Halaman

Isnin, 26 Oktober 2015

Kemas Kawasan Katak Puru

  Antara agenda Tukang Kebun di Kebun Bahagia Bersama minggu lepas ialah mengemas kawasan keliling pokok katak puru. Dah gelap dan semak dengan pelbagai jenis pembesaran pesat pokok-pokok di sekeliling. Nak pergi tuai pun takut-takut Tukang Kebun nanti. Bila curi-curi masa dapatlah juga mula buat stock semula anak-anak pokok katak puru yang tak putus-putus timbul membesar keliling maknya. Ada limited stock available semula anak pokok katak puru minggu ini.

~ 1 bekas anak pokok katak puru RM10 ~
  Buah Katak Puru yang dah hampir masak biasanya memang ramai peminat, bukan sahaja Homo sapiens. Pagi-pagi kalau tak jenguk nanti berebut dengan tupai atau burung. Kalau musim kemarau semut pun suka drilling masuk ke dalam buah katak puru. Bukan setakat semut, tetapi ulat bulu pun suka makan isi buah katak puru. Tak disangkakan pula minggu lepas ada sejenis anak beranak lebah pun berkesempatan buat sarang atas pokok katak puru. Challenging sikit nak pergi tuai buahnya dan kemaskan kawasan persekitarannya, asyik boleh lupa sebab tak jauh dari paras ketinggian kepala.
  Antara tuaian Sabtu minggu lepas ialah buah katak puru dan telur-telur dari ternakan Kebun Bahagia Bersama. Buah Katak Puru tak available untuk self-collect minggu ini. Sekiranya telur itik InsyaAllah ada (sebutir 70sen). First Order, First Reserved.
   Nampaknya rizom-rizom Serai Acheh dah jauh berjalan di deretan tembok depan di bawah pokok belimbing besi asalnya sehingga sudah menghuni ke kawasan bawah pokok katak puru juga. Pokok-pokok Serai Acheh atau juga dikenali dengan nama Tepus Wangi boleh hidup di kawasan yang kurang cahaya (half shade). Rumpai pun tidak mampu nak hidup di kawasan ini dengan selesa kerana tidak mendapat cahaya matahari secara langsung. Tetapi Serai Acheh dapat hidup dengan selesa di bawah kanopi pokok-pokok. Minggu lepas sambil-sambil mengemas sempat juga Tukang Kebun buat propagation batch baru pokok-pokok Serai Acheh ke dalam bekas sebelum bekalan stok sekarang yang ada tinggal sedikit terputus. 

~ 1 bekas Serai Acheh RM7.00 ~
  Yang mana tak dicabut betul akarnya sekali, bolehlah untuk treat anak-anak mandi home-spa Serai Acheh. Mandi air Serai Acheh ini memang kegemaran anak-anak lebih-lebih lagi si Rayyan. Boleh bergaduh dengar Rayyan dan Abby claiming Mama buatkan untuk Rayyan?Abby?tak boleh share. Nasib baik abang Ilhan dah besar, tukang reda keadaan kata Mama buat untuk semua lah. Senang nak suruh mandi bila anak-anak ni tahu ada air Serai Acheh tengah direbus. Mama budak-budak ni yang takde peluang nak home-spa, ambil je lah wapnya sambil masak-masak kasi tenang kepala.

 Bulan ini mood nak meroyan tu tak boleh tahan, dugaan rasanya hormone tak stabil kemungkinan masalah " Premenstrual Dysphoric DisOrder (PMDD) ". Jadi Serai Acheh ini boleh dijadikan herba alternatif untuk penenang kepala dari nak rasa meroyan teruk. Penawar tradisional orang dahulu-dahulu untuk penenang. Walaupun masa sentiasa terkejar-kejar, sambil rebus airnya di dapur, Tukang Kebun selalu buat kerja laptop di meja dapur sekarang sebab satu dapur boleh bau wap rebusan air Serai Acheh, therapy penenang masa busy. Anak-anak pula boleh mandi airnya bagus juga pada musim-musim jerebu ni untuk elak masalah sakit respiratory ni. Multi-Tasking too Much Lately. Memang rasa tenang sambil masak-masak juga bila tengah ada Serai Acheh direbus.

Bacaan lanjut mengenai Serai Acheh boleh refer di posting sebelum ini (klik sini).
  Ahad lalu antara hasil dari Kebun Bahagia Bersama available ialah ayam-ayam kampung. Semalam sembelih 7 ekor ayam kampung. 
  Antara hot item bulan ini juga tuaian segar dari Kebun Bahagia Bersama ialah pek citrus mixed. Untuk minggu ini tak available, InsyaAllah jika ada rezeki lagi 2 minggu kami ambil pesanan semula untuk pek citrus mixed.
  Yang kemungkinan available untuk self-collect hujung minggu ini sekiranya cuaca mengizinkan ialah buah kelapa muda (1biji RM2). Untuk kelapa muda self-collect pada hari Ahad sahaja InsyaAllah available.

