Halaman

Isnin, 30 November 2015

Multiply Nanas Madu Sabah

  Syukur Alhamdulillah projek mini sedikit demi sedikit membesarkan ruang petak nenas madu Sabah dan menambahkan bilangan pokok-pokok yang ada di dalam kebun dapatlah kami merasa buah nenas madu Sabah lebih kerap dari kebun sendiri berbanding dengan beberapa tahun lalu. Hujung tahun ini adalah juga dapat merasa buah-buah nenas madu Sabah. Biasanya musim buah nenas madu Sabah pertengahan tahun di Kebun Bahagia Bersama bila dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. 

  Yang membuat Tukang Kebun tersenyum juga adalah bulan ini juga kelihatan beberapa pokok nenas sudah mula hendak berbunga. Anggaran buahnya masak, InsyaAllah berdekatan perayaan Tahun Baru Cina bulan February akan datang. Sebagai contoh, pokok nenas yang sama No. 1 & No.2 semasa buahnya sedang membesar kelihatan sulur nenas pada sama pokok mengeluarkan buah nenas kecil (anak panah coklat dalam gambar No. 2) . Bila sulur-sulur tangkai di keliling bawah buah nenas yang sudah meranum telah menjadi lebih besar, terlindung pula buah nenas kecil tersebut (gambar No. 1). Kemudian akan dibuka-buka sulur tangkai Nanas tersebut untuk memberikan lebih tenaga kepada pokok menghasilkan buah yang besar untuk buah muda yang baru sahaja terbentuk.

Mulai hari ini hingga 18hb December 2015, Kebun Bahagia Bersama membuat promosi bekalan bibit/sulur tangkai nenas madu Sabah. 

~ 3 bibit/sulur tangkai nenas madu Sabah for RM10.00 (jimat RM5) ~
  Syukur Alhamdulillah giliran pokok nenas yang ditanam serentak di sebelahnya juga sudah mula teruja membentuk buah yang kecil akan mengeluarkan bunga (gambar no. 3). Masa buahnya muda pada awal pembentukannya kelihatan kemerahan warnanya. Begitu juga sulur-sulur tangkai di kedudukan keliling bawah buahnya berwarna kemerahan juga. 

Apakah dia sulur nenas boleh ulangkaji di posting sebelum ini (klik sini)

  Pokok Nenas Madu Sabah adalah jenis pokok nenas yang banyak menggunakan tenaga untuk menghasilkan anak-anak baru atau dipanggil sulur. Lihat sahajalah mahkota buahnya di gambar No. 1 berlapis-lapis dipenuhi mahkota kecil. Ini adalah salah satu characteristic pokok Nenas Madu Sabah frequency menghasilkan mahkota atau jambul yang berlapis-lapis adalah bukan janggal.Jika ditanam menggunakan mahkotanya dikatakan mengambil masa lebih lama untuk menghasilkan buah, saiz buah lebih kecil dan rasa tak semanis. Biasanya bibit nenas diambil dari sulur-sulur yang dihasilkan oleh pokok induk. Salah satu characteristic pokok Nenas Madu Sabah juga ialah menghasilkan banyak sulur-sulur sepanjang riwayatnya, mudah kata suka beranak-pinak. 

  Oleh itu mungkin penyebab menghasilkan saiz buah yang kecil atau sedang-sedang saja berbanding dengan jenis lain. Suka beranak jadi banyaklah tenaga pergi untuk besarkan anak-anak (sulur) berkongsi dengan buahnya. But in term of taste sweet as honey banding saiz giant nenas lain lah. Tapi hasil buah Nenas Madu Sabah hujung tahun ini Tukang Kebun amat berpuas hati kerana berbanding dengan musim lepas, saiz dan beratnya hampir 2 kali ganda dari musim-musim sebelum ini. Buah yang dibawa sebagai ole-ole untuk Big Boss dalam gambar No.1 juga beratnya hampir 2 kilogram. Bolehlah sebab tak pernah dibaja dan dibelai. Kekadang terbiar je duduk dalam semak pun mungkin penyebab saiz buah tak jadi optimum. Tanam secara organik jadi takdelah nak sembur-sembur racun rumput. Manual weeding pakai 2 tapak tangan sambil kena cucuk-cucuk dengan gerigi daun nenas bila ada masa. Hasil rumpai pun bolehlah bagi ayam makan kan.

