Pokok mahkota dewa yang ditanam sejak matang mula berbuah sehingga sekarang, Tukang Kebun perhatikan jenis tumbuhan yang tidak putus-putus berbuah di Kebun Bahagia Bersama walaupun tidak dipedulikan sebab tuan sebenarnya dok jauh seberang Laut China Selatan. Belum lagi buahnya habis kesemuanya ranum gugur di tanah, ada yang masih hijau, diperhatikan pokoknya dah teruja nak berputik bunga sekali lagi.
Pokok mahkota dewa ini cukup serasi duduk di kawasan yang menerima separa cahaya matahari. Masa awal pemindahan anak-anak pokoknya perlu berhati-hati dengan akarnya dan disiram kerap, tetapi setelah ianya menyesuaikan diri tidak perlu kerap disiram. Yang sudah ditanam di atas tanah bukan dalam pasu, sudah usia remaja boleh hidup dengan memadai penerimaan hujan sepanjang tahun. Sebagai contoh, pokok mahkota dewa ini yang matang dalam gambar ini tak pernah disiram oleh Tukang Kebun hanya bergantung kepada taburan air hujan.
Bunga pokok mahkota dewa yang berwarna putih juga amat cantik bentuknya membuatkan ianya kelihatan juga seperti pokok hiasan. Ada juga pernah menerima pertanyaan dari peminat bunga-bunga warna putih, apa pokok bunga warna putih yang tak berhenti-henti berbunga? Terfikir pula Tukang Kebun pokok mahkota dewa juga adalah pokok yang kerap berbunga, untung juga tanam nampak macam pokok hiasan, buahnya juga nampak comel, jika mahu boleh juga jadikan ianya sebagai ubat herba alternatif bila diperlukan. Double Happiness. Rasa buahnya dah masak biasanya pahit, jika tergigit pun biasanya tak termakan lekas dibuang.
Biasanya bila Big Boss balik, barulah buah-buah yang masak dipetik oleh Big Boss. Biasanya diracik-racik, kemudian dikeringkan di luar. Buah mahkota dewa bahagian paling racun adalah bijinya sebenarnya, tetapi dengan mengeringkannya dahulu akan mengurangkan kandungan racunnya. Penggunaan mahkota dewa sebagai herba dalam dunia perubatan boleh dikatakan masih baru atau recent findings. Belum lagi banyak penyedilikan secara scientific terperinci dilakukan lagi, termasuklah catatannya dalam kitab-kitab perubatan lama juga tiada. Pokok buah mahkota berasal dari Papua New Guinea yang beriklim tropika menjadikannya pokok yang mudah juga tumbuh di Malaysia.
Dalam kajian nilai kandungan anti-oxidant dikatakan buah mahkota dewa adalah lebih tinggi dari pelbagai jenis berry yang diketahui dijadikan sumber anti-oxidant (Andrean et al 2013). Bukan sahaja buahnya yang berguna, tetapi daun pokok mahkota dewa juga menurut kajian membantu dalam masalah impotence lelaki dalam proses pembiakan masalah zahir dan batin. Dalam kajian menggunakan buah mahkota dewa atas tikus dilaporkan kandungan tertentu dalam buahnya boleh menaikkan level hormone testosterone dan juga kelakuan libido haiwan tersebut (Parhizkar et al 2013).
Buah mahkota dewa tidak boleh dimakan ketika masih segar, perlu dikeringkan betul-betul. Setelah kering pisahkan bijinya dan simpan isi buah yang sudah kering dalam botol bersih. Buat seperti teh rebus isinya untuk diminum. Yang menghadapi masalah kencing manis boleh cuba amalkan minum sehari sekali air rebusan mahkota dewa setiap hari dalam seminggu tengok sesuai ada perubahan atau tidak dahulu. Kekadang side-effect minum rebusan teh buah mahkota dewa boleh membuatkan ngantuk, minum air banyak-banyak jika rasa mengantuk. Untuk orang sedang mengandung tidak sesuai untuk ambil buah mahkota dewa sebagai ubat, boleh menyebabkan keguguran atau mempercepatkan kelahiran. Ambil nasihat pakar dahulu sebelum cuba lebih elok.