Self-Collect Schedule This Week:

~ 28hbOktober 2015, Rabu malam di kawasan Putra Medical Centre, Sungai Buloh antara pukul 9:00PM~9:30PM.

~ 31hbOktober 2015, Sabtu pagi di didepan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway) antara pukul 10:00AM~10:30AM.

~ 1hbNovember 2015, Ahad pagi di didepan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway) antara pukul 10:00AM~10:30AM.

~ 1hbNovember 2015, Ahad petang di didepan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway) antara pukul 5:00PM~5:30PM.
  Juga available adalah kelapa tua ataupun kelapa yang sudah siap dikukur. Pasar Ubi Kayu Kebun Bahagia Bersama untuk tahun ini dah tutup. InsyaAllah tahun depan jika ada rezeki ada tuaian ubi kayu lagi dari Kebun Bahagia Bersama.

~ 3 biji kelapa tua RM3~
~ 3 biji kelapa sudah dikukur RM5 ~
  Minggu ini sudah tiada stok segar ubi kayu, tetapi InsyaAllah daun pucuk ubi kayu masih kami bekalkan.

~ 1 ikat daun pucuk muda ubi kayu RM1.00 ~
~ 1 ikat daun pucuk muda assam gelugor RM1.00 ~

 Yang berminat nak buat sayur buah nangka muda minggu ini untuk self-collect juga, InsyaAllah available (1 biji buah nangka muda RM3).
  Tips kepada yang belum biasa dengan buah canistel ialah, selain dari indicator tekan rasa isinya dah lembut ialah kekadang buahnya bila ranum, kulit buah itu sendiri akan rekah mengupas sendiri seperti contoh gambar di bawah ini. Ini buah yang masak di atas pokok, kami tuai hati-hati sebab kulitnya dah mengelupas seperti dalam gambar. Nasib baik belum ada tupai atau burung yang santap dahulu. Biasanya kalau dah masak betul macam ini tak dapat nak dipos cuma rezeki yang datang self-collect. Bolehlah merasa terus tak perlu nak peram-peram dahulu.
  Minggu ini juga available fresh dari Kebun Bahagia Bersama boleh dipos atau self-collect ialah buah ciku dan buah canistel (buah kuning telor).

~ 1kilogram buah ciku RM4 ~
~ 1kilogram buah canistel RM5 ~
  Untuk buah ciku, minggu ini ada 2 jenis buahnya sedang nak masak. Jenis bujur dan bulat. Gardeners self-collect Ahad pagi semalam mohon maaf sempat tuai yang jenis bujur je, yang datang sebelah petang dapat mixed 2 jenis ciku. Sebab baru hand-pick semalam kena peram dulu ya sehingga masak.

InsyaAllah yang masih available juga ialah:

~ 1 pek cili burung RM1.00 .
~ 500gram buah mahkota dewa RM7.00 .

8 ulasan:

  1. Banyaknya buah nam-nam..
    Takut kak tengok spesis yang buat sarang tu...kak paggil binatang ni penyengat. Sakit wo..kalau dia sengat..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak Diana,
    Seronoknya tgk hasil2 dr kebun kakak, kalolah dekat mmg lama sdh Julie p sana kak, mau jg Julie merasa daging ayam organik kakak itu...mcm penyengat ja yg tinggal d pokok katak puru tu kak...seram tengok!!!!...bahaya tu kak kalo x dhalau....

    BalasPadam
  3. Dulu arwah nenek saya panggil buah katak puru tu.. buah nam nam... bila tengok buah katak puru & buah ciku tu.. teringat pulak zaman kecik2 dulu dengan arwah nenek...

    BalasPadam
  4. Rasanyer serai aceh ni bunda belom pernah tengok lagi...apa kegunaannyer yer?

    Memang...bunda pun panggil buah nam nam...sekarang ni baru tau nama lainnya buah katak puru .

    BalasPadam
  5. Puan...buah katak puru kalau masak rasanya manis ker..? saya pernah rasa yang muda sahaja...masam...

    BalasPadam
  6. ingat ke katak puru apa td..hihihi

    BalasPadam
  7. sedap pula buah katak puru...lama x makan.

    BalasPadam
  8. Salam Bahagia Kak Mala.

    Takut gak Kak Mala tengok penyengat tu.
    Tapi ada penyengat makin galak pula pokok katak puru tu berbuah.

    Salam Bahagia Julie.

    Nak halau tak senang Julie.
    Sebab dekat dengan rumah, nanti penyengat tu mengamuk lari masuk rumah takut sempat ikut sekali.
    Kena hati-hati dan beringat sahajalah.

    Salam Bahagia Farahhazirah.

    Ada orang panggil buah nam nam , buah katak puru ini ikut negeri kut.

    Salam Bahagia Bunda-Nora.

    Buat macam pengganti serai makan dalam masakan juga boleh Serai Acheh ni.

    Salam Bahagia Kak Fida.

    Rasa ada masam-masam manis.

    Salam Bahagia Sis Yaati.

    Hehehe ini katak puru version buah.

    Salam Bahagia Kak Suzie.

    Anak-anak pun suka makan katak puru ni.

    BalasPadam