  Salah satu sebab musim nenas madu Sabah kali ini buahnya hampir 2 kali ganda besar adalah kami kerap keluarkan sulur-sulur nenas yang attached pada induk yang sedang berbuah. Rajin keluarkan sulur sebab tahun ini kami banyak buka kawasan yang kecil-kecil sahaja untuk menanam sulur-sulur nenas. Sedikit demi sedikit dibuka dan ditanam, InsyaAllah makin meningkatlah hasil buah organik nenas madu Sabah yang dapat dirasai untuk sekeluarga nanti.

   Kesimpulannya untuk mendapatkan saiz buah Nenas Madu Sabah yang besar selain dari pembajaan  dan weed-free ialah buka hampir kesulurahan sulur-sulurnya.
 Ada penghantaran menggunakan Pos Laju Malaysia tertangguh sebab tidak cukup stok kotak prepaid untuk pos hari ini. Pagi ini baru nak dapatkan kotak prepaid, InsyaAllah pada hari Rabu ini akan dipos.

Self-Collect Schedule This Week:

~ Sabtu pagi 5hb Disember 2015, 10:30AM ~ 11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras lebuhraya Guthrie Corridor).

~ Ahad pagi 6hb Disember 2015, 10:30AM ~ 11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras lebuhraya Guthrie Corridor).
  Antara tuaian hujung bulan November tahun 2015 ini adalah seperti nangka, belimbing besi, manggis, katak puru, ciku, pisang tembaga dan telur.
 Antara fresh produce available dari Kebun Bahagia Bersama minggu ini ialah:

~ Buah Ciku sekilogram RM4.00 .
~ Buah Nam Nam/Katak Puru 5 biji RM2.00.
~ Buah Nangka Muda sebiji RM3.00 .
~ Buah Canistel/ Kuning Telur sekilogram RM5.00 .
~ Buah Limau Mixed 500gram RM3.00 .
~ Bawang Dayak/ Bawang Berlian seikat RM12.00 .
~ Rizom Halia Bara/ Halia Merah 1 set RM10.00 .
~ Batang keladi seikat RM1.00 .
~ Pucuk daun assam gelugor seikat RM1.00 .
~ Pucuk daun gajus seikat RM1.00 .
~ Pucuk daun ubi kayu seikat RM1.00 .
~ Isi kelapa kukur 3 biji RM5.00 .
~ Telur ayam kampung 70sen.
~ Telur itik 70sen.

Sabtu, 28 November 2015

Rambutan ke tu???

  Hari ini Tukang Kebun nak bagi homework hujung minggu sempena cuti sekolah kepada readers Kebun Bahagia Bersama (silent readers juga tau), untuk berikan beberapa cadangan bagi nama kepada pokok bunga ini. Kalau segan nak bagi cadangan pun tak perlu tulis nama sebenar dalam kotak komen hehehe....Tak pernah lagi dengar nama am untuk bunga ini dalam Bahasa Kebangsaan. Kalau nama am dalam Bahasa Inggeris ialah Thailand PowderPuff atau nama botani 'Combretum constrictum'. Kalau tengok bentuk bunganya macam buah rambutan je mesti terpanggil bunga rambutan hehehe...lets see if we all can come up with something catchy in bahasa.

 Info mengenai pokok bunga 'Combretum constrictum' juga boleh rujuk di postings sebelum ini (klik sini).
  Nama am 'Thailand PowderPuff' tapi rata-rata sumber mengatakan asal-usulnya dari benua Afrika. Walaupun pokok ini bersifat separa memanjat, Tukang Kebun tak sediakan para untuknya. Begitu mudah tumbuh di cuaca tanah rendah Malaysia. Selepas dipindahkan ke tanah dijaga makan dan minumnya, setelah setengah tahun InsyaAllah tak perlu dah nak manjakan pokok ini sangat. Tukang Kebun pun dah bertahun tak berikan makan minum sejak pokoknya sudah nampak subur sesuaikan diri menghuni di kawasan ini. Walaupun pada musim kemarau tidak disiram apabila tumbuh di atas tanah. Jika tumbuh di pasu, sekali kala kena siram. Kalau bukan tiap hari pun tidak mengapa, kerana pokok ini dikatakan 'drought-tolerant' apabila sudah well-established (sudah serasi dengan persekitarannya). A water saving plant.

  Syukur Alhamdulillah tak putus-putus ianya berbunga sepanjang tahun, memberikan juga makanan kepada burung, rama-rama dan lebah. Bunganya tidak berbau tetapi warna merah terang-benderang menarik serangga penghisap madu ke dirinya. Bunga yang kembang tahan dalam seminggu lebih. 

  Apabila anak pokok sudah capai usia lebih dari setahun, jika merimbun tapi tak berbunga-bunga lagi kebarangkalian overdose baja. Maka, eloklah pangkas-pangkas pokoknya. Bila merimbun semula tapi tak berbunga kena pangkas-pangkas lagi nak perabih bahagian baja yang terlebih tu.

