dekat punggung lagi gara-gara kena radang paru-paru, bulan ini sebab takut keracunan lebah pula. Walaupun dah kena cucuk kesan-kesan sengatan membesar nampak sembap. Muka pun dah nampak lain bengkak akibat sengatan lebah.
Agaknya adik-beradik lebah ini suruh Tukang Kebun ambil MC kut hari ini, asyik 7day perweek kerja je. Lepas injection monitoring lebih kurang sejam takut sesak nafas ke apa, on the way balik nak lepaskan geram beli setengah kilo American Chocolate Cake as Tukang Kebun punya treat. Manalah tahu my last cake lebih baik satisfy craving. Hari Malaysia melayan Abby nyanyi lagi Happy Birthday Abby dan tiup lilin sampai ulang 3 kali after lunch.
Untuk gardeners yang kurang ilmu macam Tukang Kebun dengan dunia bees, ada adik beradik lebah bukan buat sarang atas pokok je tau, dalam tanah pun ada. Now I know. Lain kali nak aware juga kaki pijak mana. Kalau tengok macam ada lubang-lubang atas tanah tu janganlah berani nak main cucuk-cucuk sebarangan, manalah tahu sarang lebah pulak.
Nak dekat senja dearest membakar pula green waste di belakang. Yang belah depan baru sahaja dibakar hujung minggu lepas sebab tu masih putih 'ashes' yang boleh dijadikan tanah bakar untuk suburkan tanah jadikan baja nak kasi nutrient untuk pokok-pokok berbuah. Yang berminat untuk mendapatkan tanah bakar boleh self-collect dari Kebun Bahagia Bersama 1 beg RM5.
Sebab Tukang Kebun rasa terkilan sangat sebab terbantut hasrat nak berkebun pagi Hari Malaysia 2015, sambil dearest husband membakar tanam jelah beberapa keratan ubi kayu yang sempat di ruang yang dekat dengan pokok rambutan yang terjadi tragedi pagi tadi. Lebih baik Tukang Kebun overcome my fear cepat, nanti trauma susah. Pertama kali seumur dalam hidup kena kejar dengan lebah dan sengatan yang banyak. Tapi kira beruntung sebab lebah tu tak kejar jauh pun setakat 3 meter dah tak ikut Tukang Kebun. Mungkin mereka juga terkejut sebab sarang tiba-tiba terganggu dan Tukang Kebun pun tak sengaja. Ini masih gatal dan berdenyut-denyut rasa tempat sengatan. Dapat ubat tahan gatal, pharmacist kata ngantuk tapi dah 2 kali makan tak dapat nak lelap mata lagi. Memang selalu gitu, bila banyak fikir banyak kerja tak selesai lagi susah otak ni nak berehat tidur.
Terima kasih banyak-banyak, Tukang Kebun ucapkan kepada mereka yang sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah atuk Adnan (paternal grandfather) yang kembali semula ke Maha Penciptanya (related posting klik sini). Semasa nak kebumikan jenazah arwah atuk Adnan lebih kurang pukul 6petang lebih, anak-anak dibawa juga sebab tiada siapa nak jaga. Bahagian kawasan perkuburan tempat arwah masih baru tidak banyak lagi kubur di situ. Cuma dikelilingi kubur mereka yang baru dikebumikan dengan jarak dekat antara satu sama lain.
Kedua ibubapa Tukang Kebun tak dapat nak balik secepat mungkin memandangkan mereka menetap di Sabah, tengahmalam baru tiba. Jadi keesokkan harinya Sabtu selepas baca tahlil di rumah arwah atuk, selepas azan Zohor kedengaran kami pergi menziarahi kubur arwah atuk. Sambil itu Tukang Kebun dari kebun dah bawa pokok-pokok seperti kemboja, susun kelapa dan jenjuang merah nak tanam di kubur atuk. Kelihatan ada kubur baru ditanam sebelah pagi di sebelah kubur atuk. Sesuatu perkara di luar jangkaan Tukang Kebun berlaku pada tengahari buta pada hari tersebut menjadi pengajaran penting pada diri sendiri. Orang kata seeing is believing, hearing also makes you believe.
