Syukur Alhamdulillah projek mini sedikit demi sedikit membesarkan ruang petak nenas madu Sabah dan menambahkan bilangan pokok-pokok yang ada di dalam kebun dapatlah kami merasa buah nenas madu Sabah lebih kerap dari kebun sendiri berbanding dengan beberapa tahun lalu. Hujung tahun ini adalah juga dapat merasa buah-buah nenas madu Sabah. Biasanya musim buah nenas madu Sabah pertengahan tahun di Kebun Bahagia Bersama bila dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini.
Yang membuat Tukang Kebun tersenyum juga adalah bulan ini juga kelihatan beberapa pokok nenas sudah mula hendak berbunga. Anggaran buahnya masak, InsyaAllah berdekatan perayaan Tahun Baru Cina bulan February akan datang. Sebagai contoh, pokok nenas yang sama No. 1 & No.2 semasa buahnya sedang membesar kelihatan sulur nenas pada sama pokok mengeluarkan buah nenas kecil (anak panah coklat dalam gambar No. 2) . Bila sulur-sulur tangkai di keliling bawah buah nenas yang sudah meranum telah menjadi lebih besar, terlindung pula buah nenas kecil tersebut (gambar No. 1). Kemudian akan dibuka-buka sulur tangkai Nanas tersebut untuk memberikan lebih tenaga kepada pokok menghasilkan buah yang besar untuk buah muda yang baru sahaja terbentuk.
Mulai hari ini hingga 18hb December 2015, Kebun Bahagia Bersama membuat promosi bekalan bibit/sulur tangkai nenas madu Sabah.
~ 3 bibit/sulur tangkai nenas madu Sabah for RM10.00 (jimat RM5) ~
Syukur Alhamdulillah giliran pokok nenas yang ditanam serentak di sebelahnya juga sudah mula teruja membentuk buah yang kecil akan mengeluarkan bunga (gambar no. 3). Masa buahnya muda pada awal pembentukannya kelihatan kemerahan warnanya. Begitu juga sulur-sulur tangkai di kedudukan keliling bawah buahnya berwarna kemerahan juga.
Apakah dia sulur nenas boleh ulangkaji di posting sebelum ini (klik sini)
Pokok Nenas Madu Sabah adalah jenis pokok nenas yang banyak menggunakan tenaga untuk menghasilkan anak-anak baru atau dipanggil sulur. Lihat sahajalah mahkota buahnya di gambar No. 1 berlapis-lapis dipenuhi mahkota kecil. Ini adalah salah satu characteristic pokok Nenas Madu Sabah frequency menghasilkan mahkota atau jambul yang berlapis-lapis adalah bukan janggal.Jika ditanam menggunakan mahkotanya dikatakan mengambil masa lebih lama untuk menghasilkan buah, saiz buah lebih kecil dan rasa tak semanis. Biasanya bibit nenas diambil dari sulur-sulur yang dihasilkan oleh pokok induk. Salah satu characteristic pokok Nenas Madu Sabah juga ialah menghasilkan banyak sulur-sulur sepanjang riwayatnya, mudah kata suka beranak-pinak.
Oleh itu mungkin penyebab menghasilkan saiz buah yang kecil atau sedang-sedang saja berbanding dengan jenis lain. Suka beranak jadi banyaklah tenaga pergi untuk besarkan anak-anak (sulur) berkongsi dengan buahnya. But in term of taste sweet as honey banding saiz giant nenas lain lah. Tapi hasil buah Nenas Madu Sabah hujung tahun ini Tukang Kebun amat berpuas hati kerana berbanding dengan musim lepas, saiz dan beratnya hampir 2 kali ganda dari musim-musim sebelum ini. Buah yang dibawa sebagai ole-ole untuk Big Boss dalam gambar No.1 juga beratnya hampir 2 kilogram. Bolehlah sebab tak pernah dibaja dan dibelai. Kekadang terbiar je duduk dalam semak pun mungkin penyebab saiz buah tak jadi optimum. Tanam secara organik jadi takdelah nak sembur-sembur racun rumput. Manual weeding pakai 2 tapak tangan sambil kena cucuk-cucuk dengan gerigi daun nenas bila ada masa. Hasil rumpai pun bolehlah bagi ayam makan kan.