  Siapa sangka di sebalik bud bunga bulat-bulat kecil itu, bila kembang boleh terkeluar misai-misai yang panjang tersimpan di dalamnya menawan hati si rama-rama dan peminat lain.

  Terbayang pula kalau pokoknya berjutai-jutai keluar dari balcony garden macam kayangan. Rasa-rasanya orang yang lalu-lalang jadi hairan tak tengok bunganya dari jauh macam buah rambutan.

~ 1 pot anak pokok bunga Thailand PowderPuff RM12 ~

  Sebelum balik kampung, ada juga buah-buah rambutan yang dah mula nak meranum, dari tak rasa langsung petik-petiklah juga sambil kemas kebun. Takut balik nanti tinggal kulit rambutan je bersepah di atas tanah.

Jumaat, 27 November 2015

Mizuna SenSujiKyou (千筋京水菜)

   Antara sayur daun kegemaran Tukang Kebun yang mirip kepada bentuk arugula ialah sayur daun Jepun yang dipanggil Mizuna. Sayur Mizuna lebih ranggup dimakan dari arugula dan tak berapa rasa pedas-pedas bila dimakan mentah berlainan dengan arugula. Sayur Mizuna seperti sayur arugula yang biasa digunakan dalam salad campur juga popular di Jepun sebagai sayur salad kerana bentuknya yang bergerigi nampak menarik dicampurkan dengan sayur daun lain berserta keranggupannya. Jika dibandingkan dengan arugula ianya lebih ranggup. Dalam segi warnanya juga dapat dibezakan dengan Arugula dan Mizuna walaupun keduanya mempunyai bentuk daun bergerigi yang hampir sama. Berbeza dengan Arugula, Mizuna masa baru lahir beberapa daun sudah pun menunjukkan daun-daun yang bergerigi lebih awal dengan jelas.

Contoh anak pokok Mizuna baru bercambah klik sini.

   Hampir terlupa nak tuai sayur daun Mizuna jenis SenSujiKyou sebelum balik ke kampung Big Boss.  Mizuna jenis SenSujiKyou adalah antara jenis Mizuna yang lebih banyak menghasilkan batang daun. Yang batch Tukang Kebun tuai SenSujiKyou masih remaja lagi tengah bertambah-tambah tumbuh lagi batang-batang sayur halus kecil pokoknya. Kalau tak tuai nanti tak merasa pula bila balik. Batch SenSujiKyou ini yang benihnya terus disemai dalam pasu dan menerima separa cahaya matahari. 

~  Anggaran 50 biji benih Mizuna SenSujiKyou (千筋京水菜) harga RM1.00 ~
  Gambar No. 2 dan No. 3 adalah perkongsian gambar sayur sawi jepun atau dipanggil komatsuna yang sedang membesar di Kebun Kak Fatima di Rawang dari bekalan benih Kebun Bahagia Bersama. Tumpang bahagia melihat pertumbuhan sayur komatsuna ini. Perbezaan pertumbuhan komatsuna dalam 2 bekas ini bila dibincangkan bersama Kak Fatima kebarangkalian faktor penerimaan cahaya matahari. Yang gambar No.2 mendapat lebih banyak cahaya matahari jika dibandingkan dengan petak gambar No. 3. Bekalan jenis tanah yang digunakan kedua-duanya adalah sama dari tanah bakar Kebun Bahagia Bersama.

  Musim hujan sekarang musim mudah untuk menanam sayur daun hijau. Terutamanya bagi mereka yang menanam dalam bekas sebab boleh dialih-alihkan. Kalau hujan lebat sangat takut patah batang-batangnya boleh dipindah-pindahkan tempat. Cuaca pun kurang panas berbanding dengan musim lain, lebih mudah bagi mereka yang menanam di tempat tinggi seperti balcony garden yang jika musim panas, bahang panas lebih terasa. Gardeners yang ada hajat pada awal tahun 2015 nak merasa hasil tuaian dari tangan sendiri yang belum sempat merealisasikan hajat tersebut, InsyaAllah sempat juga nak merasa hasil tangan kalau tanam sayur daun. Sayur daun sebenarnya tak perlu tunggu besar pun dah boleh makan. Sebagai contoh saiz sawi jepun/ komatsuna yang dikongsikan oleh Kak Fatima ini pun dah boleh dituai. Terutamanya kalau dah padat sangat, sambil bagi ruang sambil tu boleh tuai. Lapar-lapar musim hujan ini boleh campur dalam maggi sejurus dituai (jangan lupa cuci tanah dulu).

  Benih-benih sayur daun sawi jepun/komatsuna juga available. Ada 2 jenis benih kampung /heirloom komatsuna dalam stok terkini. Setiap 1 pek berharga RM1.00 dengan anggaran 50 biji benih.

~ Komatsuna Gokurakuten 極楽天 ~

~ Komatsuna Natsurakuten夏楽天 ~

  Mulai dari hari ini (27hb November 2015) hingga (18hb December 2015), Kebun Bahagia Bersama buka promosi sayur daun, turnip, radish dan lettuce. Kebiasaannya kami bekalkan setiap pek RM1.00 dengan anggaran 50 biji benih. Untuk promosi kali ini pilihan seperti yang tertera di page posting ini termasuk Mizuna dan Komatsuna, pembelian 5 pek (RM5) dapat 1 pek percuma atau pembelian 10pek (RM10) dapat 3 pek percuma. Pek percuma akan dipilih oleh Tukang Kebun.

 Semua jenis benih-benih yang dibekalkan adalah jenis benih kampung/heirloom, bukan hybrid ataupun F1. Yang ini semua jenis sayur boleh dimakan ala-ala sprout, baru bercambah ada beberapa daun pun sudah boleh dimakan. Masih bolehlah dikira semai tahun ini boleh makan tahun ini.

Antara pilihan benih-benih yang available:

~ Lettuce Coral Leaf Plume (klik sini) ~

~ Lettuce Summer Green (klik sini) ~

~ Radish French Breakfast (klik sini) ~

~ Turnip Hinonakabu 日野菜蕪 (klik sini) ~

~ Turnip HonBeni 本紅かぶ (klik sini) ~

~ Turnip HonBeni AkaMaru 本紅赤丸蕪 (klik sini) ~

~ Turnip TsudaKabu 津田蕪 (klik sini) ~

~ Bok Choi Hiroshimana (klik sini) ~

~ Bok Choi Vitaminna (klik sini) ~

~ Hon Tsai Tai (klik sini) ~

~ Kailan (klik sini) ~

~ Mibuna ~

~ Mustard Red Giant (klik sini) ~

~ Pak Choi (klik sini) ~

~ Tatsoi (klik sini) ~

~ Sawi Bunga (klik sini) ~


Khamis, 26 November 2015

Terjah Tamu Tamparuli

  Awal-awal pagi Rabu minggu ini kami bergerak ke Tamu Tamparuli. Syukur Alhamdulillah dalam musim hujan ini, cuaca pagi Rabu amat cerah. Air sungai masih besar tetapi masih kereta dapat limpas sungai.
 Abang-abang Abby pernah sudah ambil gambar di atas jambatan gantung Tamparuli yang antara terkenal di negeri Sabah ini. Ambil jugalah gambar untuk kenangan si Abby.
 Beginilah suasana pagi Rabu di Tamparuli setiap minggu, ramai pekebun turun ke sini untuk menjual hasil-hasil tuaian mereka.
 Terasa minggu ini di Tamu Tamparuli lebih ramai pekebun yang turun. Walaupun tidak menjual cuma turun ke Tamu membeli keperluan, ramai juga meneman kawan-kawan mereka meniaga hasil tuaiannya. Minggu ini nampaknya ada juga yang menjual pinang masak atau muda.
  Tukang Kebun perhatikan minggu ini banyak bekalan jenis pisang boleh didapati di Tamu Tamparuli. Bibit-bibit pisang ada juga pekebun yang menawarkannya. Dapat jugalah Tukang Kebun menambah koleksi jenis pisang baka dibawa dari Sabah dibahagikan untuk ditanam di Kingfisher, Sabah dan juga di Sungai Buloh.
  Subur dan lumayan sungguh hasil tuaian kunyit dari pekebun ini. Bukan sahaja rizom kunyit ditawarkan tetapi ada juga bunga kunyit. Tambahan lagi untung sungguh pembeli bila beli daun kunyit masih ada juga bahagian rizom kunyit yang boleh digunakan juga.
  Tukang Kebun perhatikan di Tamu Tamparuli jagungnya lebih rupa kepada jagung kampung bukan seperti jagung manis yang berlambak di Tamu Tuaran. Minggu ini banyak ubi mirip seperti ubi badak dijual di Tamu. Dalam bahasa Dusun-Kadazan ubi ini dipanggil 'kasau'. Jenis limau mirip limau kapas lebih banyak terserempak berbanding dengan limau nipis.
  Di Tamu Tamparuli tidak janggal lagi bila kelihatan ada nursery bergerak yang juga berjual bibit bunga agaphantus atau Lily of the Nile yang banyak menghiasi kawasan Kundasang. Lily of the Nile ini dijual secara tanpa tanah atau bare-rooted sahaja dengan keadaan sedang berbunga.
  Minggu ini limited stock available untuk dipos hari Isnin depan ataupun self-collect pada Sabtu /Ahad depan ialah seperti:

Bawang/Bibit bunga Crinum seperti gambar di bawah:

1 bawang RM15.

Info bunga crinum boleh klik sini.
  Back in demand juga adalah bawang berlian dan halia bara.

Kali ini selagi stok masih available adalah bawang berlian. Kali ini dibekalkan seikat seperti di gambar bawah. Boleh digunakan terus untuk masak atau berubat. Nak tanam jadikan bibit pun boleh. InsyaAllah kalau tanam semula dapatlah tengok bunga putihnya yang cantik kembang sebelah petang.

Tips untuk teruja bawang berlian berbunga dan sebagai ubat tradisional klik sini.

~ 1 ikat bawang berlian RM12 ~
  Juga merah menyala-nyala si Halia Bara atau juga dikenali Halia Merah rizom segar available semula.

~ 1 set rhizome Halia Bara RM10 ~

Info Halia Bara klik sini.

Selasa, 24 November 2015

Kemas Kuinin

  Catatan antara projek kemaskan Kebun Bahagia Bersama hujung minggu lepas ialah berikan haircut kepada pokok kuini. Tukang Kebun perhatikan ranting-ranting baru sudah membesar. Alang-alang selepas kemaskan pokok ciku yang terangkat pokoknya jadi rebah akibat dahan yang sarat dengan buah-buah. Pokok kuini ni tumbuh tinggi selalunya perhatikan sarang besar ada di atasnya dibuat oleh burung-burung. Ini pakai tangga ketinggian 4 meter untuk potong dahannya. Tahun ini ianya tidak teruja untuk berbunga, moga tahun depan lepas Tahun Baru Cina mahulah ia berbunga.
  Permata-permata hati pun ringan tulang hujung minggu lepas bantu mengangkat dahan-dahan pokok kuini yang sudah dipotong ke tempat kawasan pembakaran sampah. Yang berbaju tidur biru belum bertukar baju ialah supervisor Ilhan Mikhail. Membantu sorting yang dahan kecil-kecil untuk adiknya Abby yang bawa. 
  Abby kali ini beriya-iya nak juga membantu sebab katanya kalau Abby rajin tolong kemas nanti papa belikan jam untuk Abby. Rayyan juga tidak mahu ketinggalan cemburu sebab Ilhan selalu dapat upah membantu Tukang Kebun. Selesai berkebun maknya masuk banyak baju comot-comot pula nak kena menyental di tandas. Bila kebun di belakang dah nampak banyak kawasan dah dikemas, rajinlah mereka bertiga main-main di belakang. Ada sahaja ideanya.
  Semasa Tukang Kebun mengemas tembok luar depan Kebun Bahagia Bersama nak kasi pokok-pokok katak puru bernafas, terjumpalah ada anak-anak bauhinia kockiana juga tumbuh di situ dari biji-biji benihnya yang meletup (related posting klik sini). Biasanya dari luar tembok dah boleh nampak meriah gugusan bunga bauhinia kockiana yang melilit berdekatan dengan tembok.
  Pokok bunga bauhinia kockiana juga menceriakan pergola. Pokok bunga bauhinia kockiana yang matang di Kebun Bahagia Bersama tidak putus-putus berbunga sepanjang tahun. Begitu sukakan kawasan yang menerima banyak cahaya matahari sepanjang hari. Kalau Bauhinia kockiana anda merimbun banyak tak bunga-bunga kemungkinan terlebih bagi makan baja. Yang di Kebun Bahagia Bersama dah bertahun tak kasi makan tapi tak putus-putus berbunga, syaratnya juga banyak kisses from the sun.
  Ada limited sahaja anak pokok bauhinia kockiana bagi gardeners yang sudah lama mencari-cari untuk indahkan kebunnya.

~ 1 anak pokok bauhinia kockiana RM8 ~

Rabu, 18 November 2015

Shiro September OffSpring

   Hari ini mood nak cerita pasal next batch ayam kampung dara Kebun Bahagia Bersama pula yang kami panggil batch 'Shiro September OffSpring'. Dalam Bahasa Jepun 'Shiro' ialah warna putih. Dalam batch yang lahir sekitar awal bulan September ini nampak ketara ada anak-anak ayam kampung putih yang bapanya si Shiro dalam gambar di atas. Shiro umurnya agak-agak dalam 7 bulan. Manja bukan main si Shiro ni boleh angkat duduk atas riba belai-belai. Di dalam gambar-gambar posting ini, yang ayam remaja berwarna putih tu bolehlah tau bapanya siapa. Batch 'Shiro September OffSpring' kali ini yang mana berwarna putih akan disimpan buat induk masa depan terutamanya yang betina.
  Pada awalnya batch 'Shiro September OffSpring' membesar bersama-sama batch 'Merdeka' (related posting klik sini) sebelum dipisahkan ikut saiz dan umur. Batch yang 'Shiro September OffSpring' ini diet mereka juga agak sama untuk membesarkan mereka seperti batch 'Merdeka'.
  Rumput-rumpai atau bayam liar yang dicabut sambil membersihkan kawasan akan diberikan kepada anak-anak ayam batch 'Shiro September OffSpring' ini. Seperti biasa ada juga yang nak menumpang makan sekali sebelum diagih-agihkan kepada yang lain. Siapa boleh nampak si Shiro juga berada dalam gambar di atas? Angsa-angsa juga semua ada nama ada features masing-masing yang boleh kami bezakan.
 
  Lepas perah santan biasanya hampasnya akan diberikan kepada anak-anak ayam. Tempurung yang isi kelapa yang tak terkukur juga tidak dibazirkan dan diberikan kepada anak-anak ayam supaya mereka membesar manis lemak berkrim. Feedback yang diterima untuk batch 'Merdeka' lepas , bila dipanggang/bakar manis isinya dan lembut untuk dimakan. Begitu juga bila digoreng lama masih lembut isinya. Kucing pun boleh makan kaki ayam sampai licin tanpa masak pun terkejut Tukang Kebun tengok sebab saiznya masih kecil dan tulang juga belum begitu keras. Untuk ayam kampung tak cepat membesar seperti ayam daging tapi rasa dagingnya amat beza dengan ayam daging. 

 Juicy sweet tender lean healthy chicken meat rasa ayam kampung bela kali ini, rasa puas hati membelanya. Puas hati juga rasa sebab kali ini besarkan ayam dengan anak Ilhan dari kutip telur hingga masuk perut untuk part of his education. Bila serahkan upahnya bantu bela ayam, blur muka Ilhan ini untuk duit apa Mama. Usaha Ilhan jaga ayam sampai besar. Nampaknya duit baito/kerja sambilan dengan Tukang Kebun, si Ilhan kumpul beli buku sendiri tak diminta duit dari kami.
  Anak-anak pun asyik tanya bila boleh makan batch ayam 'Merdeka' lagi. Kenalah kata tunggu dulu next batch 'Shiro September OffSpring'. Batch ayam 'Merdeka' ada 4 ekor Tukang Kebun simpan nak kasi besar jadi induk. Ilhan pun tak bagi ayam 'Merdeka' tu disembelih terutamanya yang nama si Porche yang jinak. Si Porche tu kalau Ilhan meronda main di belakang dikendong-kendongnya macam pet dah.
  Terima kasih banyak-banyak pada Sis Z dari TTDI hadiahkan brown rice organik untuk makanan ayam masa collect pesanan batch merdeka dulu. Pertama kali juga sebenarnya Tukang Kebun tanak jenis beras ini. Bolehlah masak 4 kali untuk berikan kepada ayam batch 'Shiro September OffSpring'.
  Terharu juga rasa bila Sis Z offer nak bagi beras untuk berikan ayam-ayam di Kebun Bahagia Bersama makan. Seronok ayam-ayam batch 'Shiro September OffSpring' dapat tukar selera makan brown rice. Terima kasih banyak-banyak Sis Z. 
  Kebetulan hujung tahun ini memang asyik berterusan sahaja musim buah-buahan. Bila musim jambu-jambu habis pula, musim buah-buahan lain pula. Kemudian banyak buah mempelam telur tak terkait bulan ini sebab tiada masa banyak yang dah ranum betul jatuh banyak setiap hari, dari membazir kami kutip-kutip dan berikan kepada batch 'Shiro September OffSpring'. Seminggu dua ini juga dalam diet 'Shiro September OffSpring' ialah buah-buah belimbing besi seperti gambar di bawah. Antara jenis buah-buahan yang kerap dalam diet mereka sejak lahir membesar juga ialah buah canistel dan ciku sehingga sekarang. Lumayan buah-buahan dapat dimakan batch 'Shiro September OffSpring' diberikan. Antara resepi semulajadi Kebun Bahagia Bersama untuk buat ayam kampung manis dagingnya beri banyak makan buah-buahan hampir setiap hari. Organically grown tanpa suntikan apa-apa untuk membesarkan mereka.
  Syukur Alhamdulillah tak pernah disangka untuk pesanan hasil ayam-ayam dari Kebun Bahagia Bersama setiap bulan semakin meningkat sejak mencuba-cuba pada mulanya untuk Raya Aidilfitri tahun ini. Infinity Terima Kasih semua di atas tunjuk ajar, dorongan dan sokongan diberikan kepada novice farmers ini. Sehingga sekarang masih Tukang Kebun ingat Sis Z dari TTDI lah yang buat pesanan pertama ayam kampung dari Kebun Bahagia Bersama sejak bermulanya projek kecil-kecil ini. Kebun Bahagia Bersama team members masih banyak perlu belajar dan improve nak manage ternak ayam-ayam ni.
    Belanja gambar Security Guard anak-anak ayam yang masih saiz kecil dipindahkan ke kandang besar. Risau juga kekadang takut tikus pergi makan anak-anak ayam. Jadi adalah peronda sukeralawati di kandang menunggu tikus muncul. Si Panther ini jaguh tangkap tikus ini cuma tak  larat kalau dibawanya masuk rumah. Ada minggu lepas kebetulan Tukang Kebun nak pergi jenguk batch 'Shiro September OffSpring', tiba-tiba berdekatan kandang ada biawak larikan diri sambil mengonggong sesuatu di mulutnya. Mulalah risau kalau biawak ni boleh selit masuk kandang. Lalu secara automatik badan ini berlari mengekor arah biawak lari takut larikan anak ayam ke. Tak nampak kelibat, kemudian nampak macam ada bunyi benda terjun masuk kolam air (masa kemarau tempat bakar sampah) di sebelah. 