Saudara-saudara lelaki Tukang Kebun yang baru dah masuk alam dewasa ada juga ikut sekali ke kubur sebab nak letak batu-bata penghalang untuk sementara waktu supaya tak terhakis tanah hilang kesan kubur akibat air hujan yang mengalir. Sebab lokasinya di atas bukit bersebelahan cerun. Semasa Tukang Kebun dan Mak tengah kusyuk menanam pokok kemboja, manakala saudara lelaki setahun muda dari Tukang kebun betulkan batu-bata sebelah mak, tiba-tiba Tukang Kebun sayup-sayup kedengaran suara orang lelaki mengomel kesakitan. Dengan spontan mula-mula, eh Tukang Kebun terlampau tak perasan terpijak sangat ke kubur sebelah ini, lalu aku betulkan kedudukan kaki supaya tak silap terpijak. Kemudian masih lagi sayup-sayup kedengaran nyata suara kepunyaan orang lelaki dewasa mengereng kesakitan. Tukang Kebun toleh ke belakang cuba lagi dengar dari jauh sana ke ada orang jatuh atau apa, tapi Papa dan saudara seorang tahfiz lelaki yang dekat belakang masih berborak rancak tak de dengar apa-apa je. Seketika Tukang Kebun masih lagi dengar suara mengomel kesakitan, lalu ku amati pandang riaksi semua yang ada, tapi macam tiada yang lain dari wajah mereka. Cuma Mama juga seperti Tukang Kebun terdiam seketika, seperti Tukang Kebun memandang wajah semua orang.
Cuma Mak tak toleh ke belakang tengok Tukang Kebun sebab puncanya suara lelaki yang kedengaran. Bila Tukang Kebun tengok reaksi Mak macam tu lalu secara nada perlahan Tukang Kebun cuba bertanya Mak dengar juga ke? Tapi Mak tak jawab sebab tak dengar. Sejurus bila Tukang Kebun buka mulut tanya soalan tu dekat Mak, terus bagi Tukang Kebun pintu alam tersebut tertutup di telinga Tukang Kebun dah tak dengar. Memang sepatutnya mulut tak boleh celupar tanya macam tu buat senyap je, tapi mendengar suara orang lelaki mengomel kesakitan lama-lama tak sanggup nak didengari lagi. Lepas bunyi dari alam tersebut tertutup dari telinga Tukang Kebun, Tukang Kebun perhatikan reaksi Mak masih lain macam lagi, kerja menanam dan menyusun pun lebih cepat dan masih dipandang ke arah mereka yang lain mengamati wajah semua. Nampak seperti Mak masih lagi kedengaran suara-suara yang seperti dari alam lain.
Selepas kami sudah mula dalam kereta bergerak balik ke rumah arwah atuk, dalam perjalanan Tukang Kebun tanya Mak, Mak dengar apa-apa ke tadi kat kawasan kubur? Along pun dengar juga ke? Ya Along dengar orang mengomel kesakitan, suara orang lelaki dewasa dah matang berumur sayup-sayup. Mak pun dengar jelas suara orang lelaki dewasa kata Aduh, Aduh. Lama Mak dengar. Tapi bila Mak toleh dekat Papa dengan orang lain banyak kali pun bukan dari mulut mereka. Itu yang Mak cuba siapkan kerja cepat-cepat. Yang dalam kereta orang lain semua confirm tak dengar. Papa kata kalau orang kena tanam hidup-hidup mesti semua yang ada dengar. Kalau tidak pun kata-kata sedang mengomel kesakitan, tanam hidup dengar ada orang kat atas akan menjerit minta tolong.
Serba resah Tukang Kebun bila beberapa hari teringatkan peristiwa tersebut. Untuk Mak juga bagi dirinya pengalaman pertama kedengaran suara seperti itu di kawasan perkuburan. Bukannya serba resah takut sebab kedengaran suara dari alam lain. Serba resah sebab memang tahu diri ini bekalan nak bawa dah bila-bila ditarik nyawa masih terlampau kekurangan. Tertanya-tanya of all people, kenapa pula tiba-tiba deria pendengaran Tukang Kebun ini dipilih seketika untuk mendengar alam kubur. Kalau yang mendapat seksaan lebih berat, bagaimana agaknya. Betullah bila baru sahaja mayat selesai masuk ke dalam kubur, tiada pending pending, terus akan malaikat menjalankan tugas mereka untuk memberikan balasan mengikut amalan kita di alam dunia. Please note kubur-kubur di keliling Tukang Kebun ketika itu masih baru-baru lagi.