Salah satu sebab musim nenas madu Sabah kali ini buahnya hampir 2 kali ganda besar adalah kami kerap keluarkan sulur-sulur nenas yang attached pada induk yang sedang berbuah. Rajin keluarkan sulur sebab tahun ini kami banyak buka kawasan yang kecil-kecil sahaja untuk menanam sulur-sulur nenas. Sedikit demi sedikit dibuka dan ditanam, InsyaAllah makin meningkatlah hasil buah organik nenas madu Sabah yang dapat dirasai untuk sekeluarga nanti.
Kesimpulannya untuk mendapatkan saiz buah Nenas Madu Sabah yang besar selain dari pembajaan dan weed-free ialah buka hampir kesulurahan sulur-sulurnya.
Ada penghantaran menggunakan Pos Laju Malaysia tertangguh sebab tidak cukup stok kotak prepaid untuk pos hari ini. Pagi ini baru nak dapatkan kotak prepaid, InsyaAllah pada hari Rabu ini akan dipos.
Self-Collect Schedule This Week:
~ Sabtu pagi 5hb Disember 2015, 10:30AM ~ 11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras lebuhraya Guthrie Corridor).
~ Ahad pagi 6hb Disember 2015, 10:30AM ~ 11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras lebuhraya Guthrie Corridor).
Antara tuaian hujung bulan November tahun 2015 ini adalah seperti nangka, belimbing besi, manggis, katak puru, ciku, pisang tembaga dan telur.
Antara fresh produce available dari Kebun Bahagia Bersama minggu ini ialah:
~ Buah Ciku sekilogram RM4.00 .
~ Buah Nam Nam/Katak Puru 5 biji RM2.00.
~ Buah Nangka Muda sebiji RM3.00 .
~ Buah Canistel/ Kuning Telur sekilogram RM5.00 .
~ Buah Limau Mixed 500gram RM3.00 .
~ Bawang Dayak/ Bawang Berlian seikat RM12.00 .
~ Rizom Halia Bara/ Halia Merah 1 set RM10.00 .
~ Batang keladi seikat RM1.00 .
~ Pucuk daun assam gelugor seikat RM1.00 .
~ Pucuk daun gajus seikat RM1.00 .
~ Pucuk daun ubi kayu seikat RM1.00 .
~ Isi kelapa kukur 3 biji RM5.00 .
~ Telur ayam kampung 70sen.
~ Telur itik 70sen.
Banyak juga hasil tuaisn tu...seronoknyer... bunda tak mampu nak berkebun camtu sepenuh masa...
BalasPadamAlamak nak beli nenas nak tanam di rumah.. boleh ke?
BalasPadamteringat nenas msa pergi sabah bah....sedap sgt
BalasPadamSalam Bahagia Bunda Nora.
BalasPadamPerlahan-lahan bunda. Kami pun sekarang weekend gardeners sahaja.
Bila ada kelapangan bolehlah curi masa berkebun.
Salam Bahagia Sis Diana Rashid.
Syukur Alhamdulillah tak rugi berbudi bada tanah ada pulangannya.
Salam Bahagia MarissaIslam.
Boleh kalau berminat email ke (kebunkmg@gmail.com) .
Salam Bahagia Kak Suzie.
Yang masak betul memang maniskan.
Yang ni Diana petik dah kuning betul lagi baru je tanda sikit nak kuning.
Mula-mula Mak was-was juga kata manis ke tu petik awal.
Bila dah biar masak di dapur masih manis betul berbanding dengan yang dijual di Supermarket walaupun kami peram.
Terpaksa petik awal sebab takut balik nanti dah tak de putih mata.
Mcm mna sy nak mnta pos bibit ne ke keningau sabah yaa.. Cm mna sy nk contact ?
BalasPadamSalam Bahagia.
BalasPadamBoleh hantar bibit ke Sabah.
Boleh buat pesanan email ke (kebunkmg@gmail.com).
Salam...kebun atau gerai ada di mana ya...sbb nak cari buah nam nam/katak puru
BalasPadamSalam Bahagia Muhammad Nur Afham,
BalasPadamBulan ini InsyaAllah ada buah katak puru untuk self-collect hujung minggu di Sungai Buloh.
Tapi ikut kepada first come first serve.