  Bila Tukang Kebun jenguk ke dalam kolam, pelik pula tengok tengah kolam dalam tiba-tiba ada tikus seekor tengah cuba naik atas dahan terapung dalam air timbul. Lalu Tukang Kebun tengok je lah apa tikus tu nak buat. Agaknya lama sangat kut Tukang Kebun tak pergi-pergi, timbullah si biawak keluar dari air sebelah tikus tu. Rupanya menyorok dalam air, lalu si biawak tu gigit tikus bawa lari tempat lain. Makan tikus yang buat rumah dekat-dekat kandang tu takpe, jangan kacau anak-anak ayam Tukang Kebun sudah ya wahai biawak.

  Laporan sedikit mengenai proses pembesaran batch 'Shiro September OffSpring' untuk dikongsikan bersama-sama bakal miliknya kemudian.

Selasa, 17 November 2015

Asam Pedas Batang Keladi

  Selepas meronda-ronda di kebun belakang buat kerja apa yang priority sebelum hujan, teringat ada 2 pokok keladi yang sudah menceroboh tumbuh di Petak E dari Petak F. Jauh sulur keladi itu menyelit ke dalam tanah nak melompat tembok batu. Pokoknya pun lebih besar dari yang asal tinggal dari Petak F. Sambil-sambil berehat di bawah canopy pokok asam jawa, teringat pula kali ini nak cuba jenis keladi ini gunakan batangnya pula. Bila Sis Diana Rashid komen dalam posting lalu sebut pasal asam pedas timbul idea nak mencuba dengan batang keladi jenis ini.  Jenis keladi bahan experiment memasak kali ini sama dengan yang di posting minggu lepas (related posting klik sini). 
  Tukang Kebun bolehlah kira dengan jari berapa kali pernah makan batang keladi. Yang paling dalam ingatan ialah masak asam pedas yang pernah dicuba di Johor bertahun-tahun dulu. Itu bab makan batang keladi, masak batang keladi lagilah tak pernah seumur hidup ini. Lalu double confirm dengan Kak Fatima dari Rawang dulu cara penyediaan batang ubi ini. Nasib baik Kak Fatima ingatkan letak asam keping sekali semasa celur hingga empok batangnya. Sementara ada rasa adventure dalam memasak ni, dengan bantuan Pak Cik google maka taiplah 'Asam Pedas Batang Keladi' sementara tunggu batang keladinya empok.
  Antara 1st page yang keluar adalah resepi dari Bonda Puan Nur di Cetusan Rasa. Bila check bahan dan step-by-step yang dikongsikan oleh Puan Nur, nampak masa preparation singkat dan mudah untuk beginners. Maka Tukang Kebun pun masaklah Hari Ahad lalu dalam Sejarah my first Asam Pedas Batang Keladi. Syukur Alhamdulillah menjadi. Makan dengan nasi panas pun menjadi-jadi. Jenis keladi ini memang sedap gunakan bahagian batangnya untuk dimakan buat gulai dan langsung tak gatal. Rasanya ini sudah menjadi antara lauk kegemaran Tukang Kebun dan dearest Husband. Kalau lepas berkebun masak lauk ini, mesti naik selera, nak sedia pun tak leceh dan tak ambil masa.
  Kemudian lauk sampingan ikan masin, pucuk ubi kayu yang sudah dicelur dan sambal tempoyak. Terima Kasih banyak-banyak kepada Dr. Norlaili dari Saujana Utama berikan hadiah tempoyak dari Kedah. Makin membesarlah Tukang Kebun terima banyak kasih sayang. Ibu yang mengandung duduk di kawasan Saujana Utama boleh juga bersalin atau buat check-up di Klinik Dr. Norlaili di Saujana Utama yang sebaris dengan kedai Ayamas. Bolehlah sama-sama kongsi gardening tips dengan Dr. Norlaili yang juga suka berkebun dan baking. Tempoyak campur dengan cili yang telah ditumbuk bertambah lagi selera makan.