Pokok mahkota dewa boleh dibonsaikan pokoknya supaya tidak besar. Bila pruning biasanya cepat sahaja ianya tumbuh tunas-tunas baru di dahannya (related posting klik sini). Bulan ini nampak banyak buah mahkota dewa meranum di atas pokok, Big Boss pula tiada balik. jadi tak dimanfaatkan buahnya sebab Tukang Kebun pun tak de masa nak belek-belek ada projek lain. Big Boss pun tak kuasa nak bising sebab tahu Tukang Kebunnya di Sungai Buloh tak cukup kakitangan. Lagipun kampung Big Boss di Kiulu juga ada pokoknya baru kecil macam tinggi si Tukang Kebun kecil Rayyan dah berbuah masa kali terakhir Tukang Kebun balik dulu.
Pasti di KingFisher juga ada sudah anak pokoknya yang sedang membesar. Adik lelaki Tukang Kebun pun sekarang kerap balik ke Kiulu sedang buat projek tanam cili sama saudara mara sana, jadi yang di kampung ada buah mahkota dewa boleh dibawa balik untuk kegunaan Big Boss. Itulah kehidupan kami macam nomad, pokok-pokok pun macam mengembara sama-sama menetap di tempat lain. Kalau kebun Sungai Buloh di sini terputus takde, InsyaAllah dekat kebun bahagian Borneo pun ada back up. Semoga generasi seterusnya seperti tumbuhan-tumbuhan di Kebun Bahagia Bersama dah beberapa generasi ada dipindahkan merata-rata di mana tanah kebun yang ada akan berterusan bekalan tidak terputus.
Anak pokok mahkota dewa ada ready stock baru, beranak pinak dari pokok mahkota dewa di atas yang dipindahkan ke dalam bekas beberapa bulan-bulan lalu.
~ 1 bekas anak pokok mahkota dewa RM8~
Bulan ini pun InsyaAllah selagi ada fresh stock buah masak mahkota dewa juga dapat kami bekalkan.
~ 500gram buah mahkota dewa RM7~
Abang ipar kakak hiris nipis buah mahkota dewa ini dan keringkan macam asam gelugor tu Dee. Kemudian bila nak guna masukkan 3-5 keping dlm air panas. Bila dah suam minum. Dia utk kurangkan darah tingginya... nampaknya macam ok dan serasi buat diri dia.
BalasPadamlebatnya buah.. terbaik..
BalasPadamSaya suka warna buahnya... cantik... pernah dengar tentang khasiatnya... tapi belum pernah cuba tanam...
BalasPadamSy minum juga spt minum teh tu..Tuang air pns ke dlm bekas@ cawan..yg ade 2kpg..kalau guna bekas besar 3-4kpg dh memadai..boleh juga cmpur 1sudu madu..
BalasPadamassalamualaikum diana
BalasPadamkaknoor pernah dngr pokok mahkota dewa ni tpi tk tau apa kegunaannya, skrg dah tau dah hehe
rupa nya tk boleh mkn mcm tu je kena keringkan dulu ya, kt brunei ada pernah nmpk buah nya ni seakan buah sibut yg utk mkn gitu saja tu kan..
Assalamualaikum & selamat Hari Asyurrah Kak Diana,
BalasPadamCantiknya buah mahkota dewa ni, & buah ni memang sangat banyak manfaatnya untuk kesihatan, setakat ni x pernah lagi Julie merasai kenikmatan buah ini hehe...ada org cakap teh mahkota dewa ni pahit,ye ke kak hehe...
sy nak beli sepokok. camne nk order tu?.
BalasPadamSalam Bahagia Kak Zakie.
BalasPadamMemang elok hiris-hiris lagi lepas dah betul keringkan.
Syukur Alhamdulillah dah nampak serasi untuk abang ipar Kak Zakie.
Salam Bahagia Flora.
Mungkin pokoknya serasi di situ.
Salam Bahagia Farahhazirah.
Warna buahnya memang menarik merah macam cherry. Rasa je lain sangat
Salam Bahagia Sis Norish.
Oh boleh campur dengan madu juga ya.
Thank you for the tips.
Salam Bahagia Kak Noor.
Ya tak boleh makan mentah-mentah gitu, kena keringkan dulu baru boleh buat berubat.
Waalaikumsalam Julie.
Tukang Kebun tak pernah minuh tehnya.
Tengok je mama Tukang Kebun teguk.
Sebab setakat ini Tukang kebun tak de masalah apa-apa tak mau gak ambil benda sebarang sebab kita tak tahu side effectnya.
Salam Bahagia.
Boleh email pesanan ke (kebunkmg@gmail.com)
Skrg ada buah mahkota dewa utk jualan tak? Berapa harga sekilo?
BalasPadamslm
BalasPadam