Kalaulah telinga Tukang Kebun sahaja yang dengar suara dari alam kubur, mungkin I'll just shrug it off thinking it was just my imagination. Mungkin ada hikmah kenapa Mak juga dengar bersama-sama, memberikan petunjuk kepada diri Tukang Kebun yang jenis susah nak jadi true believer unless like I said seeing/hearing is believing. Serba salah juga nak share peristiwa begini, tapi moga menjadi pengajaran kepada semua pembaca. Macam Tukang Kebun ini suka lengah-lengahkan ibadah, bila tiba sahaja giliran kita dah ditarik nyawa, Malaikat takde nak lengeh-lengah postpone kira-kira amalan dan berikan balasan dengan bekalan yang telah dibawa. Cukup sahajalah dengar suara mengomel kesakitan, tak perlu real visual pun tak pe nak bayangkan seksaan apa yang diterima.
Sekiranya Tukang Kebun pergi dulu dan tak sempat nak selesaikan pengeposan bagi pesanan-pesanan yang dah terima pembayaran, mohon jangan biarkan kira Tukang Kebun berhutang kepada anda ya. Antara sebab Tukang Kebun dari mula lebih gemar menerima pesanan dari email sebab mudah nak counter check, kalau Tukang Kebun dah tak de dearest husband senang nak sorting search semula. Dari mula berniaga buka Kebun Bahagia Bersama memang semua pesanan yang telah diterima, Tukang Kebun simpan nota setiap bulan ada file tersendiri. Supaya system ini mudah team members lain follow up check, jika Tukang Kebun sakit pun team members lain boleh take over sementara waktu check nota file ordering setiap bulan setakat mana progress each orders. System ini pun Tukang Kebun create untuk sekiranya kalau ada anak pokok atau benih rare pupus, Tukang Kebun boleh track down semula customers-customers yang pernah order item tersebut melalui archives nota-nota file yang masih disimpan sampai sekarang. Ya semua pesanan-pesanan yang diterima dari pertama kali sehingga kini memang semua ada dicatat. Terima kasih banyak-banyak follow along request Tukang Kebun priority through email. Kita tak tahu bila kan nyawa ini dikembalikan semula.
Pengajaran untuk sy juga, info yg baik
BalasPadamSubhanallah...ketinggalan banyak cerita menarik di KBB...
BalasPadamCantik rambut abby...
Saya masih fobia dengan pemergian sepupu yang disengat tebuan baru2 ni.. bila saya baca entry akak... tiba2 berdebar balik jantung saya... skarang saya tak boleh tengok serangga yang terbang2... jadi takut pula.. pengajaran yang boleh dikongsi bersama..
BalasPadamSubhanallah. Iktabar & petunjuk utk kita semua.Sama2 lah kita muhasabah diri.
BalasPadamMudah2an Allah bagi kita ending yang baik. I am glad you shared this with us :)
BalasPadamTakut juga mendengarnya Diana..suara dari alam kubur ke tu...
BalasPadamSalam Bahagia Carlz.
BalasPadamMoga sama-sama pengajaran buat kita di dunia ini.
Salam Bahagia @na.
Sibuk berkerja ke sekarang @na? Takpe itupun satu ibadat.
Salam Bahagia FarahHazirah.
Kalau kena sengat rasa ragu-ragu elok terus bergegas ke klinik minta anti-toxic sengatan adik beradik tebuan ini.
Salam Bahagia Sis Norish.
Buat peringatan bersama-sama.
Ini pun dah didengarkan pun sekejap je lalai semula.
Salam Bahagia Sis Azila,
Moga kita ke arah kebaikan semakin berusia ni kan.
Salam Bahagia Kak Mala.
Beberapa hari terngiang-ngiang di telinga ni.