  Contoh jenis ubi keladi yang dikisahkah hari ini seperti gambar di atas. Tukang Kebun nak tegur dekat Kebun Bahagia Bersama members yang lain jika buang dalam tong kompos, jangan buang dengan plastik sekali. Boleh buat sendiri tong kompos dengan pakai tong sampah hitam di atas. Potong bahagian bawahnya. Tebuk-tebuk banyak lubang keliling dinding bekas tersebut untuk pengudaraan yang baik. Tak perlu letak penutup pun tidak apa jika risau ada mahkluk yang buat rumah di dalamnya. Mudah nak pindah-pindahkan tong komposnya dalam kebun bila dah ada kompos yang siap digunakan untuk patch tersebut, nak buat batch kompos baru letak di penjuru lain pula.
  Selepas digembur-gemburkan fresh compost boleh lihat perbezaan warnanya dengan tanah sedia ada. Ada juga nak menolong gembur tanah ambil kesempatan cari cacing ialah ayam kampung jantan putih si Shiro. Dah berapa kali terkatuk si Shiro dengan cangkul asyik menyibuk je bila Tukang Kebun menggali di kebun belakang.
  Sebelum menanam sulur-sulur keladi dari Petak E semula Jumaat lepas. Tukang Kebun mengemas rumpai di kawasan ini dengan pangkas pokok kemboja Bali separuh dari saiznya hampir botak dah tak berapa ada daun. Nak kasi cerah kawasan ini. Terima Kasih dekat Ilhan Mikhail sebelum pergi Sekolah Kebangsaan Jumaat lepas menolong Tukang Kebun angkat hasil-hasil pangkasan ke tempat bakar. Ngomel-ngomel jugalah katanya berat tapi dibuatnya juga bersama sehingga selesai sebelum Zohor.
  Kesimpulannya yang Tukang Kebun buat kali ini lepas experiment dengan pokok keladi jenis ini ialah, rasa-rasanya nilai pokok ubi ini lebih ditanam untuk kegunaan batang keladinya yang sedap dan tak gatal. Ubinya pula tak boleh dipakai terus sebab gatal kena rebus dengan air dahulu. Ubi yang muda-muda Tukang Kebun lepas rebus sehingga empok, kemudian masak dalam masak lemak putih tak de gatal. Tapi hairan semalam rebus dulu ubinya hingga empok, kemudian ingat nak buat keladi goreng. Malangnya bila lepas digoreng, ubi ni rasa gatal. Sayang sungguh rasa sebab warna ubi ini cantik bila direbus isinya putih bertukar kepada keungguan atau merah jambu. Jadi ubi keladi jenis ini Tukang Kebun tanam lebih kepada untuk batangnya. Lain kali boleh experiment ubinya buat kuih atau cara masakan lain pula. Ais Krim Keladi?
  Sebagai catatan ubi keladi ini dalam Kebun Bahagia Bersama sekarang tumbuh di sebelah luar Petak F dan di sebelah luar Petak 1.
  
   Sebab Tukang Kebun dah buat penyelidikan dalam dapur untuk ubi keladi jenis ini, maka bolehlah jadi bekalan Pasar Kebun Bahagia Bersama untuk fresh produce bahagian batangnya.

~ 1 ikat batang keladi jenis ini RM1.00 ~
Tested by Tukang Kebun.
   Ahad lepas malam pula dearest husband manjakan isteri dengan masakan Jepun pula dengan apa bahan yang ada. Nasi campur dengan rebung, sup miso dan ikan mackeral masak dengan miso.

  Shiawase